CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 264|Reply: 0

Kaylee tak sangka pecah rekod dunia

[Copy link]
Post time 21-10-2023 05:07 PM | Show all posts |Read mode

KAYLEE pamer sensasi di Budapest. FOTO AFP

Budapest: Perenang Australia, Kaylee McKeown berkata, dia tidak menjangka akan memecahkan rekod dunia dalam acara 50 meter (m) kuak lentang wanita di Piala Dunia Renang di Budapest.

Atlet berusia 22 tahun itu, yang menyapu bersih acara kuak lentang pada Kejohanan Dunia di Jepun Julai lalu, mencatat masa 26.86 saat (s) untuk melepasi rekod sebelumnya 26.98s, yang dibuat oleh perenang China, Liu Xiang pada 2018.

"Saya tidak pernah melihat diri saya sebagai perenang pecut jadi sangat bagus untuk memilikinya," kata Kaylee.

"Saya hanya mahu berenang dengan pantas dan melihat apa yang boleh saya lakukan ... saya sangat teruja dengan itu."

Kaylee ialah juara bertahan Olimpik dalam acara 100m dan 200m kuak lentang dan kini memegang rekod dunia dalam acara 50m, 100m dan 200m dalam disiplin kegemarannya.

"Tahun depan akan menjadi tahun yang sangat sukar jadi lebih banyak keyakinan yang boleh saya bina, lebih baik," katanya.

"Saya cuba melakukan beberapa perkara secara berbeza dan saya gembira kerana ia berfungsi."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-pecah-rekod-dunia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.212347 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list