CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1948|Reply: 0

10 tahun belum tentu ada pelumba negara dalam kelas MotoGP

[Copy link]
Post time 9-11-2023 12:25 PM | Show all posts |Read mode

PUTRAJAYA: Sepuluh tahun pun belum tentu ada lagi.

Itu pandangan prinsipal pasukan CryptoDATA RNF MotoGP Team, Datuk Razlan Razali ketika diminta mengulas mengenai jangka masa pelumba negara untuk kembali beraksi di kelas MotoGP Kejuaraan Motosikal Dunia.

Razlan berkata, buat masa ini barisan pelumba negara dilihat masih belum bersedia untuk ke kelas perdana berkenaan dan itu adalah realiti yang harus diterima semua pihak meskipun Malaysia mempunyai ramai pelapis di peringkat akar umbi.

Justeru itu, salah satu langkah perlu diambil oleh semua pihak adalah merancang semula program yang seimbang dan lebih konsisten merangkumi pelumba dan juga pembentukan pasukan seperti pernah dilakukan pada satu ketika dahulu.



"Bagi saya untuk kelas MotoGP memang sukar kerana kita tak ada pelumba yang benar-benar sedia setakat ini. Itu realiti yang perlu diterima. Kalau lihat di Kejuaraan Dunia ketika ini, hanya ada Syarifuddin Azman, tidak seperti dulu kita mempunyai ramai pelumba.

"Saya juga melihat yang Malaysia juga sudah ke belakang sekiranya dibandingkan dengan Indonesia dan juga Thailand. Jadi saya berharap pihak tertentu buat semula program.

"Kita ada pelapis tetapi masih muda seperti Hakim Danish, Daniah Syahmi dan Qabil Irfan. Tapi itu untuk pembangunan pelumba... selepas itu harus meneruskan pelaburan terhadap mereka sehingga bersedia ke Kejuaraan Dunia. Jangan melabur separuh jalan sahaja dan selepas itu berhenti.

"Sekarang ini pula, apabila ada bakat, pasukan pula tak ada. Itu masalah, jadi kita tak pasti apa program pembangunan yang hendak dilakukan. Kita ada pelapis tapi belum cukup umur.

"Oleh itu, setakat ini, saya lihat mungkin dalam 10 tahun pun susah untuk ada pelumba Malaysia beraksi di kelas MotoGP," kata Razlan ketika ditemui media selepas forum bersama belia bersama RNF dan Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM), hari ini.

Kali terakhir Malaysia mempunyai pelumba dalam kelas MotoGP adalah pada 2018 hingga 2019 iaitu menerusi Hafizh Syahrin Abdullah.


Prinsipal pasukan CryptoDATA RNF MotoGP Team, Datuk Razlan Razali (kanan). - Foto FB CryptoDATA RNF MotoGP

https://www.bharian.com.my/sukan ... -dalam-kelas-motogp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.063768 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list