CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4856|Reply: 48

[Jenayah] Undang Undang Syariah Punca Wargasing kahwin Warga Tempatan Langgar Akta Imigresen. Wanita Tempatan Kahwini Wargaasing boleh didakwa lindungi PATI. Si suami wargasing akan dihalang dari miliki IC

[Copy link]
Post time 7-11-2023 09:15 AM | Show all posts |Read mode
Edited by B40tastePosh at 7-11-2023 09:19 AM






























NASIONAL
Buruh asing boleh diusir jika kahwin warga tempatan[size=0.82]Muhammad Yusri Muzamir
yusri.muzamir@bh.com.my
November 4, 2023 @ 7:43am




- Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Buruh asing dilarang mengahwini rakyat tempatan sepanjang tempoh mereka memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) di negara ini.
Kegagalan mematuhi peraturan itu menyebabkan permit pekerjaan mereka terbatal secara automatik dan diusir dari negara ini serta-merta seperti termaktub mengikut Akta Imigresen 1956/63 (Akta 155).


Keadaan itu menyebabkan rakyat tempatan, terutama wanita berisiko ditinggalkan pasangan masing-masing jika bertegas mahu berkahwin dengan pemegang PLKS kerana perbuatan itu melanggar undang-undang imigresen negara.
PLKS ialah permit kerja untuk warga asing bekerja secara sah di negara ini diberi kepada tujuh sektor bagi tempoh satu hingga 10 tahun yang ditetapkan kerajaan, selain ciri khas dipamerkan pada pasport individu terbabit.
<iframe src="

Namun, status perkahwinan pasangan Muslim terbabit adalah sah, jika pernikahan memenuhi syarat sah nikah dan perceraian pula hanya boleh berlaku jika permohonan cerai dikemukakan ke Mahkamah Syariah.


Bagi pasangan bukan Islam pula, mereka turut berdepan risiko sama, tetapi Mahkamah Tinggi Sivil mempunyai bidang kuasa membubarkan pendaftaran perkahwinan terbabit.
Pemegang PLKS yang mahu berkahwin dengan pasangan warga asing yang menetap atau bekerja di Malaysia pula perlu merujuknya kepada kedutaan masing-masing.
Justeru, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, berkata pihaknya mahu mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkuasa agama negeri berhubung syarat perkahwinan rakyat tempatan dan warga asing, terutama pemegang PLKS.
Katanya, terdapat dakwaan berlaku ketidakseragaman, menyebabkan syarat dan peraturan ketat ditetapkan imigresen berhubung urusan perkahwinan rakyat tempatan dan warga asing terutama pemegang PLKS dibolosi.
"Sesi libat urus ini bertujuan mewujudkan garis panduan dan prosedur operasi standard jelas bagi permohonan perkahwinan membabitkan pasangan warga asing dan rakyat tempatan.
"Secara dasarnya, urusan perkahwinan di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri dan imigresen hanya boleh menyatakan bantahan bagi sesuatu permohonan perkahwinan jika ia melanggar akta ditetapkan.
"Imigresen juga tidak memiliki kuasa untuk membubarkan perkahwinan, termasuk bagi pasangan rakyat tempatan dan pemegang PLKS.
"Apa yang kita boleh lakukan jika melanggar Akta Imigresen ialah menamatkan permit diberi dengan serta-merta dan mengusir warga asing terbabit pulang ke negara asalnya," katanya kepada BH.
Perguna wanita tempatan
Baru-baru ini, BH melaporkan lelaki warga asing, terutama Pakistan sanggup 'membutakan mata', memilih wanita tempatan sebagai pasangan hidup termasuk yang sudah berusia, semata-mata mahu tinggal di negara ini dan membuka perniagaan menggunakan nama isteri.
Tahun lalu, Pengarah Imigresen Kelantan, Azhar Abdul Hamid, dipetik berkata, 15 permohonan dibuat warga asing dibatalkan kerana mereka hanya menggunakan isteri yang juga penduduk tempatan untuk membuka perniagaan.
BH pada September 2019 mendedahkan, mengahwini wanita tempatan antara taktik diguna lelaki warga Pakistan untuk menjalankan perniagaan dengan lokasi tumpuan di pinggir bandar dan penempatan setinggan yang jarang digempur pihak berkuasa.
Taktik lain, mereka menggunakan nama warga tempatan atau mengambil alih perniagaan sedia ada milik penduduk dengan membayar sewa tertentu, tanpa menukarkan penama pada lesen perniagaan.
Ada juga pasangan lelaki Pakistan dan wanita tempatan berasal dari Sabah, berkahwin di Semenanjung sebelum memohon pas lawatan sosial suami asing kepada warga negara di negeri bawah bayu itu.
Laporan eksklusif BH pada Mei 2017 pula mendedahkan, Jabatan Agama Islam Selangor dan Pahang gagal mematuhi undang-undang imigresen, menyebabkan buruh asing mudah berkahwin dengan rakyat tempatan.
Malah, wanita tempatan mengahwini buruh asing yang tidak mematuhi syarat dan prosedur perkahwinan ditetapkan imigresen, boleh dikenakan tindakan kerana melindungi pendatang tanpa izin (PATI).
Tindakan menyembunyi atau melindungi PATI menyalahi Seksyen 55E(1) Akta 155 (Pindaan 2002) dan sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun dan enam sebatan.
Ruslin berkata, warga asing yang mahu berkahwin dengan warga tempatan perlu mengisi borang khas dengan lengkap termasuk maklumat majikan dan kaedah ini antara lain dapat mengesan sama ada warga asing terbabit dibenar berbuat demikian.
Beliau berkata, pihak berkuasa agama yang menerima maklumat awal permohonan perkahwinan itu sepatutnya merujuk kepada imigresen jika mendapati wujud pertentangan akta yang tidak membenarkan perkahwinan itu berlaku.
"Sebenarnya kemasukan warga asing ke negara ini secara sah hanya bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mengikut sektor yang ditetapkan dan bukannya untuk berkahwin," katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2023 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape yg nk kahwin ngan buruh tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2023 12:14 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 8-11-2023 11:07 AM
Sape yg nk kahwin ngan buruh tu?

Ramai...sebab tu Pakistan dan Bangla ramai berniaga di Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Peh mantoppp. Semoga pelaksanaan dibuat dengan tegas bukan sekadar cakap.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 01:05 PM | Show all posts
Apa rasionalnya tak bagi kawin, takut abuse ka?

What if kalau mereka benar2 jatuh cinta at the same time masih perlu menyara diri, berkhalwat?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 01:07 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 8-11-2023 01:05 PM
Apa rasionalnya tak bagi kawin, takut abuse ka?

What if kalau mereka benar2 jatuh cinta at the same ...

kalu ppuan msia kawen dgn warga asing, kawen lepas tu lelaki tu bawa balik negara dia...bukan stay sini...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2023 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 8-11-2023 01:07 PM
kalu ppuan msia kawen dgn warga asing, kawen lepas tu lelaki tu bawa balik negara dia...bukan stay ...

Ak setuju yg ni.. Kata da cinta Sgt g la ikut husband tu... Tp nnti mtk tlg Umno bw blk sini
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Enforcement please.. dan hrp applied lah ya
Yg dah terkawen tu.. jgn simply nk claim ank yg lahir itu berstatus warga negara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2023 01:20 PM | Show all posts
shida81 replied at 8-11-2023 01:15 PM
Ak setuju yg ni.. Kata da cinta Sgt g la ikut husband tu... Tp nnti mtk tlg Umno bw blk sini

kannn..dah cinta sgt kat bangla, pergi lah tinggal kat bangladesh sana...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 01:24 PM | Show all posts
midori888 replied at 8-11-2023 01:07 PM
kalu ppuan msia kawen dgn warga asing, kawen lepas tu lelaki tu bawa balik negara dia...bukan stay ...

dah kata mereka masih perlu menyara kehidupan. Obviously balik negeri is not an option.

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 01:32 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 8-11-2023 01:24 PM
dah kata mereka masih perlu menyara kehidupan. Obviously balik negeri is not an option.

kat sana tak bole sara hidup ke? kan diorg dtg sini, hantar byk duit kat kampung2 diorg...bina rumah banglo, beli ladang etc...dah kawen, bawalah wife balik sana...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 01:34 PM | Show all posts
midori888 replied at 8-11-2023 01:32 PM
kat sana tak bole sara hidup ke? kan diorg dtg sini, hantar byk duit kat kampung2 diorg...bina rum ...

itu bagi yang dah lama kerja

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 8-11-2023 12:14 PM
Ramai...sebab tu Pakistan dan Bangla ramai berniaga di Malaysia.

Ohhh.....mesti pakistan dan bangla ada tarikan tersendiri
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 8-11-2023 11:07 AM
Sape yg nk kahwin ngan buruh tu?

pompuan Msia,pompuan indon.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 03:43 PM | Show all posts
Edited by capwayang at 8-11-2023 03:52 PM

..kenalan iols kahwin dengan tamil muslim yang ber ic biru sebab kononnya lahir di Sabah sebagai isteri kedua atas dasar cinta. Yang peliknya saudara-mara macam pakcik-makcik dan isteri pertama (arranged marriage) dari India sana.

I mean kalau nenek asal India macam logik sikit la, kan. Masa berkahwin anak-anak tiri dia dah besar dan ramai, ada lahir di India dan Malaysia. So, 2 orang anak perempuan dia kahwin dengan warga India di India dan semua duduk sekali serumah di sini la.

Satu hari tu ada pegawai imigeresen wanita tamil datang dan dia kata itu saudara-mara yang datang ziarah tanya khabar. Rupa-rupanya 2 orang menantu dia tu dah tinggal lebih masa di negara ni dan ziarah tersebut ialah proses mengusir balik ke India bersama isteri ber ic biru masing-masing.

Berkahwin dengan warga asing rupanya memang kena ikut balik ke negara suami kecuali ada visa kahwin warga asing..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 8-11-2023 01:24 PM
dah kata mereka masih perlu menyara kehidupan. Obviously balik negeri is not an option.

Tahu pun kan. Sebab tu lah undang2 ni dibuat, untuk ingatkan wanita2 malaysia, fikir panjang dulu sebelum nak kawin dengan warga asing yg datang sini guna PAS PEKERJA. Kalau degil sebab dah cinta sgt, teruskan lah tapi memang ada hukuman menanti. Tak payah la nak persoalkan, ini negara berdaulat, semua ada undang2 sendiri. Ni ok lg, kalau negara lain, rupa mcm meragukan sikit terus deny entry.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-11-2023 06:34 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 8-11-2023 03:19 PM
Ohhh.....mesti pakistan dan bangla ada tarikan tersendiri

Sebab kualiti diorg kurang main forum,fb dan tiktok sementara Melayu masih merengek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2023 06:36 PM | Show all posts
capwayang replied at 8-11-2023 03:43 PM
..kenalan iols kahwin dengan tamil muslim yang ber ic biru sebab kononnya lahir di Sabah sebagai ist ...

Ramai je sis wanita tempatan kahwin warga Pakistan...hujung² tersepok di Canada
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 8-11-2023 04:03 PM
Tahu pun kan. Sebab tu lah undang2 ni dibuat, untuk ingatkan wanita2 malaysia, fikir panjang dulu  ...

Negara berdaulat bukan bermakna kau boleh lawan aturan Tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 11:08 AM | Show all posts
kalau nak kawin jugak, kena terminate la pass kerja tu... apply visa lawatan la kot... leceh la sikit sebab ada due date kena keluar dari malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.081112 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list