|
Sir Bobby Charlton (born 11 October 1937, Northumberland) meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun. Beliau, yang merupakan pemenang Piala Dunia bersama England pada tahun 1966, adalah midfielder yang memegang teraju sebagai top-scorer untuk England selama 40 tahun sebelum record ini dipecahkan oleh Wayne Rooney. Charlton juga adalah pemenang Ballon d'Or untuk Piala Dunia 1966.
Charlton merupakan pemain bolasepak bersama Manchester United dari tahun 1953 hingga 1973 dan memenangi pelbagai piala bersama kelab ini, termasuklah European Cup pada sesi 1967-68. Satu figure yang berpengaruh, Charlton adalah icon bolasepak sedunia dan disegani dan dihormati sepanjang career beliau dan selepasnya.
Charlton adalah salah seorang dari pemain kelab Manchester United yang terselamat dari kemalangan kapalterbang yang berlaku pada 6 February 1958 di Munich Airport yang mebunuh 23 dari 44 orang di dalam penerbangan itu.
Dunia bolasepak hari ini kehilangan seorang bintang yang rendah diri, berdisiplin, bersejarah dan paling terkemuka di kalangan sukan bolasepak di England.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|