View: 3331|Reply: 8
|
Pink Terjebak Dengan Dadah Kerana Masalah Keluarga
[Copy link]
|
|
Penyanyi Pink berkongsi kisah silam hampir kehilangan nyawa akibat pengambilan dadah secara berlebihan.
Kejadian itu berlaku ketika dia masih berusia 16 tahun sebelum memulakan kerjaya sebagai seorang penyanyi.
Malah Pink atau Alecia Beth Moore Hart, 44, secara terbuka mendedahkan dia mengambil pelbagai jenis dadah pada waktu berkenaan.
"Ia berlaku pada sambutan Thanksgiving tahun 1995. Saya mengambil dadah secara berlebihan. Saya mengambil pil khayal dan pelbagai jenis dadah lain. Kemudian saya pengsan kerana berlebihan.
"Iya, saya hampir mati," katanya dalam satu temu bual.
Seminggu selepas kejadian yang hampir mengorbankan nyawanya itu, Pink mula menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman dan memulakan kerjaya bersama kumpulan Choice.
Detik hitam itu juga menjadi pengajaran terbesar buatnya untuk tidak lagi mengambil dadah secara berlebihan.
Dalam temu bual sama, penyanyi ini memberitahu antara faktor dia terjebak dengan najis dadah ketika usia remaja adalah disebabkan masalah keluarga.
"Saya membesar dalam keluarga di mana ibu bapa saya sering bertengkar. Mereka saling membenci antara satu sama lain.
"Saya mengambil dadah dan turut menjualnya. Itu juga punca saya dihalau keluar rumah dan diberhentikan sekolah," jelasnya.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
In our family portrait, we look pretty happy
We look pretty normal, let's go back to that
In our family portrait, we look pretty happy
We look pretty normal, let's go back to that
|
|
|
|
|
|
|
|
rasanya sekarang dia dah clean |
|
|
|
|
|
|
|
So easy for these celebrities to just turn to drugs every chance they get. |
|
|
|
|
|
|
|
So easy for these celebrities to just turn to drugs every chance they get. |
|
|
|
|
|
|
|
aku minat lagu2 pink ni
dia punya suara sedap
lagu2 dia pun sesuai time ala ala aku rebel tapi masih shy shy |
|
|
|
|
|
|
|
sama. kaka minat Pink dari dia start menyayi rambut putih masih paras bahu..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|