Edited by YgBenar at 8-11-2023 01:51 PM
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02PAepfpuTsjgbSCyYuqCgS6mM9gMwBfxYanChTMqhcnGyZV3a8ZyQ7o6kSpaP4V3Kl&id=100064376666257&mibextid=Nif5oz
Sekadar info, kuih pukis merupakan manisan tradisional yang sememangnya berasal dari IndonesiaNama menu baharu KFC Indonesia jadi bualan netizen Malaysia
Seperti baru-baru ini, KFC Indonesia telah mengeluarkan menu baharu makanannya namun nama juadah tersebut menjadi bualan netizen di Malaysia. Menu makanan yang kelihatan seperti kuih manisan itu diberi nama sebagai ‘Pukis’ yang mempunyai pelbagai jenis perisa seperti coklat dan keju. Kuih pukis dikeluarkan setiap tahun di KFC IndonesiaDifahamkan, kuih pukis itu bukanlah kali pertama dikeluarkan oleh KFC Indonesia, bahkan sebelum ini setiap tahun mereka akan mengeluarkan makanan tersebut secara bermusim. Menerusi hantaran di akaun rasmi KFC Indonesia, bagi tahun ini mereka mengeluarkan empat jenis perisa pukis pada harga istimewa iaitu 22,000 rupiah (RM6.58). Netizen Malaysia tergamam lihat nama kuih pukisMemindai di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial daripada Malaysia yang tidak pernah mendengar juadah berkenaan terkedu melihat namanya. Ini kerana nama makan tersebut di negara ini bukanlah sesuatu yang baik untuk digunakan. Namun sebenarnya kuih pukis ini ada dijual di Malaysia, tetapi tidak diketahui ramai kerana dipercayai kurang mendapat sambutan serta sukar ditemui. Sejarah pukis sebagai makanan tradisional IndonesiaSekadar info, kuih pukis merupakan manisan tradisional yang sememangnya berasal dari Indonesia. Mengikut cerita yang dipetik dari [color=rgb(95, 176, 228) !important]Harian Metro, sejarah pukis ini bermula pada zaman penjajahan apabila ada individu yang diculik penjajah diwajibkan untuk membuat makanan tersebut secara beramai-ramai ketika ditahan. Pada awalnya, resipi pukis sangat istimewa dan tidak diketahui sesiapa, namun seorang tahanan telah mengetahui cara membuatnya dan terus menghasilkan manisan itu setelah dibebaskan. Disebabkan kesedapan kuih ini maka ia tersebar di seluruh Indonesia dan sehingga kini masih kekal sebagai makanan tradisional selain mudah diperoleh di kedai makan atau gerai tepi jalan di republik itu.
|