CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2481|Reply: 0

Bas khas sempena MotoGP – Rapid Bus

[Copy link]
Post time 28-10-2023 03:54 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

PETALING JAYA – Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan menyediakan perkhidmatan bas ke Litar Antarabangsa Sepang sempena Petronas Grand Prix of Malaysia 2023 (MotoGP) yang akan berlangsung pada 10 hingga 12 November nanti.

Rapid Bus dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sekali lagi dilantik sebagai Penyedia Rasmi Perkhidmatan Bas ke MotoGP Malaysia 2023 akan menyediakan perkhidmatan bas daripada tiga lokasi berbeza antaranya di Pasar Seni dan KLCC.

“Kedua-dua lokasi ini dihubungkan dengan rangkaian pengangkutan rel Rapid KL manakala satu lagi lokasi adalah di hub bas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) khusus untuk mereka yang menggunakan perkhidmatan udara ke Malaysia untuk menyaksikan acara sukan permotoran ini,” jelas kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu lagi, tiket-tiket untuk menggunakan perkhidmatan bas ini telah dijual mulai 25 Oktober di beberapa lokasi seperti kaunter di Stesen LRT di KLCC, Masjid Jamek, Pasar Seni dan KL Sentral.

Bukan itu sahaja, tiket turut boleh dibeli di kaunter Kad Konsesi MyRapid, Hab Bas Pasar Seni dan Kaunter 10, Aras 1, Hab Pengangkutan KLIA2.

“Para pengunjung dinasihatkan untuk membeli tiket lebih awal bagi menggelakkan beratur panjang ketika hendak ke Litar Antarabangsa Sepang,” kata kenyataan itu, -KOSMO! ONLINE.

https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... a-motogp-rapid-bus/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.060543 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list