CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3246|Reply: 0

Damok idam mata di Buriram

[Copy link]
Post time 26-10-2023 03:43 PM | Show all posts |Read mode

DAMOK harap tuah Litar Antarabangsa Chang.

Kuala Lumpur: Pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman tetap bersemangat untuk memburu mata dalam kejuaraan Kejuaraan Motosikal Dunia.

Fokusnya kini beralih di Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand dan mengharapkan litar berkenaan akan membawa tuah kepadanya selepas gagal menamatkan perlumbaan di Grand Prix (GP) Australia minggu lalu.

Pelumba yang dikenali dengan panggilan Damok itu berharap, pengalamannya ketika beraksi di litar yang sama ketika menyertai perlumbaan Asia Talent Cup (ATC) 2019 akan dapat membantunya melancarkan tunggangan.

Malah dia mengakui tidak sabar untuk kembali semua beraksi di litar berkenaan.

"Saya sudah bersedia untuk perlumbaan minggu ini dan berharap dapat berada dalam kelompok yang baik dalam perlumbaan di GP Thailand nanti.

"Walaupun selepas beberapa tahun tidak beraksi di litar itu (Thailand), saya masih mengingati reka bentuk litar. Fokus saya adalah untuk mendapatkan mata dalam perlumbaan," katanya.

Pelumba pasukan MT Helmets-MSI itu kini berada di kedudukan ke-27 dengan lima mata ketika ini.

Pada Grand Prix (GP) Australia di Litar Phillip Island minggu lalu, Damok gagal menamatkan perlumbaan yang berlangsung dalam keadaan litar basah berkenaan selepas penglihatannya terhalang disebabkan keadaan 'visor' topi keledarnya berkabus.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... dam-mata-di-buriram
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.052391 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list