CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 727|Reply: 0

Shereen yakin lebih pantas

[Copy link]
Post time 22-10-2023 04:58 PM | Show all posts |Read mode

SHEREEN meluahkan keyakinan bahawa dia mampu untuk melakukannya. FOTO ASYRAF HAMZAH

Kuala Lumpur: Pemenang pingat gangsa dalam acara 400 meter (m) di temasya Sukan Asia, Hangzhou, Shereen Samson Vallabouy yakin mampu untuk pergi lebih pantas dalam acara kegemarannya itu sekali gus melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik Paris tahun depan.

Shereen yang kini diberikan cuti rehat selama enam minggu sebelum memulakan musim baru Februari tahun depan berkata, fokus utamanya kini adalah untuk memperbaiki rekod kebangsaan miliknya iaitu 51.80 saat (s).

Atlet kelahiran Perak itu meluahkan keyakinan bahawa dia mampu untuk melakukannya.

"Fokus utama saya adalah memperbaiki catatan masa dalam 400m dan saya yakin mampu untuk pergi lebih laju lagi.

"Manakala dalam acara 200m pula saya akan cuba perbaiki kelajuan supaya boleh menyamai standard dunia. Tapi yang paling utama adalah 400m namun jika ada peluang dalam acara 200m saya akan turut mencubanya," katanya.

Katanya dia akan kembali ke Amerika Syarikat tahun depan dengan sasaran menyertai beberapa kejohanan utama yang menawarkan mata dalam kedudukan ranking dunia.

"Saya memasang impian untuk ke Olimpik dan berharap dapat melakukannya. Untuk itu saya perlu menyertai kejohanan yang menawarkan mata.

"Kalau boleh saya mahu menyertai dalam 10 kejohanan antarabangsa untuk menempatkan diri dalam kedudukan ranking yang menawarkan tempat ke Olimpik berbanding kejohanan di peringkat universiti," katanya.

Untuk rekod, Shereen, 25, kini memegang tiga rekod kebangsaan iaitu dalam acara 400m, 200m (23.33s) dan 400m dalam dewan yang pertama dalam sejarah (53.79s).

Sekiranya mahu melayakkan diri secara merit ke temasya Olimpik Paris, Shereen perlu melepasi catatan 50.95s dan ketika ini catatan masa terbaik yang dilakukannya adalah 51.80s.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -yakin-lebih-pantas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.061092 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list