CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1647|Reply: 1

[Johor] Hartanah Johor melonjak selepas kelonggaran syarat MM2H

[Copy link]
Post time 22-10-2023 04:10 PM | Show all posts |Read mode


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (tengah) melawat gerai pameran pada Majlis Perasmian Larangan dan Penguatkuasaan Bagi Pembuangan Sampah Kecil D Dalam Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor di Iskandar Puteri pada Ahad.

ISKANDAR PUTERI - Penjualan hartanah di Johor dijangka melonjak selepas syarat ketat Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) sudah dilonggarkan dan kenaikan kadar sewa dua kali ganda di Singapura.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, perkembangan itu dilihat dapat menyelesaikan masalah hartanah tidak terjual sekali gus merancakkan kembali projek-projek perumahan di Johor.

"Kesan daripada kenaikan kadar sewa di Singapura telah mula memberikan impak kepada peningkatan penjualan hartanah sejak tahun lepas.

“Daripada suku pertama 2022 sehingga suku pertama tahun ini, penjualan hartanah di Johor telah meningkat sebanyak 17 peratus, susulan kenaikan kadar sewa di Singapura.

“Kita lihat ramai pekerja di republik itu dan warga Singapura membeli hartanah di negeri ini. Jadi, pastinya dengan kelonggaran syarat ketat MM2H akan merancakkan lagi sektor hartanah dan selesai masalah tidak terjual di Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Larangan dan Penguatkuasaan Bagi Pembuangan Sampah Kecil Di Dalam Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor di sini pada Ahad.

Beliau mengulas mengenai kelonggaran syarat ketat MM2H yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2024 baru-baru ini.

Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2024 dilaporkan sebagai berkata, kelonggaran syarat ketat MM2H dijangka dapat meningkatkan aktiviti pelaburan dalam pasaran kewangan Malaysia dan industri hartanah negara.

Mohd Jafni berkata, pengumuman itu disambut baik sepenuhnya kerana seiring dengan harapan kerajaan negeri terutama dalam membantu mengatasi masalah hartanah tidak terjual di negeri itu.

“Kita sokong pengumuman dibuat Perdana Menteri kerana ia bukan sahaja menyelesaikan masalah hartanah tidak terjual di Johor, tetapi juga seluruh negara," ujar beliau.

Jelasnya, ini kerana terdapat banyak syarat MM2H telah diketatkan selepas 2018 antaranya deposit pembelian hartanah RM1 juta dan tinggal di Malaysia sekurang-kurangnya 90 hari.

"Syarat seumpama ini tidak dikenakan di Indonesia dan Filipina," ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai itu.

Kerajaan negeri sebelum ini telah berulang kali menyuarakan pandangan supaya kerajaan melihat semula syarat ketat Program MM2H.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar turut bertitah supaya kerajaan menambah baik Program MM2H dari segi dasar, insentif dan manfaat supaya ia tidak membebankan sekali gus menjadikan Malaysia antara destinasi pilihan utama.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 10:05 AM | Show all posts
Tahniah ...zaman PN la habis merudum
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.099239 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list