CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1685|Reply: 0

Harimau Malaya kena taji

[Copy link]
Post time 18-10-2023 07:42 AM | Show all posts |Read mode
Harimau Malaya kena taji



PEMAIN Malaysia, Faisal Halim dikasari pemain Tajikistan pada final Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali



Kuala Lumpur: Harapan skuad Harimau Malaya untuk menjulang Pestabola Merdeka bagi edisi ke-42 musnah selepas tumbang 0-2 dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kekalahan itu juga menyaksikan rekod bersih skuad kendalian Kim Pan-gon dalam tujuh aksi terdahulu turut terpadam.

Malah ia juga meneruskan badi kejuaraan skuad senior di pentas antarabangsa di mana kali terakhir menjulang trofi pada 2010 menerusi kejayaan memenangi Piala AFF.

Bukan itu saja, pasukan negara juga gagal mempertahankan trofi Pestabola Merdeka yang dimenangi oleh skuad bawah 23 tahun negara pada 2013 lalu.

Dalam aksi itu, skuad negara yang menghuni tangga 134 dunia membuat dua pertukaran dalam kesebelasan utama berbanding skuad ketika membenam India 4-2 Jumaat lalu.

Pan-gon menyenaraikan Safawi Rasid dan Brendan Gan dengan menggantikan Nooa Laine dan Akhyar Rashid bagi memperkukuhkan jentera tengah pasukan negara.

Begitupun, Tajikistan yang dibarisi rata-rata pemain muda yang pernah beraksi di pentas Piala Dunia B-17 di Brazil pada 2019 lalu nyata ampuh dan bijak menyerap asakan pemain negara.

Malah, pelawat yang dibimbing Segrt Petar meletakkan lima pertahanan dan berjaya menghalang hantaran dicelah-celah sekali gus menyukarkan jentera serangan tuan rumah memburu gol.

Sekurang-kurangnya empat percubaan pemain negara termasuk sepakan percuma Safawi, rembatan luar kotak Brendan dan Arif Aiman Hanapi tepat ke dakapan Barotov Daler, masing-masing di minit 21, 26 dan 32.

Pelawat yang diberi jolokan skuad Singa Persia itu akhirnya mengejutkan ribuan penyokong tuan rumah menerusi ledakan leret Soirov Rustam pada minit 44 yang sama sekali gagal dihalang Syihan Hazmi.

Matthew Davies hampir menyamakan kedudukan tiga minit kemudian namun tandukannya dihalang Barotov untuk menamatkan separuh masa pertama memihak lawan yang menghuni tangga ke-110 dunia itu.

Akhyar yang memiliki kemahiran individu licik dimasukkan oleh Pan-gon pada babak kedua di samping Azam Azmi di bahagian pertahanan kanan.

Kemasukan Akhyar membawa impak berkesan dan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu nyaris mencetak gol namun Barotov sekali lagi cemerlang menafikan percubaan minit 54 itu.

Darren Lok turut berpelung mencetak nama pada minit 72 tetapi tandukannya sedikit tersasar selepas menyambut sepakan sudut Faisal Halim.

Dua lagi tenaga baru dimasukkan Pan-gon iaitu Stuart Wilkin dan Mukhairi Ajmal, hasilnya percubaan Faisal di minit 75 nyaris menggegar gawang lawan namun rembatannya terkena tiang.

Dua percubaan berturut-turut di minit 78 dan 82 menerusi rembatan Wilkin dan tandukan Mukhairi juga gagal menemui sasaran.

Kebangkitan diharapkan nyata tidak menjadi apabila pemain gantian pelawat Samiev Shahrom menambah gol kedua hasil kesilapan Dominic Tan dan Syihan di minit 87, sekali gus menghampakan 36,558 penyokong tuan rumah.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... au-malaya-kena-taji

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.198029 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list