CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6209|Reply: 0

Alonso, Ricciardo nafi sertai Red Bull

[Copy link]
Post time 4-11-2023 01:23 PM | Show all posts |Read mode

ALONSO nafi sekeras-kerasnya akan menyertai Red Bull musim depan. FOTO Reuters

Sao Paulo: Pemandu veteran Fernando Alonso dan Daniel Ricciardo kedua-duanya menafikan bahawa mereka akan meninggalkan pasukan sedia ada untuk menyertai Red Bull musim depan.

Juara dunia dua kali Alonso, 42, marah dengan dakwaan dia akan meninggalkan Aston Martin untuk mengambil tempat Sergio Perez bagi bergandingan bersama juara dunia, Max Verstappen.

Dia menafikan spekulasi itu yang dianggap sebagai 'khabar angin paddock biasa daripada orang yang cuba mempersendakannya dan memperoleh beberapa pengikut (di media sosial)'.

Bercakap kepada pemberita menjelang Grand Prix (GP) Sao Paulo hujung minggu ini, dia menambah: "Saya akan pastikan ada yang mendapat kesan daripada ini (spekulasi."



Apabila diminta mengulas lanjut, pelumba Sepanyol itu dinasihatkan oleh wakil pasukan supaya tidak pergi lebih jauh.

Ricciardo juga menolak laporan meluas bahawa dia bersedia untuk menggantikan Perez dan menegaskan bahawa dia gembira dapat kembali berlumba dalam Formula Satu bersama Alpha Taur

Pelumba Australia berusia 34 tahun itu, yang menamatkan saingan di tempat ketujuh yang memberangsangkan dalam GP Mexico Ahad lalu selepas bermula dari petak keempat, berkata dia hanya fokus kepada Alpha Tauri dan mengekalkan prestasi yang lebih baik.

"Semua perkara di sekitar kontrak saya tahun depan berkaitan dengan Alpha Tauri - saya akan katakan itu, secara jujur," katanya kepada pemberita.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... afi-sertai-red-bull
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.071312 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list