CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1836|Reply: 0

MotoGP: Martin cemerlang dominasi Litar Buriram

[Copy link]
Post time 30-10-2023 11:46 AM | Show all posts |Read mode

Jorge Martin mendapat tentangan sengit daripada Francesco Bagnaia dengan kedua-dua pelumba hanya dibezakan 0.253s di GP Thailand hari ini. - Foto ihsan MotoGP

BURIRAM – Pelumba Pramac Racing, Jorge Martin menepati ramalan apabila menjuarai perlumbaan Grand Prix (GP) Thailand sekali gus merapatkan jurang mata untuk mencabar kejuaraan dunia MotoGP musim ini.

Martin berjaya mengatasi pencabar terdekat daripada pasukan Ducati, Francesco Bagnaia yang terpaksa berpuas hati dengan kedudukan kedua dengan jaguh KTM, Brad Binder melengkapkan kedudukan podium.

Keputusan tersebut menyaksikan Martin kini hanya dibezakan 13 mata berbanding Bagnaia dalam carta keseluruhan kejuaraan dunia musim ini.

Martin mengakui sangat teruja dapat melakar kemenangan penting di Litar Antarabangsa Buriram selepas mendapat tentangan sengit daripada juara bertahan dunia bertahan.

“Perasaan saya sangat luar biasa. Hari ini tuah ternyata memihak kepada saya untuk mendominasi perlumbaan walaupun tidak memiliki kepantasan seperti mereka.

“Segalanya nampak sempurna dengan cengkaman tayar yang bagus selain jentera kompetitif. Situasi ini menaikkan lagi semangat saya untuk tampil lebih kuat,” katanya lagi.

Saingan MotoGP kini berbaki tiga pusingan dengan perlumbaan seterusnya dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang sempena GP Malaysia pada 12 November depan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... nasi-litar-buriram/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.060585 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list