CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4144|Reply: 49

Petronas yang taja bawa pulang rakyat Malaysia

[Copy link]
Post time 9-2-2011 08:24 AM | Show all posts |Read mode
Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menyumbang RM2 juta kepada Tentera  Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk membantu operasi pasukan itu  mengeluarkan rakyat Malaysia dari Mesir.

Sumbangan itu  diberikan berikutan gesaan kerajaan baru-baru ini supaya sektor awam dan  swasta bekerjasama untuk membawa pulang semua rakyat Malaysia ke tanah  air.

"Petronas berbesar hati untuk bersama-sama  dengan TUDM dan syarikat Malaysia yang lain termasuk AirAsia Bhd dan  Malaysia Airlines Bhd menjayakan usaha murni ini,” menurut kenyataan  Jabatan Komunikasi Korporat Petronas hari ini.

Petronas  juga berkata, syarikat itu juga telah memindahkan semua warga kerja dan  keluarga mereka dari Mesir dan sedang memantau perkembangan di negara  itu.

Sementara itu, Majlis Perhubungan Rangkaian  Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menyatakan setinggi  penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung  kelancaran operasi pemindahan rakyat Malaysia di negara bergolak itu.

Presiden  UNI-MLC, Mohamed Shafie Mammal berkata, operasi pemindahan itu  dijalankan dengan lancar tanpa mengira kaum, agama atau kecenderungan politik mereka yang berkenaan.

"Hanya seorang pemimpin yang berwibawa dan berjiwa  patriotik mampu mengambil tindakan yang sesuai untuk semua rakyatnya dan  pihak yang berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau  berkata, Ops Piramid merupakan satu lagi kejayaan gagasan 1Malaysia.

Ops Piramid ialah operasi bagi membawa keluar rakyat  Malaysia yang terkandas di Mesir yang menyaksikan demonstrasi  antikerajaan diadakan di beberapa bandaraya, ke Jeddah, Arab Saudi.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2011 08:26 AM | Show all posts
Kelihatan suami kepada PM yang paling kedepan meyambut kepulangan rakyat Malaysia. Makhluk2 kat belakang tu cuma mampu sengih jerr...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 08:51 AM | Show all posts
oleh kerana petronas ni letak bawah kaki najib, the 2million is just a phone call away..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 08:52 AM | Show all posts
bukan taja, sumbangan je tu... kosnya jauh lebih tinggi dari itu...
banyak korporat lain pun sumbang, tp petronas bijak, pro dia hebahkan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 08:52 AM | Show all posts
Guinness Book World Records tertinggal ker kes nie?....kita dah ada perdana menteri wanita pertama kat malaysia nih?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 08:53 AM | Show all posts
A hero welcome........?

Sungguh pelik........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2011 08:57 AM | Show all posts
Presiden  UNI-MLC, Mohamed Shafie Mammal berkata, operasi pemindahan itu  dijalankan dengan lancar tanpa mengira kaum, agama atau kecenderungan politik mereka yang berkenaan.

"Hanya seorang pemimpin yang berwibawa dan berjiwa  patriotik mampu mengambil tindakan yang sesuai untuk semua rakyatnya dan  pihak yang berkenaan,” katanya dalam kenyataan.


bila sepanjang masa bersikap perkauman, sesekali buat untuk semua tak kira siapa memang boleh dianggap satu kejayaan besar...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 08:57 AM | Show all posts
beritanya kata begini...

Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menyumbang RM2 juta kepada Tentera  Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk membantu operasi pasukan itu  mengeluarkan rakyat Malaysia dari Mesir.



tapi gambarnya begini...



mana pergi pesawat hercules? gambar belakang tu pesawat MAS....

p.s.: penyayang sungguh makcik berbaju pink itu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2011 08:59 AM | Show all posts
bila sepanjang masa bersikap perkauman, sesekali buat untuk semua tak kira siapa memang boleh di ...
petola Post at 9-2-2011 08:57



iyerlah tu pemimpin berjiwa rakyat... nasib baik ada rakyat dah balik baru kerajaan buka mata.
kalau betul2 ikhlas kenapa orang yang dah balik sendiri tak terima bantuan pun?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 09:02 AM | Show all posts
beritanya kata begini...



tapi gambarnya begini...



mana pergi pesawat hercules? gamb ...
zidlan Post at 9-2-2011 08:57


Rosmah paling di depan
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 09:05 AM | Show all posts
2 juta tu celah gigi je bagi petronas... hangpa tau tak berapa juta dia taja mercedez gp?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 09:08 AM | Show all posts
Rosmah paling di depan
hack3line Post at 9-2-2011 09:02



Menteri Mentor Malaysia....  
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 09:09 AM | Show all posts
2 juta tu celah gigi je bagi petronas... hangpa tau tak berapa juta dia taja mercedez gp?
cecari Post at 9-2-2011 09:05


3 juta?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 09:09 AM | Show all posts
Mati mati aku ingat najib  ikhlas suruh TUDM bawak balik!

Taja rupe rupe nye!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 09:12 AM | Show all posts
Mati mati aku ingat najib  ikhlas suruh TUDM bawak balik!

Taja rupe rupe nye!!!
mallcop Post at 9-2-2011 09:09


kalau tak top-up nanti ada pesawat yg tak boleh terbang sebab takda duit nak beli minyak...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 09:14 AM | Show all posts
kalau tak top-up nanti ada pesawat yg tak boleh terbang sebab takda duit nak beli minyak...
petola Post at 9-2-2011 09:12



harga minyak di Jeddah mahal kot....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2011 09:14 AM | Show all posts
kalau tak top-up nanti ada pesawat yg tak boleh terbang sebab takda duit nak beli minyak...
petola Post at 9-2-2011 09:12


Tu yang pi sambut yang balik naik MAS tu buat ape! Sambut lah yang balik naik TUDM! Hampeh! Nak glamor tol!:@
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 09:14 AM | Show all posts
Reply 14# mallcop

Putera saudi taja 2 Jumbo... dah jimat banyak dah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 09:16 AM | Show all posts
Tu yang pi sambut yang balik naik MAS tu buat ape! Sambut lah yang balik naik TUDM! Hampeh! Nak  ...
mallcop Post at 9-2-2011 09:14


mas, air asia semua tu nanti akan hantar invois kat gomen
dah kata gomen tanggung diorg klaim ler...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2011 09:18 AM | Show all posts
TUDM ulang alik Cairo Jeddah kan? Air Asia ngan MAS Jeddah KL. C-130 tak cukup range Jeddah KL. LAgipun, C-130 mana ada seat macam 747.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.266591 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list