CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3334|Reply: 0

Individu penting tinggalkan Mercedes-Petronas

[Copy link]
Post time 2-11-2023 10:43 AM | Show all posts |Read mode

MIKE ELLIOT menjadi salah seorang tonggak pasukan Mercedes sepanjang sedekad lalu. – AFP

LONDON – Pasukan Mercedes kehilangan individu penting selepas ketua pegawai teknikal, Mike Elliott membuat keputusan meninggalkan pasukan Silver Arrow itu selepas dikatakan kecewa berikutan kegagalannya membawa pasukan tersebut kembali ke puncak kemenangan.

Elliott telah bekerjasama de­ngan pasukan Mercedes selama 11 tahun dan merupakan pemacu utama kemenangan Mercedes selepas merangkul gelaran juara lapan kali dalam kategori pengeluar pada 2014 hingga 2022.

Bagaimanapun, ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff enggan menjawab spekulasi liar membabitkan pasukannya sambil menegaskan bahawa segala keputusan dibuat oleh Elliott sendiri.

“Keputusannya untuk me­ning­galkan Mercedes adalah keputusannya sendiri. Elliot menjadi salah satu tonggak pencapaian pasukan sepanjang dekad lalu dan dengan pera­saan bercampur baur kami mengucapkan selamat tinggal kepadanya hari ini.

“Elliot juga seorang individu yang berbakat dan beliau telah memberikan sumbangan besar bukan sahaja memenangi perlumbaan, malah membina budaya baik dalam pasukan kami.

“Tetapi jelas bahawa beliau sudah bersedia untuk pengembaraan baharu di luar Mercedes. Jadi, saya tahu ini adalah langkah yang tepat untuknya.

“Kami ucapkan terima kasih atas usaha, komitmen dan kepakaran yang telah dibawanya kepada pasukan sejak 11 tahun lalu dan doa terbaik kami untuk masa depannya,” kata Wolff. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... -mercedes-petronas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.060540 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list