CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2104|Reply: 1

Uniknya 'kucing musang'

[Copy link]
Post time 1-11-2023 04:35 PM | Show all posts |Read mode
  
SEOLAH-olah terdapat garis hitam pada bulu di belakang badan, kaki dan hujung ekor yang menjadi ‘trademark’ kucing Somali.

Ini kucing apa?. Demikian reaksi yang diberikan sebahagian besar pengunjung yang pertama kali melihat kucing baka Somali peliharaan Mohd Saifuddin Mohd Zawawi, 35.


Apa tidaknya, dengan badan yang berotot, memiliki telinga besar,  bulu yang lembut dan ekor yang kembang, daripada belakang, kucing ini dilihat seperti musang.  

Jadi tidak hairanlah ada yang menggelarkan kucing berkenaan sebagai Kucing Musang.   

Bukan itu sahaja, kucing itu mempunyai empat warna asas iaitu merah coklat, kuning keperang-perangan (tawny), biru dan perang kekuning-kuningan (beige-fawn).

Mohd Saifuddin mengakui biarpun sudah lama memelihara kucing, dia hanya mengetahui mengenai baka Somali dua tahun lalu.    Katanya, pada ketika itu tiada yang memelihara kucing baka Somali di negara ini biarpun ia cukup dikenali di luar negara.

"Ketika menyertai 'show' di Kuala Lumpur, saya didatangi pembiak dari negara ini yang bekerja dan berjaya membiak kucing baka Somali di Rusia.

Apabila, dibawa melihat kucing peliharaannya, saya terus jatuh hati dengan warnanya yang unik selain memiliki karakter yang manja biarpun pertama kali bertemu.   

"Tertarik dengan keunikan kucing ini, saya terus buat keputusan untuk beli enam kucing baka Somali untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.   

"Kemudian, saya cuba biakkan kucing ini dan pernah terjual sehingga ke China dan Indonesia," katanya.

MOHD Saifuddin bersama salah seekor kucing baka Somali peliharaannya.
Menurut Mohd Saifuddin,  keunikan kucing baka Somali adalah terletak pada warna bulunya yang berbeza dengan kucing spesies lain.

Katanya, setakat ini dia memiliki kucing berwarna merah coklat, kuning keperang-perangan dan biru.  

Saya pernah miliki kucing berwarna perang kekuning-kuningan yang dikategorikan sebagai paling jarang ditemui, namun umurnya tidak panjang.

"Paling menarik,  pada bulu kucing ini terdapat seolah-olah garis hitam di belakang badan, kaki dan hujung ekor.

"Namun, untuk membela kucing baka ini memerlukan kesabaran yang tinggi kerana bulunya akan tumbuh sepenuhnya pada usianya hampir dua tahun," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Saifuddin berkata, meskipun tekstur bulu kucing baka Somali amat lembut tetapi ia tidak mudah bergumpal.  Kata Mohd Saifuddin, berbeza dengan baka lain, kucing Somali memiliki  bulu yang lebat dan panjang di kawasan bawah perut.  Mengulas mengenai aspek penjagaan pula, Mohd Saifuddin berkata, bulu kucing baka itu mudah disikat, disarankan sekali seminggu  kerana ia akan menjadi lebih lembut selepas didandan.

Katanya, selain teruja dengan keunikan bulu kucing baka itu, dia juga seronok dengan karakter haiwan berkenaan yang aktif, manja dan suka bermain.   

"Kucing ini memiliki sifat ingin tahu yang tinggi dan juga suka mengendap, pada masa sama, ia tidak suka dipegang, dan suka dilepaskan untuk bebas bergerak untuk bermain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2023 04:37 PM | Show all posts
KUCING baka Somali aktif dan suka bermain.



KUCING pendiam yang kuat dan lasak.

" Selain itu, ia juga agak kuat dan lasak, jadi kena lebih berhati-hati jika bermain dengan kucing Somali, kerana apabila ia mengigit, boleh menyebabkan kecederaan.

"Biarpun begitu, kucing ini agak pendiam dan hanya akan mengeluarkan suaranya yang lembut apabila bergaduh," katanya.  Sementara itu, disebabkan asal usul kucing itu yang  berasal dari Rusia, penggunaan  pendingin hawa sememangnya diperlukan untuk memeliharanya kerana cuaca panas di negara ini.

Kata Mohd Saifuddin, dia  pernah cuba melakukan eksperimen dengan menggunakan kipas biasa, namun kucing berkenaan mengalami stress sehingga menyebabkan bulunya gugur.   

Jadi,setiap hari, dia perlu menetapkan suhu pendingin hawa antara 24 hingga 25 darjah celcius untuk memastikan keselesaan kucing berkenaan.

Selain itu, Mohd Saifuddin berkata, pemakanan kucing itu juga perlu dijaga untuk memastikan tumbesaran dan bulunya terjaga dengan baik.

"Saya turut berikan makanan tambahan supaya bulu kucing nampak lebih bersinar.

  "Apapun, jika ada yang berminat untuk memelihara kucing baka Somali, perlu bersedia daripada segi komitmen masa, tenaga dan kewangan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.465895 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list