CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1844|Reply: 0

'Jangan fikir kahwin dulu jika mahu berjaya dalam sukan permotoran'

[Copy link]
Post time 9-11-2023 12:21 PM | Show all posts |Read mode

Prinsipal pasukan CryptoDATA RNF MotoGP Team, Datuk Razlan Razali (tengah). - Foto FB CryptoDATA RNF MotoGP Team.

PUTRAJAYA: Meskipun bunyinya agak sinis namun ada benarnya buat seseorang pelumba itu tidak terlalu awal memikirkan soal perkahwinan sekiranya ingin terus berjaya dalam dunia sukan permotoran.

Pengorbanan itu perlu memandangkan pelumba harus memberi tumpuan lebih 100 peratus kepada sukan yang diceburi apatah lagi dunia permotoran adalah satu arena yang sangat berisiko tinggi.

"MotoGP adalah salah satu sukan yang bahaya, jadi pelumba kena memberi fokus dan komitmen penuh," kata prinsipal pasukan CryptoDATA RNF MotoGP Team, Datuk Razlan Razali selepas forum belia bersama RNF dan Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM), hari ini.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang itu berpandangan, ikatan perkahwinan bukanlah sesuatu yang tidak baik namun seperti diketahui, ia membabitkan tanggungjawab dan komitmen tinggi sekali gus harus memerlukan pembahagian masa yang seimbang antara keluarga dan karier sebagai pelumba.


"Jika pada usia muda (sudah berkahwin) susah untuk memberi perhatian kepada sukan yang diceburi mereka. Sebagai contoh Zulfahmi Khairuddin sebelum ini, ketika menyatakan hasrat untuk berkahwin, sepatutnya jawapan pertama daripada saya ialah 'tahniah'.

"Bagaimanapun, jawapan pertama yang saya berikan kepadanya ...kenapa?. Sepatutnya mereka memberi fokus kepada karier dahulu 200 peratus. Kalau ada tanggungjawab susah hendak beri komitmen 100 peratus," katanya.

Terdahulu, kira-kira 100 pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dari Jitra, Kedah dan Sepang menimba pengalaman berharga mengenai 'dunia' Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada majlis berkenaan.

Program yang berlangsung di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu menampilkan dua anak tempatan yang berkecimpung dalam MotoGP bersama pasukan RNF MotoGP iaitu Razlan dan mekanik pasukan, Hibbatullah Fuad serta pelumba kelas perdana, Raul Fernandez.
https://www.bharian.com.my/sukan ... am-sukan-permotoran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.053672 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list