CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seribulan

[Falsafah] ...erti KASIH (Imam Ghazali)...

  [Copy link]
Post time 19-4-2017 09:49 AM | Show all posts
Antara Kasih, Sayang Dan Cinta

Tiga perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan, namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza. Pengertian tiga perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami. Emosi dan tindakan juga sebenarnya menggambarkan bahawa kasih, sayang dan cinta mempunyai perbezaan walaupun sedikit.

Kasih..
Kita sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.
Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.

Sayang..
Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.
Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.

Cinta..
Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama.
Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.
Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2017 09:51 AM | Show all posts

KEUTAMAAN KASIH SAYANG DAN KELEBIHANNYA



-Mendapat rahmat Allah
-Mengurangkan kebencian dan permusuhan dalam selimut
-Mengurangkan peperangan
-Menarik sikap perdamaian antara manusia
-Mengelak daripada tindakan ‘hukum balas’ dan dendam akibat kesalahan-kesalahan yang kecil, bahkan kesalahan yang besar seperti memaafkan pembunuhan yang tidak disengajakan.
-Mendekatkan hati-hati yang berjauhan
-Menyeronokkan aktiviti hidup manusia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 11:43 AM | Show all posts

Perbezaan Antara Cinta Kasih Dan Sayang




Kalimat “I Love You” dalam Bahasa Inggeris dapat diterjemahkan ke Bahasa Melayu sebagai  (1) “Aku Cinta Padamu”, (2) “Aku Kasih Padamu” atau (3) “Aku Sayang Padamu”.  Justeru, adakah erti kasih, cinta dan sayang dalam Bahasa Melayu membawa maksud yang sama atau ada perbezaan antara satu sama lain?

Kata kasih, cinta dan sayang dalam Bahasa Melayu memang sinonim tetapi terdapat perbezaannya terutama dalam pemakaiannya.

CINTA: Kita mengatakan kita cinta kepada ibu, ayah, adik beradik, datok, nenek, anak dan seumpamanya. Namun kita juga cinta kepada tanah air, bangsa, bahasa; kepada sesame manusia, kepada kebenaran, kejujuran dan keindahan.

KASIH: Kita juga kasih pada ibu, ayah, adik beradik, datok, nenek, anak ,juga kepada  sesama manusia, tetapi tidak kepada tanah air, bangsa, bahasa, kebenaran, kejujuran dan keindahan.

SAYANG:  Kita sayang kepada ibu, ayah, adik beradik, datok, nenek, anak, juga kepada  sesama manusia. Tetapi tidak kepada tanah air, bangsa, bahasa, kebenaran, kejujuran, keindahan. Kita dapat mengatakan kita sayang kepada kucing, arnab, ayam serama, burung  merbuk yang kita pelihara, kepada jam tangan  yang kita terima semasa kita lulus SPM, pen yang mahal harganya yang telah lama kita gunakan. Kepada benda-benda ini tidak dapat digunakan kata cinta dan kasih.

Kesimpulannya:

–  Kata “kasih” hanya digunakan terhadap manusia.

–  Dalam pengertian cinta dan kasih, kita mahu malah rela (kalau perlu) untuk berkorban  untuk yang kita cintai atau kasihi itu, tetapi kita tidak akan mahu berkorban untuk kucing, arnab, ayam serama, burung  merbuk, pen, jam tangan yang kita sayangi itu.

–  Dibandingkan dengan kata kasih, kata cinta dan sayang lebih luas pemakaiannya.

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 11:47 AM | Show all posts
TUJUAN HIDUP

Orang yang mempunyai fikiran yang matang akan berkata : “Kita makan untuk hidup.”

Tapi orang yang berfikiran cetek dan tak matang pula mengatakan : “ Kita hidup untuk makan.” Orang yang bersifat materialistik pula berkata : “Kita hidup untuk mencari harta yang ada di pelosok dunia ni. Barulah terasa nikmat!”

Bukankah setiap hari, 5 hari sekali dalam solat fardu kita, kita berjanji dengan Allah? Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam. Itulah janji kita dalam solat. Adakah itu bukan matlamat? Adakah itu hanya bicara mulut sahaja tanpa mengerti dan menghadam maksudnya yang mendalam? Allah. Itulah tujuan dan matlmat keseluruhan hidup kita.

“aku hadapkan wajahku kepada (Allah) yang menciptakan langit dan bumi dengan penuh kepasrahan (mengikuti) agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang musyrik.” (Surah al-an’am : 79)

Orang yang beriman akan menjawab : “ Manusia hidup hanya untuk Allah dan untuk hidupnya yang kekal abadi (di akhirat nanti).”

“maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan apa yang demikian) Maha Tinggilah Allah yang menguasai alam, lagi yang tetap benar.” (Surah al-mukminun : 115-116)

Alangkah besarnya perbezaan antara orang yang hidup untuk dirinya sendiri dengan orang yang hidup untuk Tuhannya. Dunia yang indah dengan fatamorgana. Siapa yang tak tergoda dengan kenikmatan yang diperoleh di dalamnya? Harta, pangkat, darjat dan wanita. Kita pasti hanyut! Kecuali orang-orang yang hati dan jiwanya dekat dengan petunjuk dan hidayah serta nur Allah. Beruntunglah! Semoga kita termasuk golongan insan-insan yang beruntung di hari akhirat kelak. Amin…

“katakanlah, matabenda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja.” (Surah al-Nisa’ : 77)



MATLAMAT INGIN KE SYURGA

Syurga adalah kampung idaman kita. Dunia ini ibarat jambatan untuk kita menuju ke negeri akhirat. Berjalanlah di atas jambatan dunia ini dengan penuh takwa dan berhati-hati kerana kita mungkin akan tersungkur di tengah jalan. Jangan sampai kita terhumban ke Neraka. Na’uzubillahi min zalik.

Setiap manusia pasti mengimpikan Syurga. Namun, adakah kita mengamalkan segala yang diperintah Allah? Adakah kita betul-betul patuh dan taat pada-Nya? Adakah Syurga akan menerima kita? Layakkah kita untuk menghuni Syurga yang barakah?

“(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), ‘ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia ; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab Neraka’..” (Surah al-imran : 191)

Berjuanglah dalam hidup agar kita mujahadah. Berkorbanlah semata-mata kerana-Nya. Berlumba-lumbalah dalam mengerjakan kebaikan. Berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan kesabaran. Kejarlah cinta dan kasih sayang-Nya. Semoga kita berjaya menggapai reda-Nya kerana hidup takkan pernah bererti dan bermakna tanpa reda Yang Maha Esa.

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya : “wahai Abu Said! Siapa yang meredai Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai nabi ; maka wajiblah baginya Syurga.” (Riwayat Muslim)



Jadikan Syahid itu cita-cita tertinggi kita..

Jadikan Allah tujuan utama kita..

Jadikan Syurga matlamat hidup kita..

Semoga kita bertemu dengan erti hidup yang sebenarnya.. 🙂

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2017 12:49 AM | Show all posts


sayang biar berpada-pada.
jangan sayang yang sampai merosakkan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2017 06:40 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2017 12:58 PM | Show all posts

Cinta Kasih Dalam Ajaran Agama

“Mencintai apa yang dicintai oleh kekasih

adalah kesempurnaan cinta kepada sang kekasih”

(Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 03:32 PM | Show all posts
i like to relate kasih sayang and cinta.. without kasih sayang, it is difficult to develop cinta...love is blind.. lebih2 lagi if one sided love..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2017 12:07 AM | Show all posts
Betul, masa kecik nih lah nak tunjuk sayang sgt2 kat anak2. Kalo x buat skrg, masa derg remaja nanti rasa jauh jer kita ngn derg. Susah nak dekat..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
anak2 ibarat kain putih..ibu bapa yg berperanan untuk mencorakkannya..sbb itu jika anak2 dicorakkan dgn warna2 kasih syg,mereka akan jd insan yg penyayang...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 11:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 11:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2017 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Berkasih sayang sesama saudara Islam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2017 03:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Something I really want to teach my kids .. coz I didn't grow up knowing so much love ..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2017 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak yg ditengking akan belajar menengking..klu x nak dikasari jgn mengasari anak2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2017 09:38 AM | Show all posts
Miliki hati yang tak pernah membenci

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2017 09:40 AM | Show all posts
Kasih sayang ibu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2017 09:42 AM | Show all posts
Ketulusan cinta

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2017 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 27-1-2011 11:14 AM
...salah satu falsafah pemikiran Imam al-Ghazali yang menyebut bahawa seseorang kanak-kanak yang ...

Tapi dunia skrg dah kurang sgt kasih syg.. penuh kekejaman, hasad dengki, penganiayaan.. sedih sgt tgk keadaan skrg.. org skrg cpt baran. Salah sikit dah end up dera. Bnyk sgt cerita skrg., ada tu yg taj boleh diterima akal. Macam apesal kejam sgt.? Mana pei rasa kasih rasa sayang dlm diri dorg? Masalah mental juga memainkan peranan.. sighh.. minta dijauhkan dr perkara2 yg tak diingini berlaku...

Cambahkanlah rasa kasih sayang..
Hapuskanlah rasa benci...
Hilangkanlah perasaan hasad..
Timbulkanlah rasa cinta...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2017 09:07 AM | Show all posts
Edited by zueazza at 12-5-2017 09:08 AM

The only love that I really believe in is a mother’s love for her children.”  - Karl Lagerfeld

"A mother's arms are made of tenderness and children sleep soundly in them" - Victor Hugo

"The most important thing a father can do for his children is to love their mother." - Theodore Hesburgh

"Children are the anchors that hold a mother to life." -  Sophocles

"Only mothers can think of the future - because they give birth to it in their children." - Maxim Gorky

"Children learn to smile from their parents." - Shinichi Suzuki





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.074984 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list