CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39336|Reply: 674

Kisah Nik Aziz...

  [Copy link]
Post time 30-1-2011 04:21 PM | Show all posts |Read mode
MURSYIDUL Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat menunjukkan pemikirannya yang semakin bercelaru. Tok Guru itu tidak habis-habis memalukan Pas.

Terbaru beliau mempertahankan kenyataan mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew agar umat Islam di republik itu tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran dan nilai Islam.

Aneh, seorang pemimpin Pas yang mahu menegakkan negara Islam boleh berkompromi dengan kenyataan Kuan Yew. Mujurlah sebahagian pemimpin Pas tidak senada dengan beliau. Antaranya Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan yang membidas Kuan Yew. Beliau ada keberanian menyanggah pengasas Singapura itu dengan hujah-hujah ilmiah mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam.
Namun sikap Nik Aziz tidak mengejutkan. Jika beliau boleh tunduk dengan DAP maka tiada sebab untuk tunduk dengan Kuan Yew yang merupakan pengasas PAP, parti yang memerintah Singapura sehingga kini. Ini kerana PAP dan DAP ada jalinan strategik.

Sebab itu, Nik Aziz tidak berani untuk bersuara mempersoalkan Pengerusi DAP Karpal Singh yang terus menolak penubuhan negara Islam. Pertama kali dalam sejarah ada pemimpin utama Pas yang menjadi alat DAP. Awang dapat tahu, ramai ahli Pas yang kecewa dengan kenyataan Nik Aziz lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya kecil Tenang. Malah ada yang menyatakan beliau sudah tidak lagi relevan selain menjadi liabiliti kepada Pas. Awang juga berpendapat begitu. Anak Nik Aziz, Nik Abduh jauh lebih bijak dan wajar diberi peranan untuk meneruskan legasi bapanya suatu hari nanti.

Beberapa hari lalu pula, Nik Aziz mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa mereka yang tidak mengundi Pas sebagai golongan jahiliah. Awang sudah tidak larat geleng kepala apabila bercakap tentang kecelaruan Nik Aziz. Menteri Besar Kelantan itu nampaknya riak dan semakin banyak menyalahgunakan Islam untuk kepentingan politik. Dua tokoh agama dari Kelantan iaitu bekas Ahli Jawatankuasa Ulama Pas, Mohd. Noor Idris dan Pengagas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah turut menyelar kenyataan Nik Aziz. Awang harap Nik Aziz tidaklah meletakkan imejnya seperti pengamal ajaran sesat Ayah Pin yang sedang diburu oleh pihak berkuasa.

Jika dibuat perbandingan siri-siri kenyataan Nik Aziz sejak bertahun-tahun lalu dan Ayah Pin, rasanya Tok Guru itu lebih banyak mengelirukan umat Islam. Tetapi apakan daya, ketaksuban oleh sebahagian ahli dan penyokong Pas, menenggelamkan rasional.

Sedihnya, di antara Islam sejati dan fahaman Nik Aziz, ramai juga yang sanggup memilih untuk akur dengan Tok Guru yang celaru.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2011 05:50 PM | Show all posts
aku pelik la ngn engko ni asal busuk hati sgt dengki ngan PAS ,kelantan,anuar dan bla bla bla..ko moderater tp prangai cam gampang jer..aku tgk tread ko byk kena lock..hish  Anak_Nogori ko da tua prangai cm ni buat malu jo.ko ni semngat kenegerian kuat gila..ko ni hdup zman bila zman batu ker?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2011 06:52 PM | Show all posts
A_N, mudah2an segala fitnah yg disebarkan akan dibalas setimpal oleh Allah ta'alaa. Mungkin ko tak takut sbb ini dah jadi tabiat, copy & paste dari blog2 anti-PAS PKR & tepek di sini tanpa mengira kesahihan dakwaan2 tu semua...

Kalau betul berita2 yg ko sebar, maka insya-Allah ko bercakap benar...& kalau tak benar lagi palsu serta berunsur menyebar fitnah, Allah Maha Mengetahui & ko takkan terlepas dari balasan perbuatan2 keji ni....

Celaru atau tidak Tuan Guru Nik Abd Aziz, penyokong kuat di belakangnya masih amat ramai dgn sokongan yg padu lagi utuh dgn pendirian masing2. Tuduhan celaru hanya digelarkan oleh mereka yg membenci TGNA, maka biarkan mereka dgn tuduhan2 bersifat dangkal mereka...Allah Maha Tahu serta ramai lagi masih yakin dgn Tuan Guru...

Celaru UMNO lagi melampau sampai menghina hudud serta merendahkan hukum Islam dlm bab salam selain tak tahu apa itu fesyen Islam yg sebenar sampai sanggup menaungi IFF...isteri sendiri pun celaru agama, nak tuduh Tuan Guru celaru??? Mengata dulang paku serpih.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2011 08:51 PM | Show all posts
yg penting pemimpin dipilih jujur. tak makan harta rakyat mcm pemimpin BN zaman moden ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2011 08:54 PM | Show all posts
MURSYIDUL Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat menunjukkan pemikirannya yang semakin bercelaru. Tok Guru i ...
Anak_Nogori Post at 30-1-2011 16:21



kisah menantu nik aziz takde ka?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2011 09:03 PM | Show all posts
MB Kelantan tu hanya berdakwah. Memang bagus utk umat Islam. Dia pun tak kaya macam sesetengah pemimpin yang jadi MB.

Bawak la isu lain An
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2011 09:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by srumut at 30-1-2011 21:05

Keputusan Tenang dah dapat ke blum?Menang BN dengarnya
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2011 10:14 PM | Show all posts
Saya sekarang nie sedang meniliti profil Anak_Nogori didalam thread Politik Tempatan dan Isu Semasa....

Disini saya bagi amaran pada Anak_Nogori.... amaran itu maknanya cabaran.... sila keluar dari kepongpong MODERATOR.....

Jika tidak... saya akan serang Anak-Nogori habis-habisan....

Jika nak jadi penyokong BN tak kisah... tapi berada digelangang neutral atau bebas.... jangan berselindung dikepongpong MODERATOR...

Saya akan kutip semua fakta yang anda postkan di Cari.com ini ...

Bersedia untuk berdebat.......

Harap siapa-siapa yang membaca forum nie pun bersedia..... nak tau sejauh mana hebatnya Anak_Nogiri boleh pergi dengan fakta dan hujjahnya....

Untuk pengetahuan... saya penulis bebas dan tidak dibayar.... suka hati bila nak menulis....ada masa tulis... tak de masa diam... buat kerja lain cari makan...

Bersedia Anak_Nogori....

Pesanan dari Fcoy... penulis bebas....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2011 11:50 PM | Show all posts
MURSYIDUL Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat menunjukkan pemikirannya yang semakin bercelaru. Tok Guru i ...
Anak_Nogori Post at 30-1-2011 16:21


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2011 12:31 AM | Show all posts
kisah menantu nik aziz takde ka?
gicks79 Post at 30-1-2011 20:54


ada..menantu Nik Aziz sedang disiasat oleh SPRM...tengah tunggu nasib dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2011 12:33 AM | Show all posts
Keputusan Tenang dah dapat ke blum?Menang BN dengarnya
srumut Post at 30-1-2011 21:04


dengarnya majoriti rakyat tenang memilih jahiliah dan kafir, mereka menolak surga PAS..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2011 12:38 AM | Show all posts
rashiman Post at 30-1-2011 23:50


LKY menghina islam...orang melayu Malaysia plak yg Nik Aziz selar..tak macam Ketua Pemuda PAS...agaknya Haron Din bertambah pening dgn kerenah musyidulamnya..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 12:55 AM | Show all posts
kita tunggu dan lihat berapa lama, benang basah nih jadi kering
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 01:17 AM | Show all posts
tumpang lalu je la....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 01:26 AM | Show all posts
si AN ni mesti orang johor...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 01:29 AM | Show all posts
Saya sekarang nie sedang meniliti profil Anak_Nogori didalam thread Politik Tempatan dan Isu Semasa. ...
fcoy Post at 30-1-2011 10:14 PM
pakcik sokong ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2011 01:32 AM | Show all posts
nama fcoy ni pakcik rasa macam penah pakcik nampak dekat forum2 lain
dan kalau betul la dia habis la si AN sebab fcoy yg pakcik kenal tu memang ganas
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 01:41 AM | Show all posts
jangan ganas nanti kena ban/gam oleh RTM
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 01:43 AM | Show all posts
dengarnya majoriti rakyat tenang memilih jahiliah dan kafir, mereka menolak surga PAS..
Anak_Nogori Post at 31-1-2011 00:33


Mandat kepada kerajaan secara rasminya. Tenang belum tenang sebab banjir
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2011 01:44 AM | Show all posts
jangan ganas nanti kena ban/gam oleh RTM
srumut Post at 31-1-2011 01:41


dulu tahun 2005 kat LP ni lagi ganas..supermod tahu la kisah tu...sampai puak2 loser ni semua ajak bertumbuk kat luar..sebab apa?...sebab dah tak tenang lagi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.082612 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list