CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rayyanrafael

FAS sahkan Safee ke Pelita Jaya

[Copy link]
Post time 3-3-2011 05:50 PM | Show all posts
apa perkembangan karier safii sali ni sekarang? games yang dia main tuh kalah ke menang? dia dapat j ...
sitihawa Post at 3-3-2011 16:29


1st game dia 9 mac lar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-3-2011 09:58 AM | Show all posts
apa perkembangan karier safii sali ni sekarang? games yang dia main tuh kalah ke menang? dia dapat j ...
sitihawa Post at 3-3-2011 16:29



    untuk rekod, 1st Frendly, dia skor 2 biji, 2nd game dia skor 1 biji.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 11:10 AM | Show all posts
oooooooooooooo okay lah. hope dia berjaya lah. demi karier dia juga, nama baik malaysia kan.

good luck utk safi sali
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 12:09 PM | Show all posts
bodo sapi ni. dah terer2 pegi main untuk indon buat apa? low class. FAM pun bodo gak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2011 12:14 PM | Show all posts
bodo sapi ni. dah terer2 pegi main untuk indon buat apa? low class. FAM pun bodo gak.
adi_iskandar Post at 4-3-2011 12:09



    bukan bodo, tapi mungkin ada tujuan lain. contohnya, kat selangor, belum tentu dia akan dapat bayaran AS10,000.00 per month.
Lagipun cara liga indon agak keras dan bercampunr aduk dengan pemain import. Jadi dia boleh belajar serba sedikit cara dan skill diorang dan diserapkan ke dalam skuad kebangsaan nanti
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 12:24 PM | Show all posts
apsal tak main kat kelab vietnam? jgn bagi alasan tak serasi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-3-2011 12:43 PM | Show all posts
apsal tak main kat kelab vietnam? jgn bagi alasan tak serasi.
adi_iskandar Post at 4-3-2011 12:24



    Tak dinafikan kekuatan pasukan kebangsaan vietnam melebihi kekuatan pasukan Indonesia. Tapi tak dari segi liga tempatan. Lagi pun ada ke tawaran dari liga vietnam melebihi tawaran yang dibuat oleh indon ??
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 02:45 PM | Show all posts
Reply 86# adi_iskandar

awat hg x p tnya safee ja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2011 04:46 PM | Show all posts
sri wijaya fc vs pelita jaya fc live stream

http://mivo.tv/front.php channel antv

safee pakai jersey no 55
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 06:26 PM | Show all posts
FT pelita jaya fc 1 - sriwijaya fc 0

(safee sali, min 62)
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2011 05:50 PM | Show all posts
Permulaan impianDaripada Syed Riduan Ahmad di Jakarta

2011/03/06


PEMAIN Pelita Jaya FC, Mohd Safee Mohd Sali (kiri) bersaing dengan pemain Srivijaya FC, Claudiano Dos Santos pada perlawanan Liga Super Indonesia di Stadium Singa Perbangsa, semalam. - Foto Fariz Iswadi Ismail“GOL ini hadiah untuk penyokong Pelita Jaya dan peminat di Malaysia yang banyak memberi semangat kepada saya selama ini,” kata Safee Sali, semalam.

Penyerang Pelita Jaya FC itu membuat permulaan sempurna - meledak gol tunggal kemenangan untuk Pelita Jaya FC menewaskan pasukan tangga keenam, Sriwijaya FC di Stadium Singaperbangsa, Karawang - sekali gus mencetus harapan baru buat kelab tangga tercorot Liga Super Indonesia itu. Sentuhan itu turut mengangkat namanya sebagai idola baru terutama ribuan penyokong setia Pelita Jaya yang mengharapkan kehadirannya mampu menjulang semula kelab berkenaan dalam kedudukan liga, selepas membalas dendam kekalahan 1-2 kepada lawan itu dalam perlawanan terakhir pusingan pertama di Gelora Jakabaring, Palembang. “Memang sasaran saya untuk menjaringkan gol hari ini (semalam), dan saya bersyukur dapat melunasnya. Saya harap permainan kami akan semakin meningkat selepas ini dan seterusnya memperbaiki kedudukan pasukan daripada tangga tercorot liga.”

Selain Safee, kehadiran dua lagi pemain import dari Scotland dan Australia - Christopher Doig dan Troy Hearfield - turut mengubah corak Pelita Jaya yang dilatih Milodrag Radovic apabila menguasai hampir keseluruhan permainan, malah Safee memperoleh peluang seawal minit kedua tetapi tandukannya tersasar.

Gandingan Safee dan Ramirez di jentera serangan mengkucar-kacirkan pertahanan lawan tetapi tiada hantaran tepat dilakukan kepada kedua-dua penyerang itu menyebabkan kedudukan kekal tanpa jaringan pada babak pertama.

Namun Pelita Jaya terus menguasai babak kedua dan selepas Ramirez juga melihat sepakan padunya ditepis penjaga gol lawan, gerakan baik dengan Safee menghasilkan gol apabila bekas penyerang Selangor itu meledak rembatan leret kemenangan pada minit ke-62.
Pelita Jaya akan bertemu seteru setempat yang menduduki tangga ke-11, Persib Bandung di gelanggang sama, 12 Mei ini.

"Tahniah Safee , semoga lepas ni boleh score hatrik"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 11:30 AM | Show all posts
Permulaan yg baik utk safee..skor gol kemenangan
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 12:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by sitihawa at 7-3-2011 12:20


Pelita Jaya minat dapatkan penyerang Kelantan untuk diganding dengan Safee

SELEPAS aksi cemerlang Safee Sali pada penampilan sulung bersama Pelita Jaya FC kelmarin, pengurusan pasukan itu kini mula berkira-kira untuk memancing seorang lagi penyerang negara bagi digandingkannya.

Gandingan mantap bekas penyerang Selangor itu ketika mewakili negara di Piala AFF Suzuki Disember lalu – Norshahrul Idlan Talaha – dikatakan mampu mempertajamkan lagi barisan serangan Pelita Jaya musim depan andai kontrak Safee dilanjutkan. “Pihak pengurusan sebenarnya mahu mendapatkan Norshahrul dan saya pada baki pusingan ini tetapi gagal,” kata Safee semalam. “Jadi mungkin mereka akan mencuba lagi sebaik tamat musim ini sekiranya kontrak saya dilanjutkan. “Saya juga mengharapkan Norshahrul dapat menyertai saya di sini kerana dia lebih memahami corak permainan saya, malah saya juga cukup serasi dengan pergerakannya di dalam padang.”

Safee yang menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika menundukkan Sriwijaya FC di Stadium Singaperbangsa kelmarin berkata, suasana Liga Super Indonesia (ISL) tidak seperti yang dihebohkan sebelum ini.

“Bagi saya tidak timbul soal keselamatan pemain terancam seperti yang digembar-gemburkan,” katanya yang diberi layanan seperti bintang oleh peminat tempatan. “Malah saya jadi lebih bersemangat untuk memenuhi harapan yang diletakkan peminat.

“Saya rasa untuk permulaan, bagus jika ada pemain negara lain beraksi di sini kerana suasana perlawanan mingguan liga sama seperti final Piala FA atau Piala Malaysia. Ia memberikan motivasi yang cukup tinggi kepada pemain.”
Selain Norshahrul, peminat di sini turut mengharapkan kedatangan pemain kebangsaan lain seperti penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, pemain tengah Safiq Rahim dan pemain sayap lincah, S Kunalan.

adehla, habis lah mat yo dan apex pun nak kena pancing ker?
2 org ni lah wat aku suka tim kelantan weh

tahniah safee.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2011 02:03 PM | Show all posts
Pelita Jaya minat dapatkan penyerang Kelantan untuk diganding dengan Safee

SELEPAS aksi cemerla ...
sitihawa Post at 7-3-2011 12:19



    berapa ramai pemain import diaorang dalam satu team ni???
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 02:23 PM | Show all posts
Reply 94# rayyanrafael


    ada kuota ke berapa pemain import yang patut dan tak patut ada ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2011 02:44 PM | Show all posts
Reply  rayyanrafael


    ada kuota ke berapa pemain import yang patut dan tak patut ada ?
sitihawa Post at 7-3-2011 14:23



    sepatutnya ado la. Kalo dulu, Malaysia cuma membenarkan 3 pemain import dalam setiap pasukan, kalo kat indon tak de, camne nak maju pemain  bola sepak tempatan.
Kena ingat satu, kat indon penajaan dari jenama rokok masih dibenarkan sebab tidak menandatangani perjanjian dengan WHO sepeti Malaysia buat. Jadi had kewangan pembelian pemain diorang tinggi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2011 02:52 PM | Show all posts
Reply 96# rayyanrafael


    ooooooooooooooo errrrrrrrrrrrrrrkkkk...

weh, leh tak ko tukar panggilan indon tu kepada indo (tanpa n, pernah baca org2 indo tak suka bila dipanggil org indon. tak pasti lak apa sebabnya). kena jaga hati org2 indo gak, kan tak pasal2 pemain2 malaysia kena kutuk kan

tapi dari komen safii kat atas tuh, cam hokey jer layanan org2 indo disana. okay lah tuh  

ps: salam2 wat org2 indo


Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 03:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by sitihawa at 7-3-2011 15:30

Populariti Safee atasi Gonzales
2011/03/07






PENYERANG sensasi terbaru Pelita Jaya FC, Safee Sali buat pengurus dan jurulatih kelab Liga Super Indonesia (ISL) itu pening, bukan kerana persembahannya di atas padang tetapi disebabkan sambutan peminat yang tidak putus-putus ingin merakam gambar kenangan dengan penyerang negara itu.

Populariti Safee yang menjaringkan gol tunggal kemenangan dalam perlawanan pusingan kedua bertemu Sriwijaya FC kelmarin, bukan sekadar di atas padang ketika sesi latihan, malah turut berlarutan ketika menunaikan solat Jumaat di salah sebuah masjid di Karawang kelmarin hinggakan dia diserbu peminat ketika khatib sedang membacakan khutbah. “Popularitinya kini boleh dikatakan mengatasi pemain lain seperti Cristian Gonzales dan Irfan Bachdim,” kata pengurus Pelita Jaya, Lalu Mara Satriawangsa. “Kadang-kala saya terpaksa menjadi seperti pengawal keselamatannya. “Bagaimanapun, saya kagum dengan cara Safee menangani kerenah peminat. Dia sentiasa tersenyum dan sabar melayan mereka. Bagi saya kehadiran Safee bagai satu rahmat buat Pelita Jaya.”

Penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2010 itu bukan saja menarik perhatian peminat bola sepak Indonesia, malah penaja juga mula tertarik untuk menjadi rakan penaja Pelita Jaya walaupun ketika ini kelab itu menghuni kelompok bawahan ISL.

Pada perlawanan pertama pusingan kedua menentang Sriwijaya di Stadium Singaperbangsa, Karawang kelmarin, Pelita Jaya juga menampilkan rakan penaja barunya, Recapital.

Recapital adalah antara syarikat kewangan terbesar di Indonesia, dan Lalu Mara berkata, kemasukan penaja baru itu semata-mata kerana populariti diraih Pelita Jaya selepas kehadiran Safee.
“Mungkin pada masa akan datang kita terpaksa mengadakan sesi khas untuk pemain terutama Safee bersama peminat,” kata jurulatih Miodrag Radovic. “Ini demi memastikan sesi latihan tidak terganggu.”

ps: nak cari gambo safee kat indo ni tak jumpa2 g
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 03:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by sitihawa at 7-3-2011 15:48




Our Malaysian football hero whom playing in Indonesia Super League for Pelita Jaya FC strike again. This time in match between Sriwijaya FC. Safee Sali scored the winning goal for his team.
Checkout Safee Sali goal in Pelita Jaya FC vs Sriwijaya FC:-

Goal Safee Sali Pelita jaya FC vs Sriwijaya FC
The Malaysian football player and former Selangor FC player showing a good performance in Indonesia football league.
Congratulation for his wonderful performance.

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 04:00 PM | Show all posts
Our Malaysian football hero whom playing in Indonesia Super League for Pelita Jaya FC strike a ...
sitihawa Post at 7-3-2011 15:43





   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.075661 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list