CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 852|Reply: 0

Malaysia juara berganda

[Copy link]
Post time 23-10-2023 02:29 PM | Show all posts |Read mode

AKSI pemain negara dalam acara final lelaki. FOTO Ace Sports Management

Kuala Lumpur: Barisan pemain skuasy negara menampilkan kejayaan membanggakan di laman sendiri apabila mengungguli Kejohanan Skuasy redOne PSA WSF Satellite 2023, Melaka semalam.

Aksi yang berlangsung di The Malacca Club Rotunda menyaksikan pertemuan sesama sendiri bagi aksi final wanita antara Whitney Isabelle menentang pilihan ke 3/4 kejohanan, Jessica Keng.

Whitney yang memenangi pingat perak acara berpasukan ketika Kejohanan Skuasy Remaja Dunia di Melbourne Julai lalu menampilkan aksi bertenaga untuk memastikan kemenangan berpihak kepadanya dengan keputusan 11-4, 11-8, 7-11, 12-10.

Ini kemenangan pertamanya sejak beralih menjadi pemain profesional Februari lalu.

"Saya berasa amat gembira sekali kerana ini adalah juara PSA Satelit saya yang pertama. Perlawanan akhir yang cukup menarik sebentar tadi (semalam) saya tidak meletakkan sebarang harapan untuk diri saya kerana saya turun ke gelanggang sebagai pemain bukan pilihan, saya hanya cuba berikan tumpuan kepada gaya permainan saya.

"Kemenangan ini amat bermakna untuk saya kerana sejak beberapa minggu lalu, prestasi saya tidak begitu memberangsangkan, jadi saya gembira kerana dapat semula momentum saya untuk menang semula," kata Whitney.

Whitney turut menjelaskan selepas ini dia akan turun bertanding dalam kejohanan ACE Malaysia Cup Satellite yang berlangsung di Seremban pada 8 November depan.

Dalam aksi final lelaki pula, pilihan kedua kejohanan, Duncan Lee berjaya memastikan Malaysia menutup tirai kejohanan ini dengan gelaran juara berganda selepas menumpaskan pilihan kedua kejohanan dari Korea Selatan, Na Jooyoung.

Terdahulu, Jooyoung mencipta kejutan di separuh akhir apabila menyingkirkan pilihan pertama kejohanan, Wee Ming Hock dengan keputusan 12-10, 7-11, 11-8, 11-4.

Duncan, 21 tahun pula menempah slot ke final setelah menumpaskan Amir Amirul Azhar dengan keputusan 11-5, 11-2, 11-7.

Bagaimanapun, aksi di final ternyata berbeza dengan Duncan menampilkan aksi bertenaga untuk menewaskan pemain Korea Selatan dengan keputusan 12-10, 11-2, 12-10.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ysia-juara-berganda
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.053749 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list