CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2050|Reply: 0

Helmi bakal uji jentera Moto2 kali pertama

[Copy link]
Post time 8-11-2023 05:17 PM | Show all posts |Read mode

HELMI Azman. FOTO FB Helmi Azman

Kuala Lumpur: Pelumba negara, Helmi Azman mengakui mahu segera menyesuaikan diri dengan jentera Moto2 pada penampilan sulungnya di Kejuaraan Motosikal Dunia di Grand Prix (GP) Malaysia, hujung minggu ini.

Menurut Helmi, dia tidak pernah membawa jentera Moto2 selama ini dan itu membuatkan dirinya harus segera menyesuaikan diri dengan motosikal seawal sesi latihan pertama lagi.

"Rasa teruja apabila dapat beraksi dalam saingan Moto2. Saya tidak pernah membawa jentera Moto2 dan untuk minggu ini (GP Malaysia), saya akan berbekalkan pengalaman ketika beraksi di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

Helmi bakal bersaing atas tiket wildcard bersama Azroy Hakeem Anuar dalam pasukan Petronas MIE Racing Honda Team.


"Dari segi elektronik (jentera), mungkin tidak banyak beza seperti ARRC. Saya perlu pantas menyesuaikan diri dengan jentera (Moto2) di sesi latihan pertama lagi dan selepas itu di sesi latihan kedua, saya kena buat yang terbaik.

"Saya sudah mempunyai banyak pengalaman di litar Sepang dan ia satu kelebihan buat saya. Apapun, yang paling penting untuk saya adalah menyesuaikan diri dengan jentera terlebih dulu," kata Helmi yang pada musim ini menyertai perlumbaan kelas SuperSports 600cc di ARRC.

Helmi yang mewakili pasukan Boon Siew Honda Racing Team di ARRC pada ketika ini sudah mengumpul 149 mata untuk berada di kedudukan keempat keseluruhan dalam senarai SuperSports 600cc.

Semalam, Petronas di akaun Facebook Petronas Motorsports mengumumkan Helmi dan Azroy bakal beraksi di GP Malaysia atas tiket wildcard bersama pasukan MIE Racing Honda Team.

Helmi bakal membuat penampilan sulungnya di Kejuaraan Motosikal Dunia manakala GP Malaysia bakal menjadi pentas kedua buat Azroy yang pada musim lalu turut diberikan peluang beraksi mewakili pasukan.

Azroy menamatkan perlumbaan GP Malaysia musim lalu di tempat ke-22 dengan catatan 39 minit 20.918 saat (s) manakala pelumba dari Itali, Tony Arbolino muncul juara selepas menemui garisan penamat, 38'25.233s.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -moto2-kali-pertama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.051793 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list