Saya titipkan resah ini pada angin yang berbisik dalam gelap
agar bawa pergi saja segala gund ...
bintang Post at 2-2-2011 18:24
Telah lama ku buka mata hati
Sudah ku tinggalkan semua cerita duka
Namun ku masih tak mampu tersenyum bahagia
Kerna kisah silam sering menghantui
menjadikan cerita baru terhenti sebelum bermula
jadi ku harus bagaimana..?
Tiada setitik pun airmata
Saat terbukti cintanya dusta
Dengan sepenuh keyakinan didada
Ku hentikan segalanya
Saat detik pernikahan bermula
Ku hadapi dengan ketabahan hati
Tiada makna untuk ku menikahi
Lelaki yang nyata mendusta kata
Ku rela hidup sendiri
Dari menjadi duri pada kaum ku sendiri
Ku masih menanti cinta
Yang mampu menerimaku seadanya
Tuhan…
bimbing hatiku dalam menanti jodohku…..
Getarnya mmg jelas terasaNamun harus ku padamkan segeraKerna kenyataan hidup iniPasti sukarak ...
puteri_malam Post at 4-2-2011 19:17
kita dipunyakan naluri
kita inginkan yang abadi untuk diri sendiri
kita juga tahu tentang keupayaan kita ada hadnya
takdir dan pertemuan bukanlah dari kita........
cinta hadir tak kira usia
cinta membuat insan bahagia
cinta juga tak mestinya bersama
cintaku bukan kerana rupa
cintaku juga tidak memaksa
cintaku ikhlas lahir dr jiwa
cintaku tak meminta-minta
kerna aku sedar diriku siapa
cuma aku merasa cinta
cintakan mu membuat aku bahagia
walau cintaku tak kau rasa
walau cintaku bukan sesuatu yang kau damba
cuma aku yang merasa, kerana aku cinta
yg ku tahu aku cinta
walau takdir tak menemukan kita
tp cinta tetap cinta
bahgia dirasa bila melihat dirimu gembira
cinta kadang ku rasa gila
tp ttp mahu ku cuba
walau cuma aku saja yang merasa
cinta yang hadir membelai jiwa
itu yg membuat aku bahagia
maka biarkanlah aku menyinta....
Luka itu masih berdarah
Masih basah parutnya
Masih terasa ngilunya
Belum bertaut belahannya
Luka itu begitu sukar disembuh
Luka moga janganlah kau bernanah
Kerana nnt pasti akan makin sukar disembuh
Tak terdaya aku untuk menahannya
Bimbang tak termampu badan menanggungnya
Begini peritnya luka
Walau bukan kerana putusnya cinta
Sedayanya harus aku berusaha
Menghakis segala bait kata yg menguris
Kerana itu yg membuat
Luka ini sukar diubat….
rasa kasih sayang dan cinta
wujudnya tanpa dipaksa
walau ku cuba untuk melupa
ingatan tetap hadir menjelma
kasihku memang tak kau damba
sayangku juga tak ingin kau rasa
cintaku bukan suatu yang kau pinta
pasti mereka kata aku gila
biarlah.......
kerna aku tak mudah mengaku aku jatuh cinta.....
ada rasa kasih dihati...
namun ku juga tak menafikan
aku bukan siapa siapa untuk menagih kasihmu
mungkin sunyi membuat hatiku terisi olehmu
tidak ku tagih kasihmu padaku
sebagaimana rasa kasih yang ada dihatiku
kerna ku tahu siapa aku
masih banyak rahsia diriku
yang tak mungkin akan ku buka
selagi kau tak meluahkan rasa.....
walau rasa kasih ini nyata
akan ku cuba membenamkannya
jauh kedasar hati
kerna aku belum tahu apa rahsia hatimu.....
kasih sayang ini biarlah abadi disitu
seandainya kasihmu bukan pada aku
bahagiamu ku doakan selalu
kerna kau layak utk yang lebih baik dariku.....