CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2902|Reply: 0

Pink Racing: Harith harapkan tuah Litar Tangkak

[Copy link]
Post time 22-10-2023 05:28 PM | Show all posts |Read mode

HARITH berharap aksinya pada Pusingan 9 di Litar Lumba Tangkak kali ini berjalan lancar tanpa sebarang isu kerosakan pada jentera.

PELUMBA Tobaki Cilik Pink Ra­cing, Harith Farhan Baharin percaya kegagalan menamatkan perlumbaan pusingan kelapan pada 8 Oktober lalu bukanlah peng­akhiran buatnya apabila tekad memberikan aksi terbaik menje­lang perlumbaan Kejuaraan Cub Prix hari ini.

Pelumba itu percaya masalah itu telah diatasi pasukannya dengan baik sekali gus mahu menamatkan kemarau dengan me­ngutip mata pada perlumbaan pusingan kesembilan di Litar Lumba Tangkak, Johor nanti.

“Sewaktu perlumbaan tempoh hari, sebenarnya saya berada dalam kelompok untuk mengutip mata, tetapi sayang jentera mula berdepan kerosakan.

“Ketika itu, jentera sememang­nya agak baik, tetapi selepas beberapa pusingan prestasi enjin mula bermasalah dan saya terpaksa keluar dari perlumbaan.

“Apapun saya yakin, pasukan telah atasi masalah tersebut dan kalau boleh saya mahu menamatkan perlumbaan dengan baik.

“Saya mahu bawa jentera Pink Racing ini berada dalam kelompok 10 terbaik dan meraih mata buat pasukan kali ini,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Bagaimanapun, Harith yakin cabaran di Tangkak bukan sesuatu yang mudah memandangkan litar tersebut baru dinaik taraf sekali gus bakal memberi cabaran kepada semua pelumba terutama dalam saingan kelas CP150.

“Saya tahu, saingan esok (hari ini) pasti mencabar kerana litar juga baru diturap dan keadaan pasti agak licin. Jadi, ia bakal memberi cabaran kepada setiap pelumba,” tambahnya.

Pada aksi kelayakan semalam menyaksikan Harith bakal memulakan saingan di petak ke-12, Afizi Supaat (19), manakala seorang lagi pelumba Pink Racing, Qhuwarismi Nasir di tempat ke-24.
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... tuah-litar-tangkak/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.093689 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list