CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1208|Reply: 0

TMJ pelik 'selera' Pan-gon

[Copy link]
Post time 24-10-2023 03:55 PM | Show all posts |Read mode

PAN-gon ditegur supaya tidak ‘pilih kasih’ dalam pemilihan pemain kebangsaan.

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya disaran menilai semula panggilan beberapa pemain ke latihan pusat menjelang saingan tertinggi di benua ini iaitu kempen Piala Asia di Qatar pada Januari depan.

Teguran itu diberikan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengakui agak pelik dengan 'selera' pengendali negara, Kim Pan-gon khususnya di jentera tengah dan pertahanan.

Kata Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu, posisi tengah antara bahagian yang dilihatnya agak tidak relevan apabila Pan-gon masih mengekalkan beberapa pemain sama sedangkan terdapat tonggak lebih efektif untuk mengisi posisi itu.

Antaranya, dua pemain utama JDT iaitu Hong Wan dan Afiq Fazail yang disifatkan memiliki keupayaan lebih dinamik dan kreatif berbanding tonggak sedia ada seperti Brendan Gan, Stuart Wilkin mahupun Nooa Laine.

Selain itu, dua 'kereta kebal' di benteng pertahanan JDT juga disebut oleh TMJ sepatutnya dipanggil iaitu Feroz Baharudin, Shahrul Saad dan Syahmi Safari bagi mengukuhkan pasukan kebangsaan.

"Saya juga sangat suka dengan Afiq Fazail dan sangat terkejut kenapa pemain seperti Afiq tidak terpilih dan bagi saya sebenarnya beberapa orang pemain tengah Harimau Malaya kini tidak lagi relevan.

"Nadi bola sepak ini datang daripada 'midfield', jadi untuk ada hubungan tersebut kalau kita main dua atau tiga pemain tengah, rasanya Pan-gon perlu membuat penilaian semula untuk lihat siapa lebih layak berada di situ.

"Ini kerana saya nampak pemain seperti Hong Wan mempunyai banyak potensi dan sudah tentu kita ada Matthew Davies selain jangan lupakan Shahrul Saad.

"Beliau (Shahrul Saad) baru pulih daripada kecederaan dan kembali, pada pandangan saya daripada segi karakter dan pemain, dia sangat-sangat bagus," katanya dalam satu program sembang bola sepak bersama sebuah stesen televisyen swasta tempatan.

Tunku Ismail turut menegur agar jurulatih dari Korea Selatan itu tidak mengamalkan pilih kasih dalam menentukan panggilan pemain ke skuad kebangsaan.

Malah, pemilihan pemain berdasarkan minit permainan yang selalu ditekankan Pan-gon juga tidak relevan buat TMJ, di mana pemain-pemain di JDT sentiasa menekankan sistem latihan berintensiti tinggi biarpun ada pemain yang banyak mengisi masa di bangku simpanan.

"Kalau nak tengok pada minit permainan, saya cadangkan jurulatih supaya mengambil semua pemain PDRM FC yang bermain 90 minit penuh atau Penang FC serta seterusnya.

"Tetapi kalau anda nak pemain berkualiti, di JDT ada ramai dan patut dipakai sepenuhnya," katanya yang memberi Akhyar Rashid sebagai contoh terbaik walaupun jarang beraksi bersama skuad Harimau Selatan namun tetap beraksi cemerlang setiap kali diturunkan Pan-gon.

Skuad Harimau Malaya dijadual beraksi di Piala Asia selepas 43 tahun tidak pernah layak secara merit, di mana Malaysia diletakkan dalam Kumpulan E bersama Jordan Bahrain dan Korea Selatan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... elik-selera-pan-gon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.057560 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list