CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3742|Reply: 0

Bagnaia harap litar kering untuk pertahan gelaran

[Copy link]
Post time 9-11-2023 05:47 PM | Show all posts |Read mode

BAGNAIA (kiri) menjawab soalan pada Sesi Bertemu Peminat GP Malaysia di KLCC, hari ini. FOTO ihsan PETRONAS Sepang International Circuit

Kuala Lumpur: Ketiga berbaki tiga lagi pusingan termasuk Grand Prix (GP) Malaysia hujung minggu ini, Francesco Bagnaia berazam untuk mempamerkan tunggangan maksimum, sekali gus mempertahankan kejuaraan tatkala dicabar hebat pelumba Prima Pramac Racing, Jorge Martin.

Bagaimanapun, untuk membolehkannya beraksi sebaik mungkin, pelumba Ducati Lenovo Team itu berkata, dia berharap cuaca Ahad ini memihak kepadanya dengan harapan perlumbaan berlangsung dalam keadaan cerah dan panas.

"Saya lebih memilih untuk beraksi dalam keadaan litar kering, ia membolehkan saya memberikan pecutan maksimum," kata pelumba yang terkenal dengan gelaran 'Pecco' itu ketika Sesi Bertemu Peminat GP Malaysia di Menara Berkembar Petronas (KLCC), hari ini.

Setakat ini, Bagnaia sudah mengumpul 389 mata selepas 17 perlumbaan, namun Martin masih berpeluang untuk memintasnya bergantung apa sahaja yang bakal berlaku hujung minggu ini atau di GP Qatar dan perlumbaan penutup tirai, GP Valencia.



Sama seperti Bagnaia, Martin turut mengharapkan perlumbaan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam keadaan kering.

Sementara itu, pelumba negara, Azroy Hakeem Anuar dan Helmi Azman tidak sabar memperagakan aksi hujung minggu ini selepas mendapat tiket wildcard untuk berentap dalam saingan Moto2 bersama pasukan Petronas MIE Racing Honda Team.

"Memang agak gementar, namun pada masa sama ia adalah seperti mimpi menjadi kenyataan," kata Azroy.

Helmi pula mengakui, ia bagaikan mimpi kerana dapat berkongsi pentas dengan jagoan dunia ketika sesi berkenaan yang dihadiri kira-kira 200 peminat sukan dua roda itu.

Selain Bagnaia dan Martin turut hadir dalam program pra perlumbaan Ahad ini ialah pelumba Mooney VR46 Racing Team, Marco Bezzecchi dan pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman (MT Helmets – MSi).

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... uk-pertahan-gelaran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.076168 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list