CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 684|Reply: 0

Izzatul raih emas kelima, bantu kuartet 4x400m Terengganu pecah rekod

[Copy link]
Post time 19-10-2023 04:56 PM | Show all posts |Read mode

IZZATUL Musfirah Ahmad Kamal Azira (tiga dari kanan) mengetuai 4x400 meter perempuan bawah 15 tahun Terengganu meraih emas acara itu dengan turut memecahkan rekod kejohanan pada Kejohanan Olahraga MSSM Kali Ke-63 yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban hari ini.



SEREMBAN: Jaguh pecut remaja dari Terengganu, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira, 15, menepati sasaran peribadinya untuk meraih lima emas pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Kali Ke-63 yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, petang tadi.

Ia selepas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad, Kuala Terengganu, Terengganu itu membantu kuartet 4×400 meter perempuan bawah 15 tahun Terengganu meraih emas dalam acara akhir tadi.

Lebih manis, catatan masa 4 minit 03.55 saat yang dilakukan bersama Wan Nur Afrina Wan Osman, Nur Farisha Adreana Ardy Abdullah dan Marissa Maisyara Mazlan itu juga merupakan rekod baharu MSSM mengatasi rekod sebelum ini yang dilakukan kuartet dari Kuala Lumpur pada 2014 iaitu 4 minit 04.03 saat.

Pingat perak diraih kuartet dari Sarawak manakala pingat gangsa menjadi milik Johor.

Sementara itu, kuartet Johor memenangi emas bagi acara 4×400 meter lelaki bawah 18 tahun dengan catatan masa 3 minit 20.55 saat menewaskan kuartet Perak di tempat kedua manakala kuartet Sabah meraih pingat gangsa.

Johor turut meraih emas bagi acara sama untuk perempuan bawah 18 tahun pula manakala Perak dimenangi kuartet dari Sarawak manakala Kedah meraih pingat gangsa.-UTUSAN.
https://www.utusan.com.my/berita ... ngganu-pecah-rekod/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.065278 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list