CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1655|Reply: 0

Statistik Salah memang 'gila'

[Copy link]
Post time 23-10-2023 03:28 PM | Show all posts |Read mode

SALAH meraikan jaringan ketika menentang Everton.

London: Statistik jaringan kapten Mesir Mohamed Salah dianggap 'gila' oleh pengurus Liverpool FC Jurgen Klopp.

Ia selepas pemain sayap sensasi itu meledak dua gol ketika Reds membenam Everton FC 2-0 dalam aksi 'derby' Merseyside Sabtu lalu.

Salah kini mengumpul 201 jaringan liga sepanjang kariernya (142 dengan Liverpool dalam 227 perlawanan) dan turut menjaringkan gol untuk Chelsea FC, ACF Fiorentina, AS Roma, FC Basel serta Al Mokawloon Al Arab.

"Tengok, apa yang sangat suka dengan Mo...mungkin paling suka dengan angkanya," kata Jurgen Klopp dalam laman sesawang kelab.

"Tetapi saya fikir Mo Salah beraksi dengan fantastik untuk kami dalam banyak perlawanan. Perlawanan semalam mungkin yang terbaik untuknya tetapi dia tetap klinikal dengan penalti.

"Kemudian dia kekal dalam situasi itu dan ia mungkin kualiti terbesarnya, saya sukakan itu. Kami perlukan seseorang yang boleh membawa bola melepasi garisan gol dan dia sekali lagi melakukannya," kata Klopp.

"Sangat mengagumkan, jumlah itu adalah gila. Dia tak akan berhenti, ia kebolehan semula jadi Salah dan kami gembira dengan statistik itu."

Salah menjaringkan lapan gol dalam 11 perlawanan semua kejohanan untuk Liverpool musim ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... k-salah-memang-gila
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.051411 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list