CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3869|Reply: 5

Miskin tegar di Sabah

[Copy link]
Post time 2-2-2011 09:46 AM | Show all posts |Read mode
Miskin tegar  di Sabah turun mendadak: Musa
Oleh Suzianah Jiffar
suzianah@bharian.com.my
2011/02/02Proses kemas kini, pemutihan data e-Kasih berkesan

KOTA KINABALU: Jumlah Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) di Sabahmenurun mendadak daripada 18,294 kes pada 2009 kepada 1,415 bulan ini,iaitu penurunan 92 peratus berikutan pelbagai usaha membasmi kemiskinantegar dilaksanakan kerajaan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata faktor lain yang membawakepada kejayaan itu ialah proses mengemas kini dan pemutihan datae-Kasih yang dilaksanakan pada peringkat negeri dan daerah.
  "Berdasarkan data e-Kasih, daripada 1,415 KIRMT setakat 19 Januari lalu, 1,252 adalah KIRMT produktif dan 163 tidak produktif.

"Kerajaan akan melaksanakan lebih banyak program membasmikemiskinan di seluruh negeri untuk mencapai sasaran kemiskinan tegarsifar dan mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan," katanya padasidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Skim Pembasmian KemiskinanRakyat di Wisma Innoprise di sini, semalam.

  Mereka yang dikategorikan sebagai miskin tegar adalah berpendapatan kurang daripada RM540 sebulan.

Musa yang juga Menteri Kewangan negeri, berkata RM7.3 jutadibelanjakan dari Oktober hingga Disember lalu bagi program elaunsementara 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) membabitkan keseluruhan KIRMT diSabah.
“Seramai 8,500 isi rumah berpendapatan rendah dalam e-Kasihdisasarkan bagi program 1AZAM yang membabitkan AZAM tani, khidmat,niaga dan kerja, tahun ini.

"Untuk tujuan itu, RM40 juta sudah disalurkan Kerajaan Persekutuankepada kerajaan negeri tahun lalu bagi dilaksanakan melalui pelbagaiagensi kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata, dalam Program Bantuan Rumah (PBR) sebanyak 2,210daripada 2,348 rumah untuk KIRMT sudah disiapkan setakat 27 Januarilalu dan bakinya akan disiapkan tidak lama lagi.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai keselamatan penuntutSabah di Mesir, Musa berkata beliau dimaklumkan oleh Wisma Putraseramai 253 penuntut dari negeri ini kini berkumpul di Rumah YayasanSabah di Kaherah dan Iskandariah.

"Kerajaan sentiasa memantau keadaan mereka. Ibu bapa bolehmendapatkan maklumat terkini dari Wisma Putra dan Yayasan Sabah. Kitamelakukan yang terbaik demi keselamatan mereka," katanya.


KOMEN : mentang2 dekat PRU.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2011 11:34 AM | Show all posts
masa pilihanraya, keluarlah gambar muka depan suratkabar YB pegang-pegang tangan orang tua miskin yang sakit di kampung-kampung....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2011 11:46 AM | Show all posts
masa pilihanraya, keluarlah gambar muka depan suratkabar YB pegang-pegang tangan orang tua miskin ya ...
willywonka Post at 7-2-2011 11:34


mcm kat prk batu sapi baru2 tu, pemimpin pembangkang si ansari abdullah tu sampai 2-3 kali klu tak silap la jatuh dri jejambat sampai patah tangan.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 02:26 PM | Show all posts
tula.....susah mau cari pemimpin yg betul2 sekarng nih
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 04:28 PM | Show all posts
.. sya lagi suka kalau ketua menteri kita tangkap tu pendatang bikin semak betul... makin lama makin banyak apa lagi kalo hujung minggu.. banyak lagi tempat yang tiada pembangunan langsung... tu la maksud dia peratus kemiskinan menurun bikin kecewa betul.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2011 08:30 AM | Show all posts
Gesa Gaji Minimum
HMetro
8 Feb 2011

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan melaksanakan skim gaji minimum bagi kakitangan awam di negara ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman (gambar) berkata, gaji minimum perlu ditetapkan bagi kakitangan sektor awam terutama Kumpulan Sokongan 11 iaitu Gred 1 hingga 16 memandangkan gaji mereka masih di bawah garis kemiskinan RM720 sebulan demi memastikan golongan berkenaan dapat hidup dalam lebih selesa seiring dengan peningkatan kos taraf hidup.


“Isu gaji minimum sudah lama diperkatakan. Ia perlu dilaksanakan memandangkan kali terakhir kerajaan melakukan penyelarasan gaji adalah pada 2007 dan kerajaan perlu menyemak semula gaji minimum serta menyelaraskannya dengan sektor swasta.

“Jika diikutkan gaji asas golongan ini berada di bawah kemiskinan iaitu RM647. Penyemakan dan penyelarasan gaji perlu dinaikkan daripada RM647 kepada sekurang-kurangnya kepada RM850 atau RM920 bagi membolehkan golongan berkenaan meneruskan kehidupan,” katanya ketika Kursus Pemantapan Disiplin dan Integriti Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia di Pusat Belia Antarabangsa di sini, semalam.


Beliau berkata, jika dilaksanakan, penyelarasan gaji dapat meningkatkan produktiviti kakitangan awam apabila dapat memberi tumpuan kepada kerja harian mereka.


Katanya, gaji yang rendah dan kos sara hidup tinggi terutama bagi mereka di bandar menyebabkan kakitangan awam melakukan kerja sambilan bagi menampung kos hidup sehingga menjejaskan produktiviti mereka dan berharap Makmal Gaji Minimum yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini, 11 dan 14 Februari ini dapat mencari rumusan terbaik bagi menyelesaikan masalah gaji rendah di kalangan penjawat awam.


Dalam pada itu, Omar turut meminta kerajaan menimbangkan semula keputusan menamatkan kontrak kira-kira 3,000 kakitangan awam terutama Kementerian Pelajaran yang terdiri daripada pekerja rendah awam walaupun ada sudah berkhidmat lebih 20 tahun.


Katanya, pihaknya sedia maklum dengan syarat kakitangan kontrak kerana ia hanya bersifat sementara dan boleh ditamatkan jika habis tempoh atau tidak diperlukan lagi sama ada berada pada sektor awam atau swasta.

“Dalam hal ini, saya akan cuba berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran secepat mungkin bagi membantu mereka yang tidak disambung perkhidmatan mereka.


“Saya berharap kerajaan menimbangkan semula perkara ini. Mereka mempunyai keluarga dan komitmen lain jadi penamatan perkhidmatan mereka memberikan kesan besar,” katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.070028 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list