CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

Kisah Nik Aziz...

  [Copy link]
Post time 22-2-2011 07:28 PM | Show all posts
Reply 436# d'zeck

Aku sebenarnya yang kena banyak bersabar bila melayan karenah pencacai akal lombu ni...   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2011 09:03 PM | Show all posts
umnosenget cam tu la...baik balaci atau pemimpin

bila tk reti nk menjawab mula kata syok sendri la apa la..
org tk berhujah kalo ilmu tk cukup didada..bersumberkan AlQuran dan AsSunnah...

pulak tu ada ka kata hukum hudud melucukan...adohai....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 12:45 AM | Show all posts
Aku pun harap macam tu laa... supaya tiada Manusia di bumi Allah ini dirogol... so PANDAI2 lah j ...
alhaj72 Post at 22-2-2011 19:24


Ingat tak, kisah wanita yang menutup aurat dirogol dan dibunuh didalam bas di Selangor.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 07:53 AM | Show all posts
Ingat tak, kisah wanita yang menutup aurat dirogol dan dibunuh didalam bas di Selangor.
rashiman Post at 23-2-2011 00:45


Ingat... sungguh pun menutup aurat.. tapi balik ke rumah di waktu MALAM SEORANG diri tiada berteman...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 08:09 AM | Show all posts
Ingat tak, kisah wanita yang menutup aurat dirogol dan dibunuh didalam bas di Selangor.
rashiman Post at 23-2-2011 00:45

konar wanita kene rogol plak dah!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 09:03 AM | Show all posts
Post Last Edit by cipOt_cedOt at 23-2-2011 09:32
Aku pun harap macam tu laa... supaya tiada Manusia di bumi Allah ini dirogol... so PANDAI2 lah j ...
alhaj72 Post at 22-2-2011 07:24 PM


pada zaman Rasulullah juga ada banyak kes bunOh... tak termasOk zaman Khalifah Ar-Rasyidin... kes bunuh juga banyak dibicarakan... dan hukum membunuh adalah balas bunOh mengikut Qisas... adakah dengan meletakkan hukum itu dalam perundangan kes bunOh terhenti secara tiba-tiba... tak ada lagi kah kes bunOh berlaku pada zaman Baginda?

bagaimana ko boleh kata harap tak ada kes rogol berlaku suatu hari nanti dengan hanya memperkenalkan hukOm kononnya hudud yang meletakkan beban pembuktian bagi kes rogol kepada mangsa untuk menukar kesnya menjadi dari kes zina kepada kes rogol...

bagaimana jika berlakunya juga kes rogol... apa implikasi perundangan, keadilan dan imej Islam secara menyeluruh... boleh ke dengan mengharap bahawa dengan memperkenalkan hukum sebegitu saja boleh menghentikan berlakunya kes rogol?

apa jaminan kerajaan yang memerintah dan menguatkuasakan undang-undang bagi memastikan keadilan berlaku secara adil dan tiada yang teraniaya... harus juga diingat bahawa dalam Islam, mengampuni seseorang yang bersalah lebih baik dari tersalah menghukum orang yang tak bersalah...

memang aku tahu dan aku boleh jamin tak akan ada kes rogol yang berlaku, dilaporkan dan direkod kepada pihak berkuasa seandainya hukum hudud sebegini dilaksanakan dan dikuatkuasakan sebabnya untuk menyakinkan pendakwa dan mahkamah bahawa berlakunya kejadian rogol, si mangsa terpaksa membawa 4 org saksi yang boleh membuktikan bahawa kejadian rogol berlaku... dan jika beban itu yang terpaksa ditanggung oleh si mangsa maka si mangsa cuma ada 1 pilihan sahaja... tidak melaporkan kejadian rogol... maka tak adalah kes rogol berlaku sebab takde kejadian rogol yang dilaporkan... tapi bagaimana pula dengan peruntukan hudud terengganu yang menyatakan bahawa sekiranya seseorang wanita itu mengandung tanpa nikah maka wanita tersebut akan secara automatiknya akan didakwa kerana berzina... apa kaedah justifikasi pendakwa dan mahkamah bahawa wanita itu mengandung kerana perbuatan zina atau kerana dirogol... tidakkah itu akan kontradiksi secara automaik dengan keperluan bagi seorang wanita yang mendakwa dirinya dirogol perlu mengemukakan 4 org saksi bagi menyokong dakwaannya dan sekiranya tidak mampu maka dia akan dihukum kerana berzina dan ditambah dengan hukuman qazaf kerana memfitnah...

apa jaminan ko pulak yang tak akan berlaku kes rogol di masa hadapan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2011 09:30 AM | Show all posts
Apa beza hukum di masa nabi Yusuf dan hukum ketika Nabi Muhamad S.A.W?
alhaj72 Post at 22-2-2011 19:19


Apa tindakan enko jika terserempak dengan mangsa rogol, adakah enko akan terus mengintip dan memanggil orang lain bagi mencukupkan 4 orang saksi bagi membolehkan perogol didakwa sbb jika tiada 4 orang saksi mangsa tak boleh membuat aduan, jika tidak mangsa akan disebat 80 rotan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 09:42 AM | Show all posts
Apa tindakan enko jika terserempak dengan mangsa rogol, adakah enko akan terus mengintip dan mem ...
rashiman Post at 23-2-2011 09:30 AM


aku tahu mereka-mereka ini sebenarnya terlintas dalam fikiran mengenai isu dan masalah sebegini tetapi mereka takut untuk memperakui kebenarannya kerana mereka disogokkan dengan istilah "HUKUM ALLAH"...

apa yang PAS lakukan dan kemukakan adalah qalam ALLAH dan arahan ALLAH maka haram mempertikaikan hukum yang telah dibuat kerana ianya diambil dari Al-Quran dan Hadist...

itu la sebenarnya ideologi yang aku tentang dan serang selama ini... aku serang PAS bukan kerana aku idea negara Islam dan juga idea menegakkan undang-undnag syariah tetapi aku serang PAS kerana PAS menyuntik pemikiran yang salah dan menyeleweng serta mempergunakan ISLAM bagi tujuan politik...

itu juga yang aku lihat dalam gerakan extrimist Islam di seluruh dunia... Taliban, Al-Qaidah, Al-Arqam dan sebagainya... golongan berkuasa dalam kumpulan yang bertopengkan agama ini meletakkan kata-kata pemimpin sebaris dengan kata-kata Allah dan Rasulullah... menentang kata-kata pemimpin dimomok-momokkan seolah-olah menentang kata-kata Allah dan Rasulullah... hukOm kafir, syirik dan sebagainya dilabelkan kepada kumpulan yang menentang...

situasi begini pernah wujud dalam agama Krsitian pada zaman kegelapan dulu... kuasa gereja dan paderi memanipulasikan rakyat dengan momokkan sebegini bagi mengongkong, mengawal dan menguasai fikiran rakyat supaya tunduk dan patuh kepada cakap-cakap mereka... kesan kepada tekanan dan penyelewengan ini hasilnya adalah revolusi englightement yang memecahkan kristian kepada beberapa mazhab dan juga asas kepada kelahiran ideologi SEKULARISME...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2011 01:34 PM | Show all posts
Reply  d'zeck

Apa salah dengan Politik?

Adakah ko mengatakan Politik itu sesuatu benda yang T ...
alhaj72 Post at 22-2-2011 19:27

takde salahnya politik kecuali dicacamerbakan dengan agama
seperti yg dibuat pas

keburukan sifat manusia boleh berlaku di mana2 organisasipun,
dan itu tidak bermakna ianya dipersetujui, selagi matlamat
dan hala tuju asal organisasi itu berada di landasan yg betul.
kelemahan dan keburukan yg wujud sememangnya perlukan pembetulan
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 01:37 PM | Show all posts
Reply 441# alhaj72
sekiranya kita cukup bijaksana dan berhemah dalam berhujah,
kita tidak akan mudah merendah2 kan akal manusia lain
hanya semata2 pandangan yg berbeza dalam satu2 perkara pak aji
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 01:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by PitMie at 23-2-2011 13:54

Hmmm...semakin melalut nampaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 02:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by PitMie at 23-2-2011 14:16
Apa tindakan enko jika terserempak dengan mangsa rogol, adakah enko akan terus mengintip dan mem ...
rashiman Post at 23-2-2011 09:30


Ko ni...ade ilmu ke idak bila bercakap??? Ko ingat bila ada mangsa yg benar2 dirogol tanpa 4 orang saksi je mesti akan kene 80 rotan ke? Hukum Allah tidak sekejam itu...malah bersifat Maha Adil. Kalau nak ikut ko tadi, sape kene rogol mesti kene ade 4 org saksi utk dibawa sbg bukti baru boley or kalau tak better lupakan je sbb karang tak pasal2 kene 80 rotan, gitu kan?

Ko ingat kaedah pembuktian & bayyinah dlm pendakwaan Islam semata2 4 org saksi je ke? Penah kaji huraian 'ulamak2 feqah ke tak dlm bab qazaf ni? Ada penah terbaca ke kaedah2 pembuktian???

Ada cara2 lain jgk dlm membuktikan kes rogol wahai pakcik yg jelas kurang ilmu ttg hudud ni...Kalau mangsa datang repot kes rogol (or liwat) dgn bukti ada darah pd kemaluan dia (in case mangsa still virgin) ATAU mangsa didengari berteriak menjerit2 mintak tolong ATAU tertuduh dilihat bawak masuk (heret etc) mangsa ke dlm rumahnya secara paksa, MAKA pada zaman skrg, kajian saintifik bleh digunakan sbg bukti kes rogol spt laporan perubatan, ujian DNA, rakaman CCTV dsb...so takde la bergantung kpd 4 saksi semata2!

Oh ya...sbg kesinambungan dari kes di atas, kalau mangsa rogol tu mmg tak mampu bawak 4 orang saksi, tetapi berjaya membuktikan tuduhannya dgn bukti2 yg disebutkan di atas, maka tertuduh takkan terlepas begitu saja pakcik...sbb kalau ada bukti2 mcm yg aku sbut tadi, perogol (tertuduh) boleh didenda (ta'zir) supaya bayar wang dlm jumlah yg sama dengan maskawin (current value) kepada mangsa tp dgn 2 syarat, iaitu ada saksi yang nmpk ada berlakunya rogol spt dilapor dan mangsa sendiri bersumpah bahawa dia dirogol.

Hakim jugak boleh kenakan hukuman ta’zir (hukuman yg diserahkan kepada budi bicara hakim) ke atas tertuduh spt hukuman denda, penjara, sebat, buang daerah dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 03:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by cipOt_cedOt at 23-2-2011 15:24
Ko ni...ade ilmu ke idak bila bercakap??? Ko ingat bila ada mangsa yg benar2 dirogol tanpa 4 ora ...
PitMie Post at 23-2-2011 02:12 PM


cuba kaji semula rang undang-undang hudud terengganu dan semak semula dengan apa yang ko katakan tadi adakah ada kandungan sebegitu dalam rang undang-undang tersebut...

dalam melaksanakan undang-undang syariah... bukan cara dan kaedah undang-undang itu digubal yang menjadi perdebatan di Malaysia... bagi aku tak ada bezanya kaedah syariah dengan kaedah yang yang digunakan sekarang kerana ia masih melibatkan perbincangan yang merangkumi segala sudut perundangan supaya sesuatu rang undang-undang itu tidak kontradiksi antara satu sama lain yang boleh menjadikan undang-undang itu menjadi celaru seperti yang terjadi pada rang undang-undang hudud terengganu...

yang menjadi persoalan dan permasalahannya adalah bila ada pihak yang meletakkan cap mohor pada undang-undang itu sebagai Qalam Allah dan Rasulullah dan ianya tidak boleh dibahas, dikritik dan disanggah... bila ia dikritik atau di sanggah kerana ada beberapa perenggan dalam rang undang-undang itu yang tidak mencerminkan semangat keadilan Islam yang sebenar maka pihak yang mengkritik itu dianggap sebagai penentang hukum Allah dan Rasulullah (kafir)... adakah benar setiap perkataan pada rang undang-undang itu (terengganu) adalah Qalam Allah dan Rasulullah atau ia sebenarnya hanya intepritasi manusia terhadap Qalam Allah dan Rasulullah... jika ia hanya 1 intepritasi maka ia tidak seharusnya dianggap sebagai hukum mutlak yang tidak boleh dikritik dan diperhalusi...

contohnya hukum tak'zir... ia berdasarkan kepada budi bicara dan penilaian seseorang hakim terhadap sesuatu permasalahan... boleh ke kita anggap bahawa hukum tersebut sebagai Qalam Allah dan Rasulullah yang bersifat mutlak sedangkan ia hanya berdasarkan kepada budi bicara... lain hakim lain budi bicaranya dan lain penilaiannya walaupun terhadap 1 kes yang sama...

itu la polimik yang berlaku sekarang dan kenapa aku menentang PAS... bukan kerana menentang daulah Islamiah dan undang-undang syariah tetapi menentang ideologi PAS yang cuba menanamkan dalam pemikiran pengikutnya bahawa apa saja yang keluar dari mulut pemimpin mereka itu adalah Qalam Allah dan Rasulullah dan apa saja hukum yang mereka keluarkan bersifat mutlak dan tidak boleh disanggah dan dikritik kerana itu adalah ajaran Islam... kerana itu yang dituntut oleh Allah dan Rasulullah... kononnya la...

kerana itu juga aku menolak sistem kepimpinan PAS yang meletakkan Musyidol Am sebagai 1 jawatan spiritual parti kerana dalam Islam takde POPE seperti Kristian... aku menolak kerana jawatan itu membolehkan seseorang menjadi terlalu berkuasa dan terlalu berpengaruh sehingga menjadi seolah-olah seorang IDOLA (berhala) yang kata-katanya bersifat "TUHAN"...

aku sokong undang-undang syariah dikuatkuasakan tetapi ia seharusnya bermula dengan perasaan yang merendah diri dan penuh hikmah dalam mencari rahmat Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 05:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by rashiman at 23-2-2011 17:11
Ko ni...ade ilmu ke idak bila bercakap??? Ko ingat bila ada mangsa yg benar2 dirogol tanpa 4 ora ...
PitMie Post at 23-2-2011 14:12


jawapan enko untuk rujukan alhaj. aku setuju dgn apa yang enko cakap.
   
lagi melucukan bila seorang perempuan yang mendakwa dirogol boleh dikenakan qazaf jika tidak mampu membawa 4 org saksi tetapi kontradiksi kepada seksyen 48 (2) kewajipan untuk membawa 4 orang saksi pada pendakwa (kerajaan) bagi mendakwa seorang perempuan yang lahirkan anak tanpa nikah tidak pulak dikenakan... maknanya jika rakyat nak memohon dirinya dibela dia kena tanggung pembuktian tetapi jika kerajaan yang mendakwa tak payah nak tanggung pembuktian... Islamic la sangat... heheheh...



Apa yang lucunya... memang ada dalam Al-Quran pe kalau nak menuduh orang lain kena kemukan 4 orang saksi...

Lain le kalau dah terang2 melahirkan anak TANPA nikah... mana datang BAPAK/BENIH si anak tu kalau tak berzina? Ingat ni cerita Nabi Isa A.S ke?

Ish ish ish.. apalaa bengap sangat pencacai UMNO ni... ada undang2 islam dikatakan sebagai lucu...

alhaj72
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 05:21 PM | Show all posts
itu la polimik yang berlaku sekarang dan kenapa aku menentang PAS... bukan kerana menentang daulah Islamiah dan undang-undang syariah tetapi menentang ideologi PAS yang cuba menanamkan dalam pemikiran pengikutnya bahawa apa saja yang keluar dari mulut pemimpin mereka itu adalah Qalam Allah dan Rasulullah dan apa saja hukum yang mereka keluarkan bersifat mutlak dan tidak boleh disanggah dan dikritik kerana itu adalah ajaran Islam... kerana itu yang dituntut oleh Allah dan Rasulullah... kononnya la...


Maaf, aku sendiri tidak berfikir sampai ke tahap mcm ko cakap tu, mungkin tu telahan ko kerana ko tak setuju dgn PAS. Aku tak kisah kalau ko nak zahirkan disagreement ko dgn pemimpin2 PAS serta halatuju & perjuangan parti atas alasan2 yg ko nyatakan tadi, namun aku cuma meluat bilamana ada yg mempersendakan hukum Allah as if hukum hudud adalah dari PAS. Berkehendak kpd perlaksanaan hudud adalah suatu yg cukup baik, namun sama ada mereka ikhlas dlm perjuangan mereka ttg hudud itu suatu yg di luar kemampuan kita utk menilai...kerana hanya mereka & Allah yg Maha Tahu perkara2 saraa'ir. At least tidak menghina & ingin memartabatkan hukum Allah & sistem pentadbiran negara yg lebih telus & Islamik adalah suatu yg mahmudah...dari yg suka mempersenda & tak pernah berkehendak kpd semua2 tadi. Malah ketelusan dlm pimpinan yg ditonjolkan PAS dgn bersih dari isu rasuah di Kelantan serta dipuji oleh Ketua Audit Negara di Kedah adalah suatu bukti yg tidak harus dipantang enteng...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 05:29 PM | Show all posts
contohnya hukum tak'zir... ia berdasarkan kepada budi bicara dan penilaian seseorang hakim terhadap sesuatu permasalahan... boleh ke kita anggap bahawa hukum tersebut sebagai Qalam Allah dan Rasulullah yang bersifat mutlak sedangkan ia hanya berdasarkan kepada budi bicara... lain hakim lain budi bicaranya dan lain penilaiannya walaupun terhadap 1 kes yang sama...


Benar ta'zir adalah atas pertimbangan Qadhi atau Hakim yg menghukum, namun kuasa beliau dlm menghukum secara ta'zir adalah sesuatu yg disyariatkan agama walaupun hukuman tidak tetap. Pun begitu, ada garis panduan yg boleh ditetapkan dlm menghukum ta'zir spt yg berlaku dlm peruntukan undang2 sedia ada di mana hukuman terhadap kesalahan tertentu, maka begini & begini hukumannya...bukan sampai hentam kromo atas budi bicara hakim ikut suka-suki dia je. Yg menjadikan ianya dari Qalamullaah ialah apabila hukuman2 yg dijatuhkan adalah setelah merujuk kpd al-Quraan & as-Sunnah serta sumber2 perundangan Islam yg lain termasuk ijtihad Hakim, ini barulah 'on-track'...bukan hukuman2 dari Hakim dikira Kalamullah kerana sapa2 yg beranggapan begitu jelas jahil agama...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2011 05:34 PM | Show all posts
apa yang cuba ditanamkan didalam pemikiran rakyat adalah menentang PAS bermakna menentang islam.
Seolah-olah hanya Pendapat parti PAS mengenai islam saja yang benar. Kebanyakan rakyat terpengaruh
dgn nama Parti.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 05:36 PM | Show all posts
Ada beberapa konsep yg boleh kita contohi dlm menentukan hukuman2 ta'zir supaya sentiasa konsisten antara kes2 yg setara & tidak berbeza2 penghakimannya jika fact of the case is identical. Ko biase dengar konsep binding precedent drpd legal principle of stare decisis? Ini adalah suatu konsep yg boleh kita ikut dlm menentukan agar hukuman2 ta'zir tidak bercanggah antara satu sama lain, malah kita boleh rujuk kpd kitab2 turoth karangan 'ulamak2 muktabar dlm bab Qudhoh / Nizomul Qodho'...di mana telah mereka gariskan cara2 & prinsip2 tertentu dlm penghakiman Syar'iyyah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 05:41 PM | Show all posts
Maaf, aku sendiri tidak berfikir sampai ke tahap mcm ko cakap tu, mungkin tu telahan ko kerana k ...
PitMie Post at 23-2-2011 05:21 PM


sebab itu kita sebagai pengundi dan rakyat harus sedar dan jangan diperguna oleh orang politik... puak ini adalah puak berkepentingan yang akan menggunakan dan memanipulasi setiap perkara untuk kepetingan mereka... iyer betOi niat mereka itu baik... aku setuju yang niat PAS mahu menegakkan daulah Islamiah dan syariah itu baik tapi sekarang mereka dah terpesong kerana mahu mencapai matlamat... dalam Islam takde jalan mudah... nak mencapai matlamat tidak membenarkan kita menghalalkan cara walaupun matlamat kita baik... kalau Islam membenarkan itu tak perlu Rasulullah susah payah kena baling dengan batu dan taik unta menyebarkan Islam... doa saja pada Allah dan Allah akan makbulkan segala pemintaan...

aku lebih bersetuju kalau PAS bekerja sama dengan NGO Islam menjadi suara pendesak kepada kerajaan dan bukan pencabar... desak supaya ditubuhkan suruhanjaya diRaja menkaji pelaksanaan undang-undang syariah di Malaysia sebagaimana PR berjaya desak kerajaan membentuk suruhanjaya diRaja menyiasat kematian Tan Beng Hock... dan NGO cina berjaya desak kerajaan kekalkan SJK...

matlamat PAS ialah memastikan daulah Islamiah dan syariah di Malaysia ditegakkan... tak kisah la siapa pun yang buat... PAS ke atau NGo ke atau UMNO... yang pentingnya Islam dan syariah itu yang lebih utama...

tapi aku tengok dan perhatikan matlamat utama PAS bukan ingin menegakkan daulah Islamiah tetapi ingin mendapatkan kuasa dulu baru daulah Islamiah... kuasa melangkaui daulah Islamiah... ada kah itu betul?

seandainya PAS betul-betul ikhlas berjuang dan berdakwah kerana Allah dan Islam... isu kuasa adalah isu bonus saja... kalau dapat maka itu adalah rezeki Allah tapi jika tak dapat maka berjuang mematlamatkan daulah Islamiah adalah yang paling utama...

kenapa sampai sekarang PAS tidak mengemukakan model negara Islamnya... struktur undang-undang syariah dan perlembagaannya... kenapa PAS tak buka pintu kepada pedebatan dan perbincangan mengenai rang undang-undang syariahnya... jadikan ia satu rang undang-undang dan perlembagaan yang mantab dan matang hasil dari perbincangan... kalau pun UMNO nak cedok dan curik idea tu biarkan saja... yang penting Islam terlaksana... itulah matlamat dakwah yang sebenarnya, bukan?

tapi apa yang aku dapat dari PAS... "NAK TAHU MODEL NEGARA ISLAM PAS... BERI KAMI KUASA DAHULU..."
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 05:59 PM | Show all posts
Benar ta'zir adalah atas pertimbangan Qadhi atau Hakim yg menghukum, namun kuasa beliau dlm meng ...
PitMie Post at 23-2-2011 05:29 PM


takde sapa yang mempersendakan hukum hudud... setiap Islam mempercayai hukum hudud... berzina kena sebat 100x... kena rejam sampai mati... itu semua umat Islam mengakuinya dan mempercayainya...

yang menjadi bahan sindiran apabila PAS tidak menerima pandangan orang lain yang berada di luar kumpulan mereka... maka itu yang terjadinya persepsi masyarakat hudud ala PAS... yang diherdik oleh orang ialah hudud PAS dan bukan hudud Allah...

aku boleh faham kalau UMNO tak faham syariah tapi aku tak boleh faham bila PAS juga menutup pintu kepada perbahasan dan perbincangan mengenai hukum syariah... mereka berbincang dalam kalangan mereka saja dan disokong oleh penyokong mereka saja... maka itu yang terjadinya hudud PAS... hudud yang dipersejutui oleh orang-orang PAS sahaja...

dan bertitik tolak daripada itu maka teori domino lain bermula... sesiapa yang tidak sealiran dengan PAS adalah penentang... sebagaimana UMNO menyuntuk dalam pemikiran rakyat bahawa untuk menjadi Melayu harus sokong UMNO... PAS juga berjaya menyuntik fikiran rakyat bahawa untuk jadi Islam harus sokong PAS...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.072458 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list