CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13038|Reply: 36

Harimau Muda FC (A / B / C) - DIBUBARKAN 2015

[Copy link]
Post time 30-1-2011 01:31 AM | Show all posts |Read mode
Edited by HangPC2 at 19-12-2015 05:42 PM

Last edited by HangPC2 on 29-9-2012 11:46 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2011 06:28 PM | Show all posts
gud luck harimau muda
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2011 03:44 PM | Show all posts
2011 Nike Harimau Muda Away Shirt







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2011 12:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2011 12:31 AM | Show all posts
Harimau Muda uji ' kekuatan ' sebelum jumpa Pakistan



SKUAD Olimpik negara, Harimau Muda A bakal menjadikan dua aksi Liga Super bertemu T-Team di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam ini dan Perlis pada Selasa depan sebagai medan menguji kekuatan sebelum menghadapi Pakistan, 23 Februari depan.

Jurulatihnya, Ong Kim Swee (gambar) berkata, dia perlu menggunakan dua perlawanan tersebut bagi menguji barisan pemainnya selain taktikal baru yang ingin disesuaikannya menjelang aksi pusingan pertama kelayakan Olimpik 2012 itu.

" Saya baru pulang dari Bangkok semalam (kelmarin) untuk 'mengintai' perlawanan persahabatan di antara skuad Olimpik Thailand dan skuad Olimpik Pakistan pada Rabu lalu.

" Biarpun Pakistan tewas 1-2, saya lihat mereka sebuah pasukan yang cukup bagus, tersusun dan berdisipilin. Mereka mempunyai strategi mengikut kekuatan sendiri.

" Mereka banyak menggunakan hantaran jauh. Jadi saya akan buat sedikit perubahan taktikal untuk disesuaikan dengan corak Pakistan dan ia akan diuji apabila kita bertemu T-Team dan Perlis," katanya ketika dihubungi Kosmo ! semalam.

Namun Kim Swee terpaksa ' mengorbankan ' aksi pusingan pertama Piala FA menentang SDM Navy pada Jumaat depan untuk mengelak kemungkinan berlaku kecederaan terhadap pemainnya menjelang aksi bertemu Pakistan itu.

" Saya akan turunkan pemain simpanan bertemu SDM Navy tetapi itu bukan bermakna saya pandang rendah lawan. Tapi kami mempunyai misi lebih utama iaitu kelayakan Olimpik.

" Ketika ini pun saya terpaksa melupakan terus penyerang utama, Izzaq Faris Ramlan yang memerlukan dua minggu untuk pulih daripada kecederaan hamstring. Saya tak mahu ada pemain lain pula yang cedera, " jelasnya.

Daripada 30 pemain Harimau Muda A ketika ini, Kim Swee hanya akan menyenaraikan 20 pemain untuk aksi bertemu Pakistan termasuk lima pemain ' luar ' terdiri daripada Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan), Ahmad Shakir Md. Ali (Kedah), Faizal Abu Bakar (Kedah) dan D. Saarvindran (Harimau Muda B).

" Mujur Negeri Sembilan dan Kedah mendapat bye pusingan pertama Piala FA. Jadi mereka mungkin dapat menyertai latihan kita bermula Rabu depan manakala Khairul Fahmi pada Sabtu depan selepas Kelantan bertemu T-Team. "

Skuad Olimpik negara akan bertemu Pakistan di Stadium Shah Alam pada 23 Februari sebelum beraksi di tempat lawan pada 9 Mac.



- Kosmo -



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2011 08:42 AM | Show all posts
Aksi Harimau perlu diperkemas




Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my



PETALING JAYA - Masih banyak lagi yang harus diperkemas oleh skuad bimbingan Ong Kim Swee menjelang pertemuan kelayakan Olimpik 2012 menentang skuad Olimpik Pakistan pada Rabu depan, selepas Harimau Muda A hanya mampu memperoleh keputusan seri 1-1 menentang Perlis dalam saingan Liga Super kelmarin.

Meskipun, Kim Swee tidak meletakkan sebarang harapan tinggi pada perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Kelana Jaya, kelmarin namun aksi yang dipamerkan oleh pemainnya sedikit hambar selain cuai ketika diasak oleh Perlis pada babak kedua perlawanan.

Jaringan awal diperoleh Perlis melalui pemain, Mohd. Faiz Subri pada minit ke-74 sebelum Gary Steven Robbat menyamakan kedudukan pada minit ke-89 untuk mengelakkan Harimau Muda tewas kepada skuad Singa Utara.

Pada perlawanan tersebut, Harimau Muda A hanya meletakkan A. Thamil Arasu selaku penyerang solo dengan dibantu oleh Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Wan Zack Haikal di bahagian sayap.

Sementara itu, di bahagian pertahanan Harimau Muda A, dua tonggak skuad kebangsaan, Mohd. Muslim Ahmad dan Mohd. Fadhli Shas berjaya membentuk gandingan mantap bagi menghalang Perlis mendapatkan lebih banyak gol.

Malah, aksi mereka wajar diberikan pujian kerana banyak membantu pasukan dalam usaha mencipta peluang untuk mendapatkan jaringan.

Walaupun begitu, masih terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki oleh anak-anak buah Kim Swee untuk pertemuan, Rabu depan terutama di bahagian tengah yang dilihat agak kurang menjadi pada perlawanan tersebut.

Pada aksi Rabu depan, skuad Harimau Muda negara tidak boleh memandang rendah skuad Olimpik Pakistan tambahan pasukan itu hanya tewas 1-2 kepada skuad Olimpik Thailand.

Pakistan dilihat mempunyai corak permainan tersusun dan berdisiplin yang menjadi kunci utama kekuatan pasukan itu.

Menurut Kim Swee, segala keupayaan pasukan akan digunakan sepenuhnya pada pertemuan pertama kelayakan Olimpik tersebut minggu depan selain mengharap prestasi pemain mampu berada di tahap terbaik.

'' Memang kita akui Pakistan banyak mempunyai kelebihan seperti kepantasan dan taktikal tersendiri.

'' Namun, saya tetap percaya kami mempunyai kelebihan tersendiri yang boleh digunakan sepenuhnya pada perlawanan, Rabu depan dan pada masa itu sudah tentu saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada perlawanan menentang Perlis ini, '' kata Kim Swee.

Kim Swee diramal hanya akan menyenaraikan 20 pemain untuk aksi bertemu Pakistan serta mendapat tambahan lima pemain luar iaitu Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan), Ahmad Shakir Md. Ali (Kedah), Faizal Abu Bakar (Kedah) dan D. Saarvindran (Harimau Muda B).

Sementara itu, Pakistan dilaporkan bakal menamakan beberapa pemain yang berpangkalan di kelab Eropah seperti penjaga golnya, Naiman Khan (Sepanyol) dan Yousuf Butt (Sweden), apabila bertandang 23 Februari ini.




- Utusan Malaysia -


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2011 11:28 AM | Show all posts
aku jadi minat harimau muda A ni selepas tengok dia lawan dengan pakistan. yang buat aku lagi minat mayb sebab ada khairul fahmi kot


tapi aku respek dengan gol keeper pakistan yang main separuh masa kedua, apa kenamanya, umar kalau tak silap. terer giler
nasib baik apek kita terer gak
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 10:19 AM | Show all posts
Harimau Muda A tewas kepada Johor 2-1 semalam dalam saingan Piala FA.

Jika dari sudut positif, ianya menguntungkan pihak Harimau Muda dan Ong Km Swee kerana selepas ini jadual perlawanan mereka tidaklah terlalu padat dan boleh memberi tumpuan maksimu kepada pelawanan liga super dan Kelayakan Olimpik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2011 01:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by sitihawa at 7-3-2011 13:40

wan zack haikal






Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 02:18 PM | Show all posts
Aku harap agar pihak FAM tidak mengenakan sebarabg tiket kepada penonton bila Harimau Muda menjadi tuan rumah ketika perlawanan Liga Super @ Piala Malaysia nanti.
Sebabnya, kewangan untuk pasukan ini terus dari FAM, bukan seperti pasukan lain yang terpaksa mengharapkan jualan tiket dan juga penaja.
Dengan ini, akan meningkatkan lagi minat dan penonton untuk menyokong perjuangan Harimau Muda ini ;)
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 03:39 PM | Show all posts
Chief coach rajagobal ckp dia ade peratikan pmain2 liga m'sia yg leh di panggil utk wakil negara.

Klu tgk soccer kid tv3 yg bru hbis bln lps....striker sorg ni lincah betul. Tp bru sekloah rendah la...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 01:05 PM | Show all posts
Harimau Muda langkah kanan di Slovakia

KUALA LUMPUR, (D5) - Skuad Harimau Muda yang berkelana ke Slovakia memenangi perlawanan sulung ketika bertemu dengan kelab FK Bodva Moldava nad Bodvou hasil jaringan tunggal Wan Zack Haikal Wan Noor pada minit ke-47.

Skuad b-23 tahun yang dibimbing jurulatih Ong Kim Swee kini dalam rangka persiapan menjelang kelayakan Olimpik September ini serta dalam misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA.

Harimau Muda dijangkan akan mengadakan 12 perlawanan persahabatan dengan Kelab Liga Divisyen Satu Slovakia termasuk dua perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu skuad Olimpik Austria dan Republik Czech.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2011 12:22 AM | Show all posts
skuad masa depan.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2012 11:50 AM | Show all posts
Kim Swee buka ' buku ' baharu




Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.






THAMIL Arasu (depan) meletakkan Harimau Muda di depan sebelum perlawanan dihentikan.



BENAR kata orang, barang yang lepas usah dikenang.Malam kelmarin, skuad Harimau Muda kempunan meneruskan momentum kemenangan selepas aksi menentang Balestier Khalsa dalam saingan Liga Singapura (Liga S) di Stadium Yishun terpaksa ditangguhkan gara-gara hujan lebat.

Biarpun selesa mendahului 1-0 hasil jaringan tunggal penyerang, A. Thamil Arasu menerusi sepakan penalti pada minit ke-12, anak-anak buah Ong Kim Swee terpaksa akur dengan keputusan pengadil yang bertindak menangguhkan perlawanan pada pertengahan babak kedua atas faktor keselamatan.

Disebabkan itu, kedua-dua pasukan terpaksa mengharungi perlawanan ulangan di stadium yang sama pada 3 Oktober depan.

Begitupun, Kim Swee enggan fokus anak-anak buahnya terjejas dengan situasi itu sambil menegaskan mereka perlu bersedia dari aspek mental dan fizikal ketika berdepan Gombak United di stadium yang sama, malam esok.

“ Kecewa memanglah kecewa (apabila perlawanan ditangguhkan), tetapi kami menghormati keputusan pengadil ekoran kilat sabung-menyabung selain permukaan padang yang semakin licin.

“ Jika diteruskan sehingga membahayakan nyawa pemain, sudah tentu kedua-dua pasukan berdepan natijah yang lebih teruk,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi di Singapura semalam.

Selain aksi kedua-dua pasukan, pertembungan antara Geylang United dan Gombak United dalam satu lagi aksi Liga S kelmarin juga ditangguhkan gara-gara faktor cuaca. Geylang ketika itu sedang mendahului 1-0.

Kim Swee memberitahu: “ Kami perlu membuka ‘ buku ’ baharu kerana aksi berdepan Gombak United (malam esok) juga tidak kurang penting jika mahu menamatkan saingan Liga S di tangga kelima musim ini. ”

Selepas menentang Gombak United dan Balestier Khalsa, Harimau Muda akan membuat perhitungan dengan Hougang United di tempat lawan pada 20 Oktober sebelum melayan kunjungan Geylang United empat hari selepas itu.



- Kosmo -




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2012 04:07 PM | Show all posts
Raja tak mahu lepas



2012/10/03 - 23:57:49 PM


Oleh Wan Fakhrul Bakar



Kuala Lumpur: Seperti dijangka, jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal tetap dengan pendiriannya tidak melepaskan lima pemain Harimau Muda menyertai skuad Ong Kim Swee ke kejohanan jemputan B-21 Piala Thanh Nien di Gia Lai, Vietnam, 13 hingga 21 Oktober ini.

Hasil pertemuan Rajagobal dan Kim Swee semalam, kata putus dibuat penjaga gol Izham Tarmizi Roslan, Fadhli Shas, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Gary Steven Robbat (Harimau Muda A) serta Zubir Azmi (Terengganu) perlu mengikut Rajagobal ke Hong Kong untuk aksi persahabatan antarabangsa, 16 Oktober ini.
Lantas Kim Swee kini hanya memiliki 25 pelatih untuk ke kejohanan di Vietnam itu 14 pemain Harimau Muda A, dua pemain Harimau Muda B, seorang pemain Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) serta lapan pemain luar dari kelab dan negeri.

Bagi saya, kita perlu realistik dengan barisan pemain yang tinggal. Jika kesemua lima pemain itu ada, sudah pasti saya boleh buat sasaran yang lebih tinggi. Tapi dengan situasi sekarang, saya hanya berani letak sasaran layak ke separuh akhir, kata Kim Swee ketika dihubungi, semalam.

Pada kejohanan yang turut diberi jolokan Piala Newspaper itu, skuad B-21 negara diletak satu kumpulan dengan Indonesia B-21 dan Iraq B-19 manakala satu lagi kumpulan diisi Vietnam B-21, Singapura B-21 dan Syria B-19. Dua teratas setiap kumpulan mara ke separuh akhir.

Tambah Kim Swee: “Persiapan kita juga kurang lancar kerana hanya dapat buat satu aksi persahabatan bertemu Kemboja (malam tadi) kerana Harimau Muda A perlu ke Singapura untuk aksi Liga-S bertemu Balestier Khalsa, Ahad ini.

“ Selepas itu kami akan terbang ke Vietnam pada 11 Oktober dengan saya hanya akan bawa 20 pemain. Kami tetap akan cuba yang terbaik biarpun dengan skuad yang sedikit pincang. ”



- Berita Harian -




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2012 05:50 PM | Show all posts
Harimau Muda B ke Turki




KUALA LUMPUR - Bukan Slovakia atau Brazil seperti yang diuar-uarkan sebelum ini menjadi destinasi skuad belia negara khususnya Harimau Muda A, sebaliknya Pusat Latihan Antalya, Turki yang bakal menyambut Harimau Muda B mulai pertengahan November ini.

Dengan meneruskan matlamat untuk menjadikan skuad bawah 19 tahun itu sebagai pembekal pemain kebangsaan, mereka bakal ke sana selama sebulan dan dijadualkan menghadapi enam perlawanan persahabatan antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara, Datuk Razali Ibrahim berkata, kem latihan dan enam perlawanan itu bertujuan pendedahan memandangkan pusat latihan Antalya turut menempatkan beberapa lagi pasukan bawah umur negara lain dan tuan rumah.

" Penghantaran pasukan ini turut akan meneruskan matlamat menjadikannya (skuad Harimau Muda) sebagai pembekal pemain kebangsaan, " kata Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa di Bangunan Parlimen di sini, semalam.

Difahamkan siri persahabatan itu turut melibatkan pasukan belia Norway di samping dua lagi pasukan yang akan dikenal pasti kelak dan kemungkinan sebuah pasukan bawah 19 tahun Turki sendiri.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad menjelaskan, cadangan ke Slovakia tidak dapat diteruskan kerana tarikhnya berada di luar musim liga dan tiada pasukan yang dapat mengesahkan bagi perlawanan persahabatan.

" Rancangan ke Brazil seperti yang disebut-sebut sebelum ini cuma satu undangan melawat sebuah pusat latihan bola sepak di sana yang terletak 350 kilometer dari Sao Paolo dan bukannya tawaran bermain dalam mana-mana liga mereka (bagi Harimau Muda A atau B), " jelasnya.

Kata Razali, matlamat Program Pembangunan Bola Sepak Negara yang dikendalikan jawatankuasanya kini diperluaskan kepada mencapai kelayakan ke pusingan akhir Piala Dunia Bawah 17 dan 20 Tahun Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 2019.

" Terdapat 1,647 pemain di bawah program ini yang berada di Pusat Latihan Daerah di kesemua 14 negeri dan kami akan cuba melantik tambahan 98 jurulatih baru selain membuka dua pusat di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.

" Sebanyak 90 peratus daripada mereka, akan ditempatkan di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Tunku Mahkota Ismail Bandar Penawar dan Gambang, Kuantan. Mereka bakal dikecualikan bermain sukan lain supaya khusus kepada bola sepak sahaja, " katanya.



- Utusan Malaysia -


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2012 01:29 PM | Show all posts
Thamil urges Hazwan to hunt for goals



Posted on October 6, 2012



PETALING JAYA : Harimau Muda top scorer A. Thamil Arasu has “ instructed ” his strike partner Ahmad Hazwan Bakri to get the goals in their Singapore League (S-League) rematch against Balestier Khalsa at the Yishun Stadium tomorrow (7.45pm).

Thamil will miss the match through suspension after picking up his fourth yellow card in the 2-1 loss to Gombak United on Sunday.

The 21-year-old Banting-born Thamil scored against Balestier in the 12th minute to give Harimau Muda a 1-0 lead before the match was called off in the 63rd minute due to a thunderstorm on Sept 27.


Already frustrated to see the match called off, Thamil was doubly despondent when he knew that he would have to miss the rematch.

“ We were in the driver’s seat against Balestier before the match was called off … it was really frustrating for us, ” said Thamil, who has scored seven goals in the S-League.

“ For me, it’s a double blow as I will have to sit out the rematch … anyway I have told Hazwan to get his name on the scoresheet on my behalf in the rematch.

“ Hazwan is hard working and I’m confident he can get the job done against Balestier. ”



- The Star -




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2012 12:42 PM | Show all posts
Irfan rallies team-mates ahead of VFF campaign



Posted on October 13, 2012



PETALING JAYA : National Under-21 skipper Mohd Irfan Fazail wants his men to defy the odds and get their VFF Newspaper Cup campaign off to a winning start when they face Laos in Gia Lai, Vietnam, tonight.

Irfan is aware of the tough task awaiting them as coach Ong Kim Swee’s squad have been drawn in a tough Group B with the Laos Under-21 side and Sydney FC.

Group A comprises the Under-21 sides from Vietnam, Singapore and Thailand.

Malaysia will play Sydney FC on Wednesday and the top two teams in each group will qualify for the semi-finals on Friday. The final will be on Oct 21. The talismanic Irfan will have to sit out tonight’s match due to a knee injury sustained against Balestier Khalsa in the Singapore League two weeks ago.

The Harimau Muda A team will also be without regular goalkeeper Izham Tarmizi Roslan; defenders Zubir Azmi and Fadhli Shas; winger Wan Zack Haikal Wan Nor; and midfielder Gary Steven Robbat – who are all with the national senior squad for an international friendly against Hong Kong on Oct 16.

Leftback Fandi Othman and nippy winger Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, however, are on the crock list.

Irfan said that coach Kim Swee had set them a top-four target in the Under-21 tournament.



The Squad :


Mohd Farhan Abu Bakar, Farhan Muhd Ariff, D. Saarvindran, Irfan Fazail, A. Thamil Arasu, Shahrul Mohd Saad, Nazirul Naim Che Hashim, Fandi Othman, Syahrul Azwari Ibrahim, Mohd Raphi Azizan Mariappen, Syazwan Tajudin, Ahmad Hazwan Bakri, Izham Tarmizi, Firdaus Muhamad, Mohd Nashriq Yahya, Mohd Azeif Nasrulhaq Badrul Hisham, Adam Nor Azlin, Syazuan Hazani, Muhd Nurridzuan Abu Hassan, D. Kenny Palraj.



- The Star -




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2012 12:57 PM | Show all posts
Harimau Muda (Malaysia U21) Vs Sydney United FC U21 (2012 VFF Newspaper Cup)







http://www.youtube.com/watch?v=jy4zaU_eJYA





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2012 05:36 PM | Show all posts
FOOTBALL : Portugal beckons Fakri





06 November 2012 | last updated at 10:57PM



AHMAD Fakri Saarani could become only the second Malaysian player after Nazmi Faiz Mansor to play in the Portuguese league.



Fakri, 23, has been invited for a three-day trial with Atletico Sport Clube Reguengos, a Terceira Division (third-tier competition) Serie F side.

Established in 1929, the club are currently fourth in the 12-team league with 12 points from seven matches.

Argentine Ernesto Sebastian Sanchez and Tanzanian Abuu Ubwa Zuberi are among the club's seven foreign signings.

The trial is only expected to be a formality with Fakri, a striker who has not renewed his contract with Felda United, excited about the prospect of playing in Portugal.

Fakri, a national trainee, will attend the trial after the AFF Cup which ends on Dec 22.

If he impresses, the club could sign him during the January transfer window for a period of between six months and three years.

Football agent Marco Guimaraes said the club invited Ahmad for a trial after watching video footages of him.

" Fakri is a quality striker, who also plays well as a winger but injury affected his confidence in the M-League. He has, however, regained his form, " said Guimaraes yesterday.

" He is intelligent, fast, has quick feet and works very hard. At 23, he's at a good age and already a regular with the national team. It's obvious he's a very good player.

" I believe he can follow in Nazmi's footsteps, who has improved tremendously with Premier League side Biera-Mar, by playing in Europe. I believe he can make a big impact in Portugal. "

Fakri, who began his professional career with Perak five seasons ago, was a member of the national Sea Games winning squads of 2009 and 2011.

The Kota Baru-born also played in the 2010 Asian Games but missed the AFF Cup due to injury.

" Atletico want to see more of him as there were not many video footages of him. I have a good relationship with the club.

" If everything goes well, he may sign for six months as the club may want to see how he adapts before offering a longer deal," said Guimaraes.

Guimaraes, who is Nazmi's agent, thanked the FA of Malaysia (FAM) for being supportive in getting locals to attend trials in Europe.

" FAM general secretary Datuk Azzuddin Ahmad was accommodating and supportive when we informed him about our interest to get Ahmad to Portugal for a trial.

" The national body wants more locals to ply their trade overseas, " Guimaraes added.




- NST -



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.408658 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list