CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6870|Reply: 0

Aidil tamatkan penantian 26 tahun negara di Kejohanan Cabaran Antarabangsa Indonesia 2023

[Copy link]
Post time 22-10-2023 11:23 PM | Show all posts |Read mode


Aidil Sholeh Ali Sadikin (dua dari kanan) berjaya menjuarai Kejohanan Cabaran Antarabangsa Indonesia 2023 hari ini. (FOTO: Ihsan Badminton Indonesia)
PETALING JAYA: Perseorangan lelaki badminton negara, Aidil Sholeh Ali Sadiki akhirnya menamatkan kemarau lama untuk meraih gelaran juara setelah berjaya mengungguli Kejohanan Cabaran Antarabangsa Indonesia 2023 hari ini.

Aksi perlawanan akhir yang berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa JATIM, Surabaya menyaksikan Aidil turun sebagai pilihan ketujuh kejohanan menentang wakil Jepun, Keita Makino.

Aidil dan Makino belum pernah bertemu dalam mana-mana kejohanan sebelum ini, namun Aidil lebih ampuh dalam perlawanan ini apabila menampilkan aksi terbaik untuk melakar kemenangan 21-14 21-6 dalam tempoh 32 minit.

Lebih manis, Aidil menjadi pemain perseorangan lelaki pertama dari Malaysia yang berjaya memenangi kejohanan ini sejak diadakan pada tahun 1997.

Tahun lalu, Aidil hampir lagi meraih kejuaraan pertama dalam kariernya ketika beraksi di Cabaran Antarabangsa Malaysia, namun tewas kepada rakan senegara, Justin Hoh di perlawanan akhir.

Sementara itu, rakan senegara, Choong Hon Jian-Go Pei Kee berputih mata untuk bergelar juara bagi acara beregu campuran setelah tumpas kepada pilihan kedua kejohanan, Hiroki Nishi-Akari Sato dengan keputusan 20-22, 21-18, 14-21.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.055088 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list