CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: tumpanglalu74

[Dunia] Game Of Thrones Tempe: Anak Jokowi @ Wali Solo @ Calon Naib Presiden Indonesia 2024 ~ Akhirnya Dipecat Parti Asal [Iparnya @ Wali Medan ~ Bakal Dipecat][Pakciknya @ Ketua Hakim Negara ~ Juga Dipecat!]

  [Copy link]
 Author| Post time 11-11-2023 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 10-2-2024 04:29 PM
nolya replied at 11-11-2023 03:04 AM
Aku ingatkan politik M'sia ni teruk, rupanya politik Indonesia lagi teruk.
Gibran tu kader PDIP tapi ...

Sis, pakcik dia ketua hakim negare yang dah kene pecat tu pinda syarat calon Presiden & Naib Presiden dari

• Berumur minimum 40 tahun

kepada:

• Berumur minimum 40 tahun ATAU menjawat mana2 jawatan yang dipilih/diundi rakyat

Maka si Gibran tu lolos la sebab dia dah jadi datuk bandar Solo.  Tapi ade pelanggaran teknikal:

Syarat dipinda: 16 Oktober 2023
Gibran jadi calon cawapres: 25 Oktober 2023

Mase tu pindaan ni Suruhanjaya Pilihanraya Umum sana BELUM gazetkan lagi.  

3 November 2023 baru la digazet.  

So soklan bodow dari aku, camne dia dilantik jadi calon Naib Presiden Indonesia oleh parti lain tu sebelum gazet keluar??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2023 01:08 PM | Show all posts
Edited by nolya at 11-11-2023 01:15 PM
tumpanglalu74 replied at 11-11-2023 10:28 AM
Sis, pakcik dia ketua hakim negare yang dah kene pecat tu pinda syarat calon Presiden & Naib Presi ...

Spt khabar dn kesah yg diikuti, syaratnya dipermudahkan iaitu menurunkan had umur, ditambah juga dgn ada pengalaman dn berprestasi memimpin sesebuah daerah, KPI begitu ada pd Gibran.  Gibran, tokoh pemimpin(anak) muda dn kini menyandang sbg Govenor Solo.

Paman Gibran, Ketua Hakim Negara, dianggap megambil keputusan membentangkan karpet merah dn golden ticket kpd anak kemanakannya menyertai pencalonan Cawapres. Kalangan mereka yg tau hukum menganggap Ketua Hakim tak wajar ikut serta dlm perbincangan mengubah undang2 persyaratan pencalonan sebab ada conflict of interest di situ. Keterlibatan Gibran, sepatutnya hakim menjauhkan diri  tetapi dia tidak berbuat demikian. Tidak itu saja, rakyat juga sangsi Jokowi boleh berlaku adil.  Apa2 hal, jika ada yg melanggar peraturan negara dn pemilu, rakyat curiga Presiden akan bertindak kerana itu akan menjejaskan peluang kemenangan Gibran. Berkali2 Pak Jokowi mengaku akan bersikap netral ttpi rakyat tidak yakin. 'Biar rakyat yg memilih' itulah tagline Pak Jokowi.

TV I'dsia meriah dgn program perdebatan membincangkan polimik politik begini spt  '2 Arah, Rosy, Ni Luh,' dll.  Dulu ada Mata Najwa,  I'ndsian Lawyers Club. Very interesting.  Kita boleh blj dn saksikan betapa rakyat I'dsia are very concerned with their environment n event, be it the governance, ceremonies, criminal, achievement, culture, etc, so enthusiast n cooperative.  
Pokoknya menarik dn seru deh!  
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Whatsofunnyth replied at 9-11-2023 02:39 PM
Anak & menantu dia terpilih pun sbb rakyat yg pilih bukan sbb jokowi yg pilih so terpulang ke popula ...

Sama mcm jijah n izah? Bkn dilantik tp rakyat yg undi. So....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Adui takleh rilek la anak beranak nak takeover job apaknye.. jokowi ni origin dia mmg t20 kah? ke anak2 br merasa senang so jadi hamak semacam nak rule the country?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
fefeeling replied at 11-11-2023 01:52 PM
Adui takleh rilek la anak beranak nak takeover job apaknye.. jokowi ni origin dia mmg t20 kah? ke an ...

Before dia masuk politik dia Businessman. Anak2 dia pun ada business sorang2. Yg gibran tu klu iollss tengok kt google dia ada byk business.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2023 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 11-11-2023 01:08 PM
Spt khabar dn kesah yg diikuti, syaratnya dipermudahkan iaitu menurunkan had umur, ditambah juga dg ...

Gibran belom jadi gabenor / muntri besar rasenye sis..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2023 12:03 AM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 11-11-2023 09:21 PM
Gibran belom jadi gabenor / muntri besar rasenye sis..

O ya, saya khilaf.  Gibran skr ini ialah Walikota (Mayor) Kota Solo. Gibran dilantik sbg Walikota Solo tak boleh dinafikan adanya peranan besar drp Ibu Megawati, juga setelah Pak Jokowi mainkan pegaruh agar anaknya dilantik memimpin Solo. Pak Jokowi dn Gibran adalah orang PDIP yg diketua oleh Ibu Megawati.

Hari ini, bila Gibran berpaling tadah @khianat dgn partai yg sudah membesarkan nama dia, juga dgn adanya dalang di sebalik tabir, Ibu Mega sangat2 kecewa dg permainan Gibran. Dia tidak secara hormat lagi rasmi mengundur diri drp PDIP (buat dek je) dn hnga skr tidak memulangkan kartu anggota partai walaupun sudah diminta berkali2. Tindakan Gibran sangat tidak etis, membelakangkan PDIP yg selama ini mau menjadikan dia ayam tambatan bagi perjuangan partai yg berlambag Banteng.  PDIP sangat kecewa dn terluka spt orag tua yg dikhianati oleh anak yg sangat2 disayangi. Terimbas juga kpd Pak Jokowi sendiri yg tidak lagi diyakini boleh bersikap netral terhadap memenangkan anaknya Gibran. Bahkan menantu Jokowi, Bobby Nasution, Walikota Medan, juga anggota PDIP rasmi akui menyokong Gibran. Justeru Bobby telah diminta melepaskan keaggotaannya dllm PDIP. Tapi begitulah demokrasi politik Indonesia. PANAS!  
Tindakan Gibran samalah spt yg berlaku di M'sia skr bila ada MP Bersatu menyokong PMX tapi tidak secara mutlak meninggalkan Bersatu. Tak boleh loncat lagi.  It is very well understood that this kind of stand is ackward & against the rule of the party. Awak orang parti A tapi awak sokong pula parti B. Pendirian politik awak kat mana sedangkan yg disokong ialah parti lawan. Pelik kan?

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 10:18 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 12-11-2023 10:19 AM

Berambisi boleh .. tetapi pross memca[ai ambisi iti juga harus benar ...

Gibran mencederai proses itu ketika dicalunkan menjadi wakil presidennya Prbowo ...

Tetapi jangan lupa ... Indonesia itu berbeza dengan Malaysia ...Rakyat kami diam dan sabar  saat ini tetapi akan  melakukan "revolusi" (perlawanan fisik)  ketika kami semua  sudah muak kerana mereka sudah keterlaluan melewati batas kesabaran  kami ....Hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2023 11:02 AM | Show all posts
nusaraya replied at 12-11-2023 10:18 AM
Berambisi boleh .. tetapi pross memca[ai ambisi iti juga harus benar ...

Gibran mencederai proses i ...

Saya berpendapat cara orang2 Ndsia unik. Disayangkan juga dgn sikap Gibran yg mau tapi malu.  Dlm hati kecilnya mau jadi Wapres, tapi awalnya malu menyatakan bahkan malu juga nak pulangkan kartu keanggotaan. Awal mula ketika ditanya wartawan tanggapan dia sbg Wapress, Gibran merendah diri menyatakan belum cukup syarat, belum cukup umur dan masih terus ingin memimpin Kota Solo. Ttpi setelah Ketua MK luluskan penetapan membolehkan anak muda berumur di bawah 40thn boleh dicalonkan bertanding, pengakuan Gibran berubah. Gibran sahut lamaran Pak Probowo drp partai Gerindra menjadi Cawapres dgn tidak mempertimbangkan konsekuensinya terhadap partai PDIP. Ibu Mega juga sudah secara rasmi melantik Gibran sbg Tim Pemenang PDIP, ttpi sayang Gibran bertindak sebalikknya. Tindakan begitulah yg sangat2 mengecewakan dn melukai hati Ibu Mega sangat mendalam.  Ramai ahli2 fikir mereka memaklumi kekecewaan Ibu Mega, tapi kemudian kembali kpd dasar demokrasi.
Gibran suka mencla-mencle dn tidak memberi jawapan tegas kpd wartawan. Jawapannya tergantung dn membuat penasaran. Adakah begitu integritas seorang anak muda yg mau dipilih sbg Cawapres? Bak kata Pak Jokowi 'biar rakyat yg memilih'. Shnga ke hari pencoblosan, drama pemilu Indonesia Indonesia kian PANAS!

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 11:34 AM | Show all posts
nusaraya replied at 12-11-2023 10:18 AM
Berambisi boleh .. tetapi pross memca[ai ambisi iti juga harus benar ...

Gibran mencederai proses i ...

Maaf, saya tidak berniat untuk memburuk2 negara RI, ttpi mencari satu perbedaan yg baik untuk pertimbangan minda.

RI dipimpin oleh seorang Presiden ttpi di Malaysia dipimpin oleh seorang Perdana Menteri. Kepemimpinan seorang Presiden vs PM tentu banyak bezanya.  Di M'sia, PM tak sewenang2 membuat peraturan kerana bagi perkara2 besar menyangkut hukum agama Islam dn undang2 negara, masih perlu dirujuk kpd Majlis Raja2.

Hal yg boleh dipuji di Ndsia ialah hak kebebasan bersuara rakyat yg sangat enthusias, ikut bercawe2 menanggapi sesuatu perkara. "Kita kawal sampai tuntas", adalah slogan amaran rakyat kpd pihak penguasa untuk bersikap adil. Malah bila saya ikuti forum, wawancara dn debat politik, saya kagum dgn pertanyaan pembawa acaranya menanyakan soalan2 yg menampar dn mencabar. Mereka yg diikutsertakan dlm wawancara trs juga bukan tokoh sembarangan ttpi di kalangan profesor, orang2 politik, ahli fikir dn mereka yg arif  ttg tatanegara.  Di M'sia terhad.  Kalau yg spt itu terjadi di tv M'sia, eemm pengacaranya 24 jam dipecat!.

Malaysia-RI, kita serupa tapi tak sekata.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Lee Kuan Yew tersenyum sinis di alam barzakh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2024 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 12-11-2023 12:03 AM
O ya, saya khilaf.  Gibran skr ini ialah Walikota (Mayor) Kota Solo. Gibran dilantik sbg Walikota  ...

Jom kasi up topik ni..  Harap2 dinasti Pak Jokowi pupus teros dari dunia politaik tempe.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2024 06:21 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 10-2-2024 04:09 PM
Jom kasi up topik ni..  Harap2 dinasti Pak Jokowi pupus teros dari dunia politaik tempe.

M'sia d N'dsia punya warna yg jauh berbeza di alam politiknya dn gaya pemilunya.  Antaranya calon yg mencalonkan diri tak perlu letak jawatan yg disandang sedangkan di M'sia, Parlimen perlu dibubarkan dan dlm tempoh tertentu perlu ada pru.
Untuk membahaskan secara terperinci, saya tak begitu arif, ttpi satu hal yg boleh dikagumi ialah rakyatnya bebas mengkritik Presiden bila didapati Presiden tak berlaku adil. Dn pada akhirnya Presiden terpaksa akur kpd teguran rakyat, khususnya yg datang drp mereka yg digelar Guru Besar Rektor Universiti seluruh Indonesia. Mereka meminta Presiden (Jokowi) tidak berkempen untuk hanya satu calon di mana anaknya ikut bertanding. Seharusnya Presiden mengambil sikap netral dn tidak memihak secara terang2an. Sikap cawe2  (menyibuk2) Presiden meimbulkan rasa kurang senang drp para elit Indonesia, Jokowi cakap tak serupa bikin. Sikap Bawaslu (Badan Pengawas Pemilu) juga telah mndpt teguran kerana meluluskan Gibran maju sbg Cawapres (calon wakil pres) sebelum persyaratan yg diubah dimetrai dn disahkan di peringkat DPR (parlimen) N'dsia. Debat 3 pasang paslon pemilu yg menyebarkan program/manifesto kpd rakyat mll siaran TV Indonesia juga tidak ada di M'sia.

Waktu kemuncak pemilunya ialah pd 14  Feb, dan 3 hari sebelumnya ialah hari santai, tak ada sesiapa pun yg diperbolehkan berkempen lagi.
Siapa yg akan terpilih, lihat aja nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2024 09:57 PM | Show all posts
semak....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
so menang jgk gibran ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2024 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
daun_getah replied at 16-2-2024 10:01 AM
so menang jgk gibran ni

Pengundi bodow atopon SPR sana rasuah..  Lain aku tak nampak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.316203 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list