CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1507|Reply: 0

Newcastle tewas di tempat sendiri

[Copy link]
Post time 26-10-2023 10:34 AM | Show all posts |Read mode

NMECHA meraikan jaringannya di St James Park. FOTO AFP

Newcastle, England: Borussia Dortmund menghidupkan kembali cabaran mereka dalam Kumpulan F Liga Juara-Juara hasil kemenangan getir 1-0 di Newcastle United menerusi jaringan Felix Nmecha, awal pagi tadi.

Rembatan Nmecha sejurus sebelum rehat sudah cukup buat kelab Bundesliga itu meraih kemenangan sulung dalam tiga perlawanan.

Selepas menampilkan permainan terbuka pada babak pertama, Dortmund memperkuatkan pertahanan selepas rehat yang hampir dibolosi menerusi tandukan Callum Wilson dan percubaan Anthony Gordon yang terkena tiang.

Kekalahan Newcastle membolehkan persaingan dalam kumpulan kembali terbuka dengan PSG meraih enam mata, Newcastle dan Dortmund masing-masing empat mata manakala Milan dua mata.

"Pada babak kedua benteng kami terpaksa bekerja keras tetapi kami cekal bertahan sambil tuah juga menyebelahi kami," kata jurulatih Dortmund Edin Terzić kepada TNT Sport. "Kumpulan ini akan menjadi sangat sukar sehingga ke aksi terakhir."

Newcastle menjaringkan 18 gol dalam semua kejohanan menerusi tujuh aksi di tempat sendiri termasuk empat gol ketika membelasah PSG awal bulan ini.

Tetapi Dortmund terbukti lebih sukar diatasi ketika mereka menggunakan kelebihan pengalaman Eropah berserta jentera serangan yang lebih mengancam pada babak pertama.

Kedua-dua kelab akan bertemu sekali lagi di Dortmund dua minggu lagi dalam pertembungan yang boleh menjadi penentu nasib mereka dalam kempen Liga Juara-Juara musim ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... s-di-tempat-sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.795282 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list