CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1078|Reply: 0

Masalah kecederaan hantui Barcelona

[Copy link]
Post time 27-10-2023 07:04 AM | Show all posts |Read mode
Masalah kecederaan hantui Barcelona

PENYERANG Barcelona, Lamine Yamal (tengah) membuat percubaan ke arah gol ketika menentang Shakhtar Donetsk, awal pagi tadi. FOTO AFP



Barcelona: Pengurus Barcelona, Xavi Hernandez berdepan masalah kecederaan serius dalam menyiapkan pasukan untuk melayan seteru utama, Real Madrid pada pertarungan 'El Clasico', Sabtu ini.

Xavi terpaksa memanggil lapan pemain akademi pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Shakhtar Donetsk, awal pagi tadi, berikutan kecederaan lapan pemain utama termasuk penyerang Poland, Robert Lewandowski.

Barca menang 2-1 ke atas Shakhtar hasil aksi cemerlang Fermin Lopez, 20, yang kini menjadi pemain pilihan dalam kesebelasan utama.

Di sebalik laporan menyatakan penjaring terbanyak LaLiga musim lalu, Lewandowski dan pemain tengah, Frenkie De Jong semakin pulih, mereka bergelut dengan masa untuk cergas menjelang aksi El Clasico.

Pemain pertahanan, Jules Kounde serta dua pemain tengah, Pedri dan Sergi Roberto disahkan tidak dapat bermain Sabtu ini.

Mereka berharap pemain sayap, Raphinha dapat diturunkan dan Barca dijangka beraksi di depan stadium penuh kali pertama di Stadium Montjuic Olympic berikutan Camp Nou masih dalam proses ubah suai.

Barca berdepan satu lagi masalah kecederaan ketika menentang Shakhtar apabila penyerang, Joao Felix dikeluarkan pada babak kedua kerana cedera pinggul, tetapi dia kemudian menulis di media sosial dengan menyatakan keadaannya OK.

"Kami tidak akan memaksa sesiapa. Ia adalah perlawanan yang memerlukan pemain cergas 100 peratus," kata Xavi pada sidang media.

"Ia bergantung kepada bagaimana keadaan setiap pemain. Semua pemain tidak sabar beraksi dan menyumbang untuk pasukan. Semua orang menyumbang untuk bermain di Clasico."

Real Madrid yang kini mendahului liga, tidak berada dalam keadaan terbaik apabila penjaga gol, Thibaut Courtois dan pemain pertahanan, Eder Militao tersisih bagi baki musim ini kerana ligamen lutut terkoyak.

Bintang muda Inggeris yang juga penjaring terbanyak mereka musim ini dengan 11 gol daripada 12 perlawanan di semua kejohanan, Jude Bellingham terpaksa dikeluarkan ketika menang di Braga pada aksi UCL kerana kesakitan paha, Selasa lalu.

Bagaimanapun, jurulatih, Carlo Ancelotti berkata, dia akan pulih tepat pada masanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... an-hantui-barcelona

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.055612 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list