CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4099|Reply: 8

Liga Profesional untuk setiap Sukan Teras....

[Copy link]
Post time 10-2-2011 04:23 PM | Show all posts |Read mode
Cadangan Mewujudkan Liga Profesional di setiap Sukan Teras




Setakat Ini Sukan Teras yang mempunyai Liga Professional



Bola Sepak


* Liga Malaysia (Liga Super / Liga Premier / Liga FAM / Liga Negeri)


Hoki


* Liga Hoki Malaysia / Liga Hoki Remaja


Bola Keranjang


* Liga Bola Keranjang Kebangsaan





Sukan Bukan Teras (Liga Amatur / Semi Pro)



Baseball


* Malaysian All-Star League Baseball (MALB)





Liga Asas  sebelum Mewujudkan Liga Profesional peringkat tertinggi



- Liga Minor / Junior (Peringkat Sekolah Rendah / Menengah)

- Liga Universiti (Peringkat Universiti)

- Liga Daerah

- Liga Negeri





Baru Malaysia boleh membentuk pasukan Kebangsaan yang mantap dan mempunyai bakat yang ramai.... tak ada lah ketandusan bakat



harap sukan teras seperti  Badminton, Sepak Takraw dan Bola Tampar  wujudkan cepat Liga Professional ini...



berharap Persatuan Sukan tidak hanya menganjurkan Kejohanan / Seminar Sukan sahaja..... kalau Persatuan tidak mampu menganjurkan berharap Pihak Swasta dapat membantu...



Harap Kurangkan berpolitik dan Birokrasi .... sampai bila Sukan Di Malaysia hendak maju...





p/s : berapa banyak harap daa......




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2011 09:52 PM | Show all posts
Reply 1# HangPC2


    Ya harap begitu untuk memantapkan lagi sukan-sukan dekat Malaysia ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2011 01:26 PM | Show all posts
Negara Jiran Seperti  Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina mempunyai Liga Profesional untuk setiap Sukan Teras masing2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2011 01:51 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2011 12:45 PM | Show all posts
Superliga Badminton Indonesia 2011 : Lee Chong Wei Perkuat SGS PLN Bandung




15 February 2011 | 22:16



Bulutangkis.com - Akhirnya gurauan Taufik Hidayat saat jumpa pers di BlackCat Jazz & Blues Club, Komplek Plaza Arcadia, Senayan, Jakarta, hari Kamis lalu (10/02/2011), agar Superliga Badminton Indonesia 2011 di Surabaya, 20 – 26 Februari mendatang bisa diramaikan Lin Dan dan Lee Chong Wei, menjadi kenyataan.Walau tidak keduanya bisa hadir, namun Lee Chong Wei pebulutangkis peringkat satu dunia dari Malaysia dipastikan akan meramaikan superliga badminton kali ini. Tak tanggung-tanggung, Lee Chong Wei akan bergabung dengan sahabat karibnya, Taufik Hidayat di SGS PLN Bandung. Kehadiran Chong Wei ini akan semakin membuka peluang bagi SGS PLN meraih gelar juara juara pada sektor putra.

Selain Lee Chong Wei, dua pebulutangkis asing yang telah memastikan diri memperkuat SGS PLN adalah Hendry Kurniawan Saputra dan Chaiyuth Triyachart. Keduanya akan memperkuat SGS di nomor ganda putra. Beberapa pebulutangkis lainnya yang memperkuat SGS adalah Senatria Agus, Tomi Sugiarto, Alamsyah Yunus, Flandy Limpele, Hendra Aprida Gunawan, Andika Anhar, Yoga Uki Kasa dan Haryawan.

Pada Super Liga Bulutangkis China (Chinese Badminton Super League), Lee Chong Wei akan turun bertarung di klub yang sama dengan Taufik Hidayat, Guangzhou Youyu Badminton Club. Sementara pebulutangkis ganda putra yang akan memperkuat Guangzhou Youyu Badminton Club adalah Koo Kien Keat/ Tan Boon Heong dan Lee Yong Dae/ Jung Jae Sung.

Kehadiran Lee Chong Wei pada Djarum Superliga Badminton Indonesia 2011 di Surabaya pada tanggal 20 – 26 Februari mendatang dipastikan tidak akan mengganggu jadwalnya bermain di Super Liga Bulutangkis China. ‘’ Dia akan atur waktunya bersama Taufik, ’’ ungkap Herman Subarja, Manager Team SGS PLN Bandung memastikan kepada Bulutangkis.com.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2011 01:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 16-2-2011 13:24

BAM timbang wujud liga sendiri



Oleh Norzie Mohd. Khasbi
sukan@utusan.com.my


KUALA LUMPUR - Pada ketika kebanyakan gergasi badminton dunia sudah mengorak langkah dengan mewujudkan liga sendiri yang berjaya menarik penyertaan pemain- pemain handalan dunia, Malaysia mungkin mempertimbangkan untuk menganjurkan kejohanan serupa jika berjaya mendapat sokongan penaja.

Liga Super China dan Liga Super Indonesia bakal kembali tahun ini dan sekali lagi berjaya menarik penyertaan pemain ternama, termasuk bintang dari Malaysia seperti jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (Liga China) serta Muhammad Hafiz Hashim (Liga Indonesia).

Sudahlah Terbuka Malaysia gagal menempatkan diri di kalangan lima kejohanan dalam kalendar Siri Super Premier 2011 (Terbuka Korea, All England, Terbuka Indonesia, Terbuka Denmark, Terbuka China), badminton negara akan dilihat lebih ketinggalan berbanding negara utama lain tanpa memiliki liga sendiri.

Setiausaha Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai mengakui, idea menganjurkan liga pernah dibincangkan badan induk badminton itu, namun ia belum menuju ke arah yang lebih serius kerana semuanya bergantung kepada penajaan.

" Saya akui kami pernah membincangkan mengenai kemungkinan mewujudkan liga sendiri, tetapi sehingga kini belum ada satu cadangan yang konkrit mengenainya. Ia banyak bergantung kepada sejauh mana kami boleh mendapatkan penajaan.

" Kejohanan seperti ini bagus untuk memberi pengalaman baru kepada pemain negara bersaing dengan pemain handalan dunia, terutama mereka yang jarang berpeluang beraksi dalam kejohanan utama, tetapi banyak perkara yang perlu dilakukan, terutama dari segi kewangan sebelum dapat menjayakan rancangan ini, '' kata Chin Chai.

Buat kali pertama, jaguh perseorangan negara, Chong Wei dan pasangan Kien Keat-Boon Heong akan merasai pengalaman beraksi dalam Liga Super China yang bakal berlangsung dari Februari hingga April depan.

Ketiga-tiga pemain negara itu akan bernaung di bawah Kelab Badminton Guangzhou, yang turut membariskan beregu handalan Korea Selatan, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae. Malah, liga lumayan itu turut menarik penyertaan pemain handalan Indonesia seperti Taufik Hidayat dan Markis Kido-Hendra Setiawan.

Ia mewujudkan persaingan paling kompetitif dalam kejohanan yang meminjam format Piala Thomas itu kerana China sendiri turut menampilkan pemain terbaik mereka seperti juara Olimpik, Lin Dan, juara dunia, Chen Jin, Chen Long, Bao Chunlai dan beregu handalan, Fu Haifeng-Cai Yun.

Sementara itu Super Liga Indonesia, yang akan berlangsung dari 19-27 Februari turut menarik penyertaan pemain luar kerana hadiah lumayan yang ditawarkan AS$149,000 (RM455,00). Seperti Liga Super China, ia turut menggunakan format Piala Thomas dan menampilkan tujuh pasukan.

Hafiz, 28, yang akan bergerak sebagai pemain profesional buat kali pertama tahun ini memilih untuk beraksi buat kelab Musica Champions yang turut dibarisi oleh pasangan handalan Indonesia, Candra Wijaya dan Luluk Hadiyanto.

" Liga seperti ini bagus untuk memberikan persediaan kompetitif kepada pemain sebelum menghadapi kejohanan lebih besar. Bagi Liga Indonesia, saya melihat ia sebagai platform terbaik untuk menyiapkan diri menghadapi All England.

" Ia sama seperti kejohanan biasa, cuma formatnya seperti Piala Thomas. Liga seperti ini bukan saja memberi persaingan yang kompetitif tetapi melatih pemain untuk lebih kuat secara mental apabila beraksi dalam pertandingan berpasukan, '' kata Hafiz.

Bekas jaguh kebangsaan, Wong Choong Hann merupakan pemain Malaysia pertama mencuba nasib beraksi liga di luar negara dengan menyertai Liga Jerman pada 2008.


- Utusan Malaysia -



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-2-2011 11:41 AM | Show all posts
Takraw Thailand League






http://takrawthailandleague.com/



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2011 06:45 PM | Show all posts
sekarang dah nampak perlunya diwujudkan liga Professional..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2023 07:12 PM | Show all posts

dalam beberapa tahun ini baru ada Liga Pro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.563729 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list