CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2445|Reply: 0

Bella pecah rekod hasilkan bunyi `purr’ paling kuat dunia

[Copy link]
Post time 26-10-2023 03:14 PM | Show all posts |Read mode
BUNYI `purr’ dikeluarkan Bella berukuran 54.59 desibel. - AGENSI

LONDON: Seekor kucing bernama Bella yang berusia 14 tahun dari United Kingdom (UK) berjaya meraih gelaran Rekod Dunia Guinness selepas mengeluarkan bunyi `purr’ paling kuat di dunia.

Bunyi `purr’ dikeluarkan Bella berukuran 54.59 desibel sekali gus mencatatkan rekod paling kuat di dunia bagi seekor kucing peliharaan.  

Lapor Oddity Central, pemiliknya, Nicole Spink dari Huntington berkata, keluarganya memelihara Bella selama hampir 15 tahun dan mereka percaya kucing itu mungkin mengeluarkan bunyi `purr’ paling kuat dunia

“Rakan dan saudara mara sentiasa tertanya-tanya dengan bunyi `purr’ dari Bella.

“Malah, mendiang suami saya juga pernah mengadu bahawa bunyi itu lebih kuat daripada televisyen,” katanya.

Nicole memberitahu suatu hari dia dan anaknya perempuannya memutuskan untuk menguji bunyi tersebut.

Katanya, mereka memuat turun aplikasi pada telefon pintar lalu mengukur bunyi `purr’ Bella dan terkejut dengan keputusan itu.

Setelah mendapat tahu bunyi purr itu lebih kuat daripada had ditetapkan Rekod Dunia Guinness bagi kucing peliharaan, mereka terus memohon untuk percubaan rekod rasmi.

“Pada hari percubaan Rekod Dunia Guinness, sebaik sahaja Bella diberi semangkuk makanan kegemarannya, kucing itu mengeluarkan bunyi `purr’ yang sangat kuat.

“Alat meter bunyi kelas-1 merekodkan bunyi `purr’ Bella pada 54.59 desibel. Angka itu sudah mencukupi untuk mengatasi 50 desibel yang ditetapkan untuk merangkul gelaran Rekod Dunia Guinness,” katanya.     

Bunyi `purr’ Bella itu telah dirakam dan diukur oleh pakar jurutera bunyi bebas dan diluluskan oleh Adjudikator rasmi, Dave Wilson.

Meskipun Bella memegang rekod bunyi `purr’ terkuat oleh kucing peliharaan domestik, namun gelaran rekod bunyi paling kuat masih dipegang oleh kucing bernama Smokey dan Merlin masing-masing pada tahap bunyi yang menakjubkan iaitu 67.8 dan 13.21 desibel.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.047508 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list