CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2482|Reply: 0

Kedah FC hambar sebab gaji tertunggak

[Copy link]
Post time 28-10-2023 03:57 PM | Show all posts |Read mode

Daud Bakar ketika sidang media di Stadium Darul Aman hari ini. - Foto SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Pemilik Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Mohd. Daud Bakar mengesahkan pasukan itu sedang berdepan masalah aliran tunai yang menyebabkan gaji barisan pemain, jurulatih dan pegawai pasukan tertunggak untuk tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

Sehubungan itu menurut Mohd. Daud, beliau memohon maaf kepada semua pihak terlibat termasuk ahli keluarga pemain, jurulatih dan pegawai yang terjejas akibat masalah itu.

Dalam masa sama, beliau turut memohon maaf kepada semua penyokong serta peminat KDA FC berikutan persembahan pasukan yang kurang memberangsangkan, berpunca daripada masalah itu.

“Dalam konteks ini, saya memohon maaf kepada semua penyokong KDA FC atas kelemahan saya yang mengakibatkan persembahan kurang mengujakan. Sebagai pemilik, saya mengambil sepenuhnya tanggungjawab di atas semua masalah kewangan dihadapi KDA FC.

“Sumber pendapatan hanyalah dari sumber terhad iaitu melibatkan sumbangan pemegang saham, penajaan serta hasil penjualan tiket dan barangan rasmi kelab, tanpa sokongan kerajaan negeri.

“Semua itu amat mencabar untuk dilaksanakan namun saya ingin nyatakan dengan jelas bahawa ini bukanlah kesalahan mana-mana individu. Mereka telah melakukan perkara sepatutnya, malah melebihi sukatan dan batasan biasa,” katanya dalam sidang akhbar di Stadium Darul Aman di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, setakat semalam pihaknya telah menyelesaikan separuh daripada pembayaran gaji Ogos untuk semua pegawai dan pemain KDA FC dengan perancangan sedang dibuat untuk melunaskan gaji Ogos sebelum 7 November depan.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... ab-gaji-tertunggak/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.154554 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list