CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1031|Reply: 0

Sargeant akhiri kemarau AS

[Copy link]
Post time 25-10-2023 11:05 AM | Show all posts |Read mode

ALBON (kiri) dan Sargeant sebelum perlumbaan GP Amerika Syarikat. FOTO AFP

Austin, Texas: Pelumba Williams, Logan Sargeant meraikan kejayaan bermakna selepas mengakhiri kemarau 30 tahun pelumba Amerika Syarikat (AS) untuk meraih mata di Formula Satu (F1) semalam.

Sargeant, 22, pada mulanya menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) AS di tempat ke-12 tetapi selepas jaguh Mercedes Lewis Hamilton dan pelumba Ferrari Charles Leclerc dibatalkan kerana tidak menjalani pemeriksaan awal, dia dinaikkan ke tempat ke-10 sekali gus meraih mata pertamanya di Litar Americas.

Pelumba terakhir AS meraih mata di grand prix ialah Michael Andretti ketika bersama McLaren pada 1993.

"Menakjubkan dapat mata pertama saya di F1 apatah lagi di tempat sendiri selepas hujung minggu yang mencabar," kata Sargeant yang tidak menamatkan perlumbaan di Qatar selepas gagal menangani cuaca berbahang.

"Saya bangga dengan pasukan ini dan diri sendiri di atas kerja keras dan kemajuan kami musim ini. Kepantasan lebih baik dan pemanduan saya juga bagus," kata Sargeant yang tempatnya bersama Williams belum terjamin musim depan.

Williams turut menyaksikan Alex Albon menamatkan perlumbaan di tangga kesembilan dengan dua pemandunya menduduki tangga sepuluh teratas kali pertama sejak GP Hungary 2021.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... eant-akhiri-kemarau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.079880 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list