CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4066|Reply: 0

Ziyad sedia cabar rekod kebangsaan

[Copy link]
Post time 2-11-2023 07:16 AM | Show all posts |Read mode
Ziyad sedia cabar rekod kebangsaan

ZIYAD melengkapkan hatrik pingat emas di pentas Sukan Para Asia selepas menjuarainya pada edisi di Hangzhou, China baru-baru ini.


MOTIVASI jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli­ berada pada tahap tinggi dalam percubaannya untuk memecahkan rekod lontar peluru kebangsaan bagi kategori atlet normal pada tahun depan.

Ziyad, 33, pernah memadam rekod tersebut dengan catatan 17.94 meter (m) pada Sukan Para­limpik Tokyo 2020 tetapi ia tidak diiktiraf selepas penyertaannya di pentas berprestij dunia itu dibatalkan penganjur.

Rekod berusia 12 tahun milik Adi Alifuddin Hussin dengan catatan 17.54m itu akhirnya berjaya dipecahkan oleh Jonah, 20, menerusi balingan sejauh 17.67m di Mokpo City, Korea Selatan baru-baru ini.

Menyedari perkara itu, Ziyad yang pernah meraih pingat emas Paralimpik Rio 2016, me­nyahut cabaran tersebut dan bersedia memperbaharuinya atau sekurang-kurangnya merapatkan jarak balingan Jonah.

“Semestinya tercabar dan kita tak menafikan ada atlet baru yang sangat berpotensi seperti Jonah. Itu memang menghidupkan industri sukan untuk acara lontar peluru.

“Kita nampak ada kemajuan sebab ada lagi yang boleh baling jauh. Bila ada pesaing seperti itu, kita akan bersaing secara sihat.

“Semestinya nak cuba pecahkan rekod itu tetapi tiada rezeki. Saya dah cuba yang terbaik untuk mendapatkan jarak yang bagus, namun tidak berjaya. Saya perlu berusaha lebih keras lagi,” katanya.

Ziyad di momentum terbaik selepas meraih pingat emas Sukan Para Asia Hangzhou di China baru-baru ini, sekali gus melakar kejayaan hatrik sejak sejak mula memenanginya pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan.

Ia secara tidak langsung membakar semangat bekas juara dunia dua kali itu untuk menebus kekecewaannya dengan merampas pi­ngat emas miliknya pada edisi Paralimpik Paris 2024.

Sebagai rekod, Ziyad sudah pun layak secara automatik ke Paralimpik Paris 2024 selepas meraih pingat perak sewaktu Kejohanan Olahraga Para Dunia 2023 pada Julai lalu.

SumbeR:https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... r-rekod-kebangsaan/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.059944 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list