CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1845|Reply: 0

Iran beri amaran tentang situasi tidak terkawal jika Gaza diceroboh

[Copy link]
Post time 18-10-2023 09:55 PM | Show all posts |Read mode


Bebola api dan asap berkepul dari bangunan yang terkena bedilan jet pejuang Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza kelmarin. - Gambar AFP

DOHA: Iran kelmarin memberi amaran bahawa serangan darat yang dilancarkan rejim Israel di Semenanjung Gaza akan menimbulkan konflik di tempat lain di Timur Tengah.

Menteri Luar Negara Hossein Amir-Abdollahian mengadakan rundingan dengan Emir Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani dari Qatar kelmarin.

“Tiada sesiapa boleh memberikan jaminan kawalan terhadap situasi dan perebakan konflik tersebut,” jelas beliau, menurut kenyataan kementerian luar Iran.

"Mereka yang mahu mencegah peperangan dan krisis perlu mengelak serangan kejam sekarang terhadap rakyat dan warga awam di Gaza," tambah beliau.

Amir-Abdollahian turut mengkritik Amerika Syarikat (AS) yang memberi sokongan padu kepada Israel sejak serangan 7 Oktober oleh pejuang Hamas yang menyebabkan 1,300 orang terkorban di Israel.

Serangan udara Israel menyasarkan pemimpin Hamas di sebalik serangan berbahaya yang telah membunuh lebih 2,300 orang.

Bagi kedua-dua pihak, angka tersebut kebanyakan melibatkan peneroka haram dan orang awam di Gaza.

Di Washington, Penasihat Keselamatan Rumah Putih Jake Sullivan menyatakan AS bimbang peningkatan peperangan dan prospek Iran untuk terlibat secara langsung.

Diplomat kanan Iran itu berada di Qatar kelmarin sebagai sebahagian kunjungan wilayah yang turut termasuk persinggahan di Iraq, Lubnan dan Syria.

Kenyataan kementerian luar Iran kelmarin menyebut Amir-Abdollahian telah menemui pegawai berpangkat tinggi Hamas di Beirut dan Doha menyatakan isu tahanan awam sebagai satu keutamaan dan akan mengambil langkah yang perlu. – AFP


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.057048 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list