CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1452|Reply: 0

[Perak] Lelaki didakwa miliki parang tanpa tujuan sah

[Copy link]
Post time 6-11-2023 03:10 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMAD Zairi Mohamad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini atas pertuduhan memiliki sebilah parang tanpa maksud yang sah di tepi jalan Kampung Perah, Gerik pada 30 Oktober lalu. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA


KUALA KANGSAR: Seorang lelaki yang ditahan kerana menumbuk dan menendang anak kandungnya di Gerik minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki sebilah parang.

Tertuduh, Mohamad Zairi Mohamad, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki yang juga duda itu didakwa memiliki sebilah parang berhulu plastik berwarna merah tanpa maksud yang sah di tepi jalan Kampung Perah, Gerik pada pukul 3.45 petang, 30 Oktober 2023.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan manakala tertuduh yang bekerja kampung itu tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Muhammad Firdaus tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dan memohon tarikh sebutan semula untuk lantikan peguam.

Mahkamah yang tidak menetapkan wang jaminan itu kemudian menetapkan 6 Disember depan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam tertuduh.

Menerusi laporan media pada 30 Oktober lalu, seorang lelaki diberkas selepas polis menerima laporan dibuat ahli keluarga lelaki itu berkaitan tindakan tertuduh memukul anak kandungnya.

Dalam kejadian sekitar pukul 5 petang itu, mangsa berusia 12 tahun mengalami kecederaan di bahagian belakang badan selepas dipukul bapanya.

Kejadian dikatakan berlaku selepas suspek yang datang ke rumah iparnya itu bertindak menumbuk dan menendang anaknya beberapa kali selain bertindak agresif dengan melibas parang yang ada di tangannya hingga hampir terkena mangsa.

Berdasarkan siasatan, kanak-kanak itu dibawa ibu saudaranya yang berusia 35 tahun ke rumah wanita itu Sabtu lalu pada pukul 6 petang untuk menyambut hari lahir mangsa. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... g-tanpa-tujuan-sah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.100721 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list