CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 645|Reply: 0

Helmi berdebar uji jentera Moto2

[Copy link]
Post time 9-11-2023 07:05 AM | Show all posts |Read mode
Helmi berdebar uji jentera Moto2


Helmi ketika beraksi dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC). - Foto FB Helmi Azman


KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Helmi Azman mengakui perlu pantas menyesuaikan diri dengan jentera Moto2 pada penampilan sulungnya di Kejuaraan Motosikal Dunia di Grand Prix (GP) Malaysia, hujung minggu ini.

Helmi yang bakal bersaing atas tiket wildcard bersama Azroy Hakeem Anuar dalam pasukan PETRONAS MIE Racing Honda Team berkata, dia tidak pernah membawa jentera Moto2 selama ini dan itu membuatkan dirinya harus segera menyesuaikan diri dengan motosikal seawal sesi latihan pertama lagi.

"Rasa teruja apabila dapat beraksi dalam saingan Moto2. Saya tidak pernah membawa jentera Moto2 dan untuk minggu ini (GP Malaysia), saya akan berbekalkan pengalaman ketika beraksi di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

"Dari segi elektronik (jentera), mungkin tidak banyak beza seperti ARRC. Saya perlu pantas menyesuaikan diri dengan jentera (Moto2) di sesi latihan pertama lagi dan selepas itu di sesi latihan kedua, saya kena buat yang terbaik.

"Saya sudah mempunyai banyak pengalaman di litar Sepang dan ia satu kelebihan buat saya. Apapun, yang paling penting untuk saya adalah menyesuaikan diri dengan jentera terlebih dulu," kata Helmi yang pada musim ini menyertai perlumbaan kelas SuperSports 600cc di ARRC.

Helmi yang mewakili pasukan Boon Siew Honda Racing Team di ARRC pada ketika ini sudah mengumpul 149 mata untuk berada di kedudukan keempat keseluruhan dalam senarai SuperSports 600cc.

Semalam, PETRONAS di akaun Facebook PETRONAS Motorsports mengumumkan Helmi dan Azroy bakal beraksi di GP Malaysia atas tiket wildcard bersama pasukan MIE Racing Honda Team.

Helmi bakal membuat penampilan sulungnya di Kejuaraan Motosikal Dunia manakala GP Malaysia bakal menjadi pentas kedua buat Azroy yang pada musim lalu turut diberikan peluang beraksi mewakili pasukan.

Azroy menamatkan perlumbaan GP Malaysia musim lalu di tempat ke-22 dengan catatan 39 minit 20.918 saat (s) manakala pelumba dari Itali, Tony Arbolino muncul juara selepas menemui garisan penamat, 38'25.233s.

"Saya rasa ini peluang untuk saya mengumpul pengalaman berharga di GP Malaysia. Mungkin untuk berada dalam kelompok penamat 15 terbaik itu sukar, tetapi saya akan cuba bersaing sebaik mungkin untuk merebut posisi.

"Azroy sudah mempunyai pengalaman dan saya juga banyak bertanya kepadanya bagaimana cara kerja pasukan dan semuanya. Banyak yang perlu saya pelajari dan saya akan buat sebaik mungkin," kata Helmi.

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... r-uji-jentera-moto2

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.057378 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list