CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1303|Reply: 0

Norris samai rekod F1 tidak diingini

[Copy link]
Post time 7-11-2023 11:21 AM | Show all posts |Read mode

NORRIS dari pasukan McLaren (kiri) di atas podium selepas tamat Grand Prix Sao Paulo, Brazil. FOTO AFP

London: Lando Norris menyamai rekod Formula 1 (F1) tidak diingini iaitu pemandu paling banyak menaiki podium tanpa kemenangan selepas menduduki kelompok tiga teratas buat kali ke-13 dalam kariernya di Grand Prix Sao Paulo.

Rekod sebelum ini dipegang Nick Heidfeld yang menaiki podium 13 kali tanpa kejuaraan dalam 183 karier grand prixnya.

Namun selepas dinafikan kemenangannya oleh pemandu Red Bull, Max Verstappen di Brazil, Norris kini menyamai catatan Heidfeld dengan 13 karier rostrum dalam 102 perlumbaan.

Ia juga podium ketujuh musim ini buat pemandu Britain berusia 23 tahun itu dengan enam daripadanya di tangga kedua.


Norris kini secara keseluruhan tujuh kali menduduki tempat kedua manakala Heidfeld lapan kali antara 2005 dan 2011.

Jika Norris masih gagal mengatasi badi kemenangan dalam perlumbaan seterusnya, dia bakal mencipta rekod tersendiri yang tiada siapa pemandu mahukannya.

Namun Norris masih mempunyai masa untuk menjuarai F1 pertamanya dan mengembalikan semula rekod itu kepada Heidfeld.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... d-f1-tidak-diingini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.063052 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list