CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 541|Reply: 0

Skuad hoki lelaki belasah Hong Kong 24-0

[Copy link]
Post time 9-11-2023 12:23 PM | Show all posts |Read mode

Aksi pasukan negara ketika menentang Hong Kong. - Foto ihsan MHC

KUALA LUMPUR: Skuad lelaki negara menampilkan prestasi cemerlang pada kempen Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa Piala Sultan Nazrin Shah apabila membelasah Hong Kong 24-0 hari ini.

Pada aksi berlangsung di Stadium Indera Mulia di Ipoh, Perak itu, Muhammad Firdaus Omar muncul wira skuad negara dengan menyumbangkan lima gol bagi melengkapkan kemenangan.

Gol skuad negara turut dijaringkan Danial Asyraf Abdul Ghani (3'), Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan (4', 19', 28'), Faridzul Afiq Mohd (9', 24'), Muhamad Izham Azhar (16', 17', 34', 39'), Wan Haziq Hisyamuddin Wan Ameer Ruzman (11', 13', 26', 39'), Mohd Shafiq Yaacob (12', 24', 27') dan Muhammad Aslam Mohamed Hanafiah (38', 40').

Kemenangan itu sekali gus menyuntik semangat pasukan sebelum aksi terakhir liga sepusingan menentang Afrika Selatan pada Jumaat, selepas skuad bimbingan Mohd Hanip Che Halim itu dikecewakan selepas tewas 1-2 kepada New Zealand pada aksi pertama berlangsung pagi tadi di venue sama.


Pada aksi berkenaan, Malaysia terlebih dahulu berada di hadapan menerusi Faridzul Afiq Mohd pada minit kesembilan sebelum New Zealand bangkit dengan dua gol melalui Symonds Matthew (16') dan Houlbrooke Isaac pada minit ke-33.

Malaysia kini berada di kedudukan kedua daripada enam pasukan yang menyertai kejohanan berkenaan.

Dua pasukan teratas akan berentap pada final untuk menentukan juara pada Sabtu ini, manakala pasukan di kedudukan ketiga dan keempat akan beraksi dalam penentuan tempat ketiga. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan ... asah-hong-kong-24-0
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.282574 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list