CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1513|Reply: 0

Berita Baik Untuk Guru KAFA : Skim Perkhidmatan Baru di Kaji

[Copy link]
Post time 29-1-2011 06:52 PM | Show all posts |Read mode
Skim perkhidmatan khusus untuk guru KAFA diteliti
Utusan Online
29/01/2011 5:01pm

SEGAMAT 29 Jan. – Kerajaan sedang meneliti satu skim perkhidmatan khusus untuk guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) bagi menjamin masa depan dan kerjaya yang lebih baik untuk mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ketika ini guru KAFA berkhidmat secara kontrak dan memperolehi kemudahan hanya yang terdapat dalam senarai jadual kontrak.

"Peluang dan kelebihan daripada skim tersebut (skim perkhidmatan khusus) seperti cuti bersalin, kemudahan hospital, pinjaman perumahan dan kenderaan dan soal-soal kebajikan yang lain yang menjamin masa depan mereka,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dan beramah mesra dengan guru KAFA, imam dan guru takmir Zon Selatan, di sini, hari ini.

Jamil Khir berkata, penelitian mendalam perlu dilakukan sebelum skim itu diperkenalkan kerana ia akan melibatkan syarat-syarat pengambilan seperti kelulusan akademik.

Beliau berkata, skim itu tentunya berbeza dengan perkhidmatan kontrak yang lebih terbuka yang tidak memerlukan kelulusan akademik tertentu.

Katanya, skim cadangan itu perlu dikaji secara mendalam sebelum ditawarkan kerana sekiranya ditawarkan sekarang akan menyebabkan nasib guru yang tidak memenuhi syarat akan terjejas.

Katanya setakat ini terdapat lebih 33,000 orang guru KAFA sedang berkhidmat di seluruh negara. - Bernama

* kesian tengok guru KAFA selama ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.056881 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list