CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 849|Reply: 0

Swiatek dalam misi rampas semula ranking nombor satu dunia

[Copy link]
Post time 31-10-2023 04:13 PM | Show all posts |Read mode

Iga Swiatek. FOTO Agensi

Cancun, Mexico: Pemain nombor dua dunia, Iga Swiatek mengatasi permulaan goyah untuk menewaskan juara Wimbledon, Marketa Vondrousova dengan straight set pada aksi pembukaan WTA Finals di Cancun, Mexico, awal pagi tadi.

Swiatek, 22, yang juga pemain tenis kelahiran Poland ketinggalan 2-5 pada awal permainan sebelum bangkit memperkemaskan aksi untuk melakar kemenangan 7-6 (7/3), 6-0.

Juara Grand Slam empat kali itu kini dalam landasan terbaik untuk merampas semula kedudukan nombor satu dunia daripada Aryna Sabalenka jika mampu menjuarai sainga itu termasuk perlu menewaskan Sabalenka.

"Permulaan set saya rasa saya sudah berikan aksi terbaik namun hakikatnya banyak kesilapan saya lakukan hingga terlepas beberapa mata.

"Pukulan saya banyak yang terkeluar dan diakhir rali pukulan saya tidak tepat. Saya rasa masih ada ruang untuk perbaiki kelemahan dan mengurangkan kesilapan.

"Saya perlu lebih fokus dan bertenang sambil tidak mengambil risiko yang besar dalam perlawanan agar pesaing tidak meraih mata dengan muda," katanya.

Dalam aksi itu, Swiatek banyak melakukan kesilapan apabila pukulan servisnya kerap tersangkut dijaring hingga menghadiahkan mata buat lawan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... g-nombor-satu-dunia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.179167 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list