CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1949|Reply: 0

400 anjing, kucing cuba diseludup diselamatkan

[Copy link]
Post time 19-10-2023 02:48 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Madrid: Lebih 400 haiwan kebanyakannya anjing dan kucing diselamatkan polis, sebahagian daripada operasi yang memusnahkan kumpulan pemerdagangan haiwan peliharaan antarabangsa dengan penahanan 13 orang, kata polis Sepanyol pada Rabu.

Polis dalam kenyataannya menjelaskan, kumpulan pemerdagangan haiwan itu disyaki mengimport haiwan secara haram dari timur Eropah, di dalam kenderaan kecil yang mempunyai pengudaraan yang buruk dalam jarak lebih 2,000 kilometer.

Menurut kenyataan itu, keadaan tidak bersih menyebabkan beberapa haiwan itu menghidap penyakit berjangkit, dengan ada yang mati.

Pihak berkuasa mengesyaki kumpulan itu memalsukan dokumen untuk menggambarkan haiwan yang sakit sebagai sihat apabila ia dijual.

Polis memulakan siasatan mereka pada penghujung 2020 selepas menerima beberapa aduan mengenai keadaan tidak bersih di sebuah kedai haiwan peliharaan di tengah-tengah Barcelona.

Polis kemudian menyelamatkan 33 anjing yang sakit dan mendapati bahawa dokumen haiwan itu 'mempunyai anomali yang jelas', yang menyebabkan siasatan lanjut dilakukan untuk mengetahui dari mana haiwan peliharaan itu berasal.


Polis berkata, mereka menemukan lebih 400 haiwan dan menahan 13 orang sebagai sebahagian daripada operasi yang dijalankan bulan lalu terhadap kumpulan yang aktif di Barcelona, Madrid, Andorra dan timur Eropah itu.

Pemerdagangan boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan awam kerana haiwan peliharaan yang dibiak secara haram selalunya tidak diberi vaksin, boleh menyebarkan rabies, parasit dan penyakit berjangkit kepada manusia serta ternakan.

Pengguna yang tertarik dengan harga rendah sering membeli haiwan peneman dalam talian tanpa menyedari risikonya.

Suspek menghadapi tuduhan penderaan haiwan, penipuan, pemalsuan dokumen dan pengubahan wang haram.

Undang-undang kebajikan haiwan baharu yang berkuat kuasa di Sepanyol pada September melarang pembelian haiwan peliharaan di kedai atau dalam talian, tetapi memberi tempoh tangguh kepada kedai untuk mencari rumah untuk haiwan mereka.

Pada masa hadapan, pembelian hanya sah untuk membeli haiwan peliharaan daripada penternak berdaftar.

sumber





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hobi & Koleksi


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
TATA TRAVELLL
ssbv.csja.whg.aTATA TRAVELLL
Views : 0 Replies : 0
Sembang Santai Episod 5 Realiti dan Fantasi
telracsSembang Santai Episod 5 Realiti dan Fant
Views : 1404 Replies : 958
New Chapter 03A : Fattah Amin ~ Menjelang Hari Hari Bahagia
codenamedreamNew Chapter 03A : Fattah Amin ~ Menjelan
Views : 118085 Replies : 5900
Lelaki kiciwa syarikat insuran enggan 'cover' rawatan hospital walaupun bayar premium 800 ringgit sebulan
YgBenarLelaki kiciwa syarikat insuran enggan &#
Views : 483 Replies : 12
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 796 Replies : 522
CEO kantoi “meramas” di Konsert Coldplay umum letak jawatan
pengecattaikCEO kantoi “meramas” di Konsert Coldpl
Views : 3052 Replies : 63
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 261970 Replies : 1442
[Netflix 2025] TRIGGER - Kim Nam Gil, Kim Young Kwang ~ 25 July 2025
Rahah[Netflix 2025] TRIGGER - Kim Nam Gil, Ki
Views : 399 Replies : 23
Bakal jadi precedent kes?Wang hibah 1 juta milik isteri perlu diagihkan mengikut faraid selepas abang dan ibu arwah suami buat permohonan di mahkamah sivil
YgBenarBakal jadi precedent kes?Wang hibah 1 ju
Views : 47168 Replies : 341
[Netflix 2025] KARMA - Park Hae Soo, Shin Min A, Lee Hee Joon, Kim Sung Kyun, Lee Kwang Soo ~ 4 April 2025
Rahah[Netflix 2025] KARMA - Park Hae Soo, Shi
Views : 24052 Replies : 23

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2025 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.055749 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list