CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 696|Reply: 0

Skuad hoki KL, projek jangka panjang - Vikneswaran

[Copy link]
Post time 22-10-2023 04:57 PM | Show all posts |Read mode

Penjaga gol Melaka, Mohammad Ridzwan Azmi (kanan) cuba menyelamatkan serangan dari pemain Kuala Lumpur Sriramm Vikneswaran (kiri). -FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih hoki Kuala Lumpur (KL), I Vikneswaran memaklumkan skuad yang beliau bawa ini adalah untuk projek jangka masa panjang kerana terdiri daripada pemain yang masih muda.

Katanya, apa yang dipamerkan oleh mereka ketika aksi final Piala Tun Abdul Razak 2023 menentang Melaka semalam harus diberikan pujian biarpun ramai di antara mereka belum ada pengalaman bermain di pentas berkenaan.

"KL adalah satu pasukan muda. Sebenarnya sasaran kita tiga hingga lima tahun dan proses masih berjalan. Sebab itu kita pilih ramai pemain yang muda berusia belasan tahun.

"Tapi kita nampak semangat mereka dan pemahaman mereka bagaimana nak mengikuti taktikal, teknikal permainan apa yang kita perlukan.

"Kita lihat juga apabila kita di bawah, kita lawan balik. Itu semangat. Jadi saya rasa itu karakter ada pada pemain. Sebab itu kita lihat mereka menang," katanya selepas aksi final di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Tambah Vikneswaran, meskipun ramai pemain belasan tahun di dalam pasukan tetapi mereka berjaya menyesuaikan taktikal yang diserap dengan pantas.

Beliau turut bertekad untuk kembalikan zaman kegemilangan pasukan hoki KL setelah sekian lama dilihat begitu sukar untuk bersaing dengan pasukan elit.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... panjang-vikneswaran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.053059 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list