CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2182|Reply: 0

[SEJARAH] Bangsa Melayu Didakwa Berasal Dari Keturunan Bani Israel Yang Hilang? Ini Sejarah Melayu Yakni Bani Qantura Yang Ramai Tidak Tahu

[Copy link]
Post time 19-10-2023 07:27 AM | Show all posts |Read mode
Bangsa Melayu Didakwa Berasal Dari Keturunan Bani Israel Yang Hilang? Ini Sejarah Melayu Yakni Bani Qantura Yang Ramai Tidak Tahu


Palestin merupakan bumi bertuah!

Namun, sejak rejim Zionis menjarah semua kepentingan rakyat Palestin,  sedar atau tidak, orang Melayu di rantau Asia Tenggara merupakan antara negara-negara yang paling aktif mendedahkan kejahatan bangsa Yahudi.

Mengapa orang Melayu begitu sentimental dengan nasib rakyat Palestin?

Pencarian asal usul keturunan Melayu di Nusantara amat menarik tetapi sehingga kini belum ada ketetapan muktamad kerana terlalu banyak teori dan hujah.

Merujuk kepada perlembagaan, orang Melayu adalah seorang Muslim, bertutur Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Ini bermakna sesiapa saja tanpa kira asal usul bangsanya boleh bergelar Melayu jika memiliki ciri-ciri di atas.

Namun, definisi Melayu dialam Melayu ditakrif sebagai mereka yang mendiami alam Melayu dan bertutur bahasa Austronesia/Melayu-Polinesia.




Menurut pengkaji sejarah, ahli arkeologi, pakar bahasa sentiasa mencari bukti kukuh melalui pelbagai kajian sekali gus menyemarakkan usaha mengenai asal usul Melayu.

Asal-usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Meskipun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara parasarjana belum dicapai.

Bagaimanapun memetik laporan Harian Metro, ada satu pendapat menarik mengatakan bangsa Melayu berasal daripada keturunan (Bani) Qantura’ yang dikatakan isteri ketiga Nabi Ibrahim AS. Bagaimanapun, Murai My tidaklah bertujuan untuk membahaskan pendapat berkenaan kerana kajian ilmiah yang dijalankan belum sempat diteliti secara mencukupi.

Sebaliknya, Murai My sekadar ingin mengemukakan pandangan yang disebut oleh ulama hadis dalam kitab-kitab syarah berkaitan hadis Bani Qantura’.

Dalam kitab Perjanjian Lama, nama Qantura’ disebut sebagai Keturah atau Qaturah. Dikatakan, Nabi Ibrahim AS mengahwininya selepas kewafatan Sarah dan melahirkan enam orang anak, iaitu Zimran, Yokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah.

Juga dinyatakan, Nabi Ibrahim telah memberikan mereka hadiah dan menghantar mereka ke sebelah Timur.

Imam at-Tabari dalam kitab Tarikhnya meriwayatkan daripada Ibn Ishaq, bahawa Yokshan melahirkan bangsa Barbar, Zimran melahirkan bangsa Mazamir yang tidak berfikir dan Midian melahirkan bangsa Madyan, kaum Nabi Syuaib AS.

At-Tabari juga meriwayatkan daripada ‘Urwah bahawa keturunan Yokshan tinggal di Makkah, manakala Medan dan Midian tinggal di Madyan. Kesemua mereka diperintahkan ke pelbagai negeri yang jauh dan asing. Ada juga antara mereka yang tinggal di Khurasan.

Nama Qantura’ muncul dalam beberapa riwayat, antara yang masyhur hadis Abu Bakrah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda:

“Sekumpulan daripada umatku akan sampai ke satu tempat yang dinamakan Basrah, di sisi satu sungai yang dipanggil Dijlah. Di atasnya terdapat jambatan dan penduduknya akan bertambah ramai. Ia akan menjadi negeri golongan muhajirin atau kaum muslimin. Apabila tiba akhir zaman, datanglah Bani Qantura’ yang berwajah bundar dan bermata sepet sehingga mereka sampai ke tebing sungai tersebut.

Maka, para penduduknya berpecah kepada tiga kelompok. Satu kelompok mengambil ekor lembu atau unta lantas menuju ke pedalaman (yakni terus sibuk bertani), lalu mereka binasa. Satu kelompok pula mengambil kesempatan untuk kepentingan diri mereka, lalu mereka kufur.

Manakala satu kelompok lagi meninggalkan keluarga dan zuriat mereka di belakang mereka dan mereka pun berperang. Mereka itu adalah para syuhada.'” Dalam riwayat al-Tayalisi: “Mereka yang terbunuh adalah para syuhada’ dan Allah SWT akan memberi kemenangan kepada mereka yang masih tinggal.” (Riwayat al-Tayalisi, Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Hibban. Hadis hasan)

Malah, menurut sumber sebuah laman portal, bangsa Melayu atau dikenali sebagai (bani jawi) yang dilahirkan dari ibunda Keturah/Qeturah, iaitu isteri Nabi Ibrahim AS didakwa berasal dari kerajaan Melayu Kemboja purba atau Champa kuno dan mempunyai hubung kait dengan salah satu kaum bani Israel yang didakwa telah hilang dan telah mendapat hidayah Allah SWT serta akan menentang kaum-kaum bani Israel yang sesat atau bangsa Yahudi di negara haram Israel sekarang di Tanah Yang Dijanjikan. Bagaimanapun, kesahihannya Murai MY tidak dapat dipastikan.

Bagaimanaipun menurut sumber ceramah Ustaz Manis di laman Youtube, yang bertajuk “ARMAGEDDON KRISIS ISR@el PALESTIN”, ada menceritakan mengenai 12 kabilah bani Israel dan dua daripadanya yang didakwa telah hilang.

Menurut sumber, di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf AS sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof AS menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ bani Israel (yang mendapat petunjuk ILLAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin.



Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf AS) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur.

Antaranya, Afghanistan, Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador, sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.

Namun begitu, kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip ‘lost tribe’).
Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara – sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia).

Dalam pada itu, seorang Professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh ‘the lost tribe’. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif.

Kemudian Profesor Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Bagaimanapun, kebenaran mengenai dakwaan ini masih menjadi tanda tanya kerana sehingga kini tiada sebarang bukti kukuh yang dapat membuktikan segala pernyataan di atas.

Kajian ini hanyalah satu kajian untuk mencari asal-usul kaum Melayu. Tidak perlu kita percaya bulat-bulat tentang kajian ini, hanya jadikan ianya satu bahan bacaan kerana tiada bukti sahih dari kaum Melayu dan Islam sendiri, hanya berpandukan pada kajian barat dan orang-orang Yahudi. Wallahua’lam.

Tetapi sebagai orang Islam, diharapkan untuk  berdoa kepada Allah SWT supaya kita adalah Muslimin dan Muslimat yang akan berada di samping Imam Mahadi di Hari Kebangkitan nanti. Insya’Allah.

Sumber:https://murai.my/2023/191050/ban ... g-ramai-tidak-tahu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.105880 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list